"Kenapa you datang ni Irfan?"
Amira membuka pintu pagar rumahnya dan keluar mendekati Irfan yang sedari tadi menunggunya diluar rumah.
"err.. Tak tidur lagi ke?"
"Nak tidur apanya, I baru siap buat kemas rumah.. Aisya pula baru tidur.. mengamuk nak beli kucing yang ada dalam ipad"
Irfan ketawa kecil. Dirinya membayang wajah comel Aisya yang menangis mahukan sesuatu. Aisya kuat meragam jika dia mahu sesuatu. Sebab itulah Amira jarang bawa dia keluar takut pula gadis kecil itu mahukan sesuatu yang susah untuk didapatkan.
"I tengok you makin sibuk sekarang.."
"Macam tu lah Irfan.. Nak uruskan banyak benda dalam satu masa.."Amira memeluk tubuh.
Irfan mengangguk faham. Angin luar malam itu diambil olehnya. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"ada apa you datang malam-malam macam ni?"Tanya Amira.
"Rindu you.."
"ha?"
"err tak maksud I rindu Aisya.. tapi Aisya dah tidur lah pula"
Amira tersenyum. Rapat betul Irfan dengan anaknya. Kadang-kadang jika dia sibuk bekerja Irfan yang mengambil Aisya di rumah ibunya.
"Esok you datang lah ambil dia.. I ada meeting pukul lima esok"
"Okay bos.. I akan ambil dia.. ingat nak bawa dia pergi jalan-jalan sekejap"
Amira tersenyum.Rasa lega dengan kahadiran sahabat baik seperti Irfan.Ringan jugalah beban lagi-lagi Irfan yang menggambarkan kasih sayang seorang ayah untuk Aisyah.Dari dulu lagi Irfan memanglah rapat dengannya.
Kali pertama Irfan jejak masuk ke pejabat dia lah yang mulakan perbualan.Sampai sekarang sahabat yang paling rapat dia dengan Irfan.Banyak perkara yang lelaki itu bantu.Sampaikan dia sendiri tak tahu bagaimana mahu membalas jasanya.
"terima kasih you.."
Irfan mengangkat kening sebelahnya.Memandang Amira yang senyum kemas padanya.Tangan disilang ke dada.
"kenapa?"
"dari awal kita jumpa sampailah sekarang, you banyak sangat bantu I"
*
Maya, Dahlia dan Daniel melangkah masuk ke dalam hotel besar dihadapan mereka. Daniel menelan liur kasar melihat orang ramai sekelilingnya yang sudah pasti bukan orang biasa-biasa.Nak kata kali pertama datang mejlis besaran macam pun tak.Dah berkali dia datang cuma kali ini agak berbeza.
Dia hanya mengenakan pakaian formal biasa namun sangat berjenama dan sangat mahal,kalau tak sebab Maya yang paksa tak adanya dia nak pakai.Ikutkan nak pakai Tshirt lengan pendek dengan kain pelikat sahaja.Takpun baju tidur.Balik boleh terus tidur,tak payah nak susahkan diri nak tukar baju.
Maya pula hanya mengenakan dress biasa dan Dahlia pula hanya mengenakan jamsuit berlengan pendek yang dipadankan dengan kemeja putih bersama tudung bawal.
Gadis itu dipaksa datang.Niatnya mahu pulang ke rumah abang dan kakak iparnya untuk makan malam, tapi sangka pula diajak datang ke majlis mewah begini.
Kalau ikutkan tak mahu dia datang.Manalah terbiasa dengan majlis macamni.Lahir di kampung.. setakat majlis paling mewah pun kenduri yang diadakan di dewan kampung.Tapi kalini hotel ternama pula.
"betul-betul kena masuk ke? Ada tiket ke tidak ni?" Resah Dahlia yang sedari tadi memaut lengan kakak iparnya.Takut pula melihat anggota keselamatan yang mengawal keadaan sekeliling.
"Kita bukan nak tengok bola angah.. kita nak pergi majlis sambutan hari jadi"Kata Daniel.
"Habistu depan tu ada abang tinggi tu dua orang"
"Ouhh itu biasalah penggawal keselamatan.. dah jom masuk" Maya dan Daniel melangkah menuju ke ruang makan.
"Mana pula Zafril ni?"
Mendengar nama asing yang keluar dari bibir isterinya. Daniel berpaling memandang Maya dengan tatapan tajam. Pak Cik Janggut itu juga yang dicari isterinya.
"Maya!"
Maya tersenyum memandang seorang lelaki yang mendatang kearah mereka. Kacak Zafril lelaki itu harini. Berpakaian simple tapi bergaya.
Kemeja hitam yang disingkat tangannya hingga menampakkan lengan. Bersama seluar slack hitam. Itu adalah pakaian yang berfesyen sangat diminati oleh para wanita.
"Datang juga you.. ingat ke tak datang"
Tubuh Maya dipeluk oleh Zafril lembut. Maya turut membalas pelukkanya. Menghormati tuan punya majlis.
"Sorry I lambat... "
"Its okay.." Mata Zafril memandang Daniel yang berwajah masam disebelah Maya. Sempat dikilas memandang wanita asing di sebelah Daniel.
"wait.. who this?"
"Ouh kenalkan adik ipar I Dahlia Natasya.."
' Bukan ke ni budak kolej yang aku langgar haritu?' Zafril mengerutkan dahi memandang gadis yang sedari tunduk apabila dirinya diperhati oleh Zafril.
"I macam kenal you.."
"err?" Dahlia bersuara. Gementar pula dia.
"Tak ada apa-apa.. eh kejap ya.. Mama!"
Zafril meninggikan suaranya sedikit agar seorang wanita berumur yang sibuk berbual dengan tetamu itu mendengarnya. Zafril memberi isyarat tangan agar ibunya mendekati mereka.
Maya dan Daniel tersenyum kepada seorang gadis berumur yang mendekati mereka.Sangat cantik gadis tua yang bertudung itu.Bahkan terasa aura yang menarik perhatian.
"Ma kenalkan ni kawan Zaf..dan ini suami dia"
Daniel mengangguk-angguk lalu tersenyum ramah kearah wanita itu.
'Nasib kau mengaku kawan.. aku baru nak bawa keluar pedang sembelih kau' Bisik Daniel di hati.
"Assalamualaikum Puan Sri.." Sapa Maya lembut.
"Waalaikumussalam.. pangil mama je"
Bersambung..
Tq for reading,jangan lupa vote.
And guys, follow my ig :ayn_ayn___
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romansa[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...