38

5.5K 209 5
                                    

"seronoknya nak dapat anak saudara.. riuh la rumah kampung nanti kan akak" Dahlia memuji kakak iparnya yang berada di kerusi hadapan sebelah penumpang.Rasa semangat untuk menjemput bakal keluarga baru.Dah lama juga tak ada keluarga yang masih bayi.

Maya tersenyum sekilas. Matanya memandang Daniel yang fokus memandu itu. Lelaki itu lansung tidak bersuara.Mungkin masih marah dengannya.Dengan kelajuan tinggi yang dibawa seolah masih melepaskan amarahnya.

Niat dia mengajak untuk pulang ke kampung Daniel. Membiarkan marah lelaki itu reda. Jika berada di Kuala Lumpur pasti Daniel akan lebih marah dengan sikap zafril pula.

"along tak happy ke? Dah nak jadi ayah nanti?"

Maya terdiam mendengar soalan dari Dahlia. Wajah Daniel tidak memaparkan riak apa-apa langsung. Lelai itu hanya memilih untuk diam.

'Happy? Hubungan aku dan Maya akan berakhir lagi enam bulan.. aku tak dapat tengok Maya dan bakal anak aku.. 'Gumam Daniel didalam hati.

Cinta tidak akan mudah pudar kalau dirinya masih dihantui oleh perasaan itu. Maya adalah gadis istimewa baginya. Walaupun berbeza umur, itu bukan masalahnya.

Terfikir jika hari penceraian mereka, dimana mereka berdua bukanlah muhrim lagi. Dan mereka berdua tidak akan berjumpa lagi.

Ianya sangat perit bagi Daniel.

Kereta Alpha yang dipandu Daniel memasuki halaman kampung. Dapat dilihat keluarganya sudah menunggu kehadiran mereka diluar.

"Yeay dah sampai!" Jerit Dahlia riang sebelum keluar dari perut kereta.

"Kenapa tak turun?" Tanya Maya yang memandang Daniel yang termenung itu.

"Kalau ikut saya nak rahsiakan tentang kehamilan awak.. sebab saya fikir, kita bercerai nanti diorang akan kecewa dan rindu awak dan cucu diorang.."Kata Daniel tanpa memandang wajah Maya.

Masih dalam mood merajuknya.

"Jahat sangat ke I ni sampai nak pisahkan cucu dengan atuk nenek diorang?"

"Tak ingat ke dalam kontrak tulis apa?"

"Bukan saya tak ingat tapi.."

"Tapi apa? Nak biarkan ibu dan ayah saya terseksa juga macam yang saya rasa selepas semuanya akan hilang?"

Maya tersentak mendengar kata-kata Daniel. Namun mereka berdua dipanggil oleh Puan Solehah yang masih menunggu di luar rumah.Maya berjalan keluar bersalaman dengan keluarga mertuanya.

Ditatap sekilas Daniel berwajah gembira itu. Mungkin hanya didepan keluarganya tapi diberlakang pasti masih marahkan dirinya.

"Rindu betul ibu dekat anak menantu ibu ni.."Kata Puan solehah terubat rindu melihat mereka semua.

"Dahlia tak rindu?"

"apa pula tak rindu, mestilah rindu anak ibu sorang ni.."Kata Puan Solehah mendakap anak perempuannya.

"Marilah masuk, ibu kamu masak sedap harini, seronok dia bila dapat tahu kamu bertiga nak balik kampung.. lepas subuh dah ke pasar"

Daniel dan Maya ketawa.Mereka berjalan ke dapur.Hidangan lauk pauk bersama aromanya sangat menaikkan nafsu selera.

"rindunya masakkan ibu.."Puji Daniel melihat makanan kegemarannya yang terhidang.

"sebab itu lah ibu masakkan, duduk makan Daniel.. Maya tolong ibu cedokkan nasi, ibu nak buat air kejap"

Maya mengangguk lalu mendapatkan pinggan untuk dicedokkan lalu diedarkan kepada Dahlia,mertuanya dan akhir sekali dia dan Daniel.Air sirap yang dibancuh Puan solehah turut dibantu dituangkan ke dalam cawan,

"Jemput makan.."

"Sedap betul ibu masak.. tak pernah mengecewakan" Puji Maya yang lahap memakan kari kepala ikan yang dimasak oleh ibu mertuanya.

"ye ke? Makanlah Maya.. kamu berdua nak balik kampung pun jarang.. ini je yang ibu sempat masak, kamu berdua tak bagitahu awal-awal kata nak balik.. kalau tak bolehla ibu buat sup daging,pergi pasar tadi pun daging dah habis.. maklumlah lah ada seroang je jual daging kat pasar"

"Itulah ibu.. Maya rindu sangat dengan ibu, itu yang Maya ajak Daniel balik sekali.. Dahlia pula minggu depan dah masuk Kolej"Ujar Maya.

Daniel menguis nasi yang berada di dalam pinggan. Bibirnya dikemam kuat. Menahan sesuatu yang mahu terkeluar.Nak berlakon dihadapan keluarganya pun rasa sukar apabila perasaan masih bercampur bauk.

Maya sahaja yang rancak berbual dengan keluarganya.

"Dan.. kenapa tak makan? Selalunya kalau ibu masak kari kepala ikan habis dekat kamu je" Tegur tuan Adnan.

Maya dan Dahlia saling memandang Daniel yang kelihatan diam di sebelah Maya. Nasi tidak terusik langsung olehnya.

"Abang.. makanlah" Pujuk Maya dengan lakonannya.

"Maaf bu.. ayah, Dan tak larat.. nak naik rehat kejap" Izin Daniel sebelum menapak keluar dari ruangdapur.

"Hei kenapa Daniel tu?"

"takpa lah bu.. Maya nak pergi tengok Daniel kejap.. dia tak sihat sikit harini.. bawa kereta lama pula"Kata Maya. Tangan kanan yang kotor dibasuh di singki.

"Ha ye.. kalau nak panadol ambil dalam peti"

Maya mengangguk perlahan sebelum kakinya melangkah menuju ke bilik Daniel. Tombol pintu dipulas. Dia melihat Daniel yang berbaring di atas katil.

Selepas Maya dan Daniel berpindah, Maya banyak mengubah suai rumah mertuanya agar mereka kembali selesa.Rumah yang dulunya buruk kini mewah bagaikan rumah raja.

"Dan.."

Maya mendekati sisi katil. Memandang suami dengan acah- tidak acah dengan kedatangannya.

"Pergilah makan.."

Daniel menggelengkan kepalanya.

"You kalau nak marahkan I pun tak payahla sampai ibu dengan ayah curiga"Kata Maya.

"Saya taknak makanlah.."

"Kenapa taknak makan? Merajuk?"

"Bukanlah"

"Habistu?"

"Rasa mual bau kari tu.. nak muntah"

*

"Keluarga mertua you marah you sebab bercerai dengan Hariz?"

Amira menganggukkan kepalanya. Tangan disiku kemeja menahan wajahnya yang pening memikirkan segalanya.Dulu sibuk fikirkan hal suami sekarang bekas keluarga mertuanya.Baru beberapa hari bercerai dah kena serang.

"Dah tak ada jodoh nak buat macam mana.. Lagipun Hariz suka buat cerita.. biarlah.. i tak ada hubungan apa-apa dah dengan diorang"Kata Amira yang cuba mencari positif.

"baguslah tu.. biar la, You kena fokus dekat Aisya je.. Jangan cari papa baru lagi" Usik Irfan.

"Ish apa you ni? Merepek je..."

"Mana nak tahu you nak buka jawatan kosong dekat I ke hahahah"

"apa? You ingat I ni sugar mommy ke?"

"Tak lah.. "

Amira kembali hilang senyum.Selepas ini mulalah hidup dia untuk membesarkan aisya sendirinya.Entah bagaimana nasib dia bila besar.Tapi tidak terlalu kesah akan hal itu.Dari lahir lagi Aisya sudah jarang berjumpa dnegan ayahnya sendiri.

"mampu ke I besarkan Aisya?Tanpa kasih sayang seorang ayah Irfan?"terbit soalan itu dari bibirnya yang sudah lama terpendam di dalam hati.

"Ramai lagi yang macam you Mira, I yakin you boleh buat.. dan you tak perlu risau,I kawan you.. I juga papa Aisya"Kata Irfan sambil tersenyum.

"i takut besar nanti dia akan tanya mana ayah dia pergi.."

"ni bukan drama untuk kita tak bagi tahu tentang kebenaran.. dia besar nanti dia akan tahu sendiri,dan dia pun akan faham lagi-lagi mama dia cuba besarkan dia dan fokus untuk beri kasih sayang yang lebih untuk dia"

"I hope too.."


Bersambung..

Tq for reading.Jangan lupa vote

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now