42

5.5K 240 2
                                    

Kelam kabut Daniel berlari membuka pintu Penthouse apabila bunyi loceng menandakan ada orang datang. Tombol pintu dipulas.Lidah menjadi kelu melihat lelaki berbadan tegap berada di hadapan pintu rumahnya

"Eh Dato"

Bibir cuba menyapa.Terkejut Daniel melihat kehadiran Dato Zafril yang datang ke penthouse Maya tanpa diundang. Kenapa pula Pakcik ni datang? Nak meminang isteri aku tah?

Daniel sudah berligat memikir perkara yang akan berlaku. Mata Daniel memandang belakang Zafril. Nampaknya lelaki itu seorang sahaja yang datang.Tak adalah maksud nak merisik kalau datang seorang.Tapi apa pula yang dia fikirkan?Maya kan masih lagi bergelar isterinya.

"Maya ada?"

"Tak ada, dia pergi meeting dekat mana tah" Kasar Daniel menjawab.

Cari bini orang je kerjanya.Cubalah cari anak jiran ke kucing hilang ke tak adanya dia nak marah.Dia tak marah cuma geram.Tapi wajarlah kalau dia cemburu.Ini datang rumah orang cari bini orang.Kalau diikutkan mahu saja di halau Zafril balik tapi masih diingat hubungan lelaki itu pada Maya dan juga syarikat.

"Ouhh maaf ganggu, patut saya call dia tak balas, meeting rupanya"Kata Zafril.

"dahtu?"

Zafril memandang Daniel. Pandangan biasa diberi kepadanya. Namun Daniel hanya beriak biasa memandang zafril. Apa? Aku tahu aku handsome..

"Kau kalau nak bawa masalah lebih baik kau pergi je dari hidup Maya"

Mata Daniel kembali fokus kearah Zafril yang baru melontarkan ayat pedas baginya.Kata-kata yang terdengar kasar seolah menambahkan api yang hampir membara di hati.

"apa yang Dato cuba cakap ini?"

"aku sendiri tak faham kenapa Maya pilih kau sebagai suami kontrak.. Bukan apa, jenis lelaki muda macam kau ni tak pandai bersyukur.. mengada pula lebih-lebih.. tak mantang dalam rumah tangga"

"Apa masalah Dato sekarang ni? Kenapa tiba-tiba nak mengata saya pula ni?"

"Tch, sedar lah diri tu Dan.. kau tak layak untuk Maya.Kau tahu tak yang kau tu menyusahkan hidup Maya? Disebabkan perangai tak matang kau tu lah Maya jadi penat dengan sikap kau" Kata Zafril.

Daniel menatap dalam mata lelaki itu,bingung dia sekarang. Tiada angin tiada ribut. Pergaduhan mereka berdua menjadi topik panas bagi Daniel.

"Saya tahu saya masih terlalu muda untuk semua ini.. saya terlalu ikutkan perasaan tak matang saya ini. Tapi dato kena tahu.. saya dah jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami dengan baik untuk Maya"

"Maya isteri sah saya.. Kenapa Dato perlu masuk campur hmm? Saya tahu Dato sudah selamatkan dia dari kemalangan.. tapi ingat Dato, saya masih suami dia walaupun kami hanya perkahwinan di atas kertas sahaja"

"Siapa Dato nak masuk campur urusan rumah tangga kami? Saya tahu saya tak ada harta macam dato.. saya tak matang macam Dato.. Cuma saya masih bersyukur saya dapat bimbing Maya ke jalan yang benar lagi.."

Zafril mengemam bibirnya menahan geram. Tangan dikepal penumbuk.

"Kau kena sedar diri,kau tak nampak kesalahan kau Daniel.. tapi satu sahaja yang aku nak pesan kalau kau nak sakitkan hati Maya, lepaskan dia dan aku akan ambil dia jauh dari lelaki tak guna macam kau"Kata Zafril dengan nada suara semakin kuat.

"saya takkan lepaskan dia.. pergi lah sambung mimpi dato tu,saya sudah niat dalam hati.. apabila lafaz diakad Maya Ariana,saya mahu jadikan dia isteri saya dan tidak diatas kertas ada apa-apa sekali pun"

"Kau memang tak pandai hormat aku kan?"

"Macam mana saya nak hormat Dato kalau Dato yang datang dengan tiada hormat di rumah orang?"

PON!!

Kereta Maya yang memasuki parking penthouse dipandang oleh Daniel dan Zafril. Daniel memeluk tubuhnya. Entah apa lagi masalahnya kali ini.Pandangan biasa dihalakan melihat kereta yang sudah dimatikan enjin.

Maya turun dari Helux nya dan mendekati suami bersama Zafril. Kehadiran Zafril buatkan dia pandang dua orang lelaki itu bersilih ganti.Kenapa pula Zafril datang kerumahnya?

"Kenapa ni? Kenapa awak datang sini Zaf?"Soal Maya.

"Tak ada apa-apa saja datang sini.. I tanya you pergi mana lepastu Daniel bagitahu kata you pergi meeting.. I cakap nak tunggu tapi dia suruh balik hahaha elok I nak balik you sampai"

Jelas Zafril bersama tawanya. Daniel memandang Zafril dengan tidak percaya.Lelaki itu mereka cerita palsu apa pula? Pandangan tajam Maya cuba disembunyikan.Maya hanya fokus kepada Zafril yang menjadi tetamu.

Takkanlah Daniel cemburu sampai tidak pelawa Zafril masuk.Lagipun tak baik melayan tetamu begitu.

"What are--"

Baru sahaja Maya mahu bersuara Daniel terlebih dahulu meninggalkan mereka berdua di luar.

"Budak ni.."

"Biasalah tu.. cemburu I dengan you"

"Ha ni you kenapa datang?"

"I datang nak jemput you datang birthday party my mom khamis.. dekat hotel I, you datang lah dengan husband you"

*

Maya melipat kain telekungnya. Sejadah turut dilipat. Rambut yang disanggul diperbaiki oleh Maya. Sekilas Maya pandang Daniel yang berada di sebelahnya di tepi dinding.

"Sadaqallahulazim.."

Daniel menutup Al quran yang dibaca olehnya. Wajahnya disapu-sapu. Hatinya berebut berdoa sesuatu yang menjadi di fikirannya.

' Ya Allah.. permudahkanlah urusan rumah tangga kami.. dan engkau lindungilah rumah tangga kami. Jika benar kami berjodoh'Doa yang tidak pernah putus.Hanya satu sahaja permintaan dirinya.Dia mahu kekal bersama Maya.Gadis yang dicintainya.

"Daniel.."

Tersedar Daniel dari lamunannya.Mata melirik kearah Maya yang sudah selesai menunaikan solat maghrib yang tidak diimamkan olehnya kerana Maya memilih untuk membersihkan diri terlebih dulu.

"Daniel.. you kenapa layan Zafril macam tu tadi?" Lembut Maya bertanya.

"Maaf.. Saya tak sengaja"Jawab Daniel.

"I tak marah you cuma I malu kalau you layan Zaf macamtu.."

Daniel melepas keluhan. Mencari nafas yang dapat menenangkan dirinya dari ayat yang dikatakan oleh Maya.Walapun terdengar sopan tapi ia seolah dibaling peluru oleh Maya.Maya seakan membela lelaki yang menjadi pesaingnya.

"Saya ni menyusahkan ke?"Tanya Daniel.

"apa yang you cakap ini?"

"Maafkan saya kalau saya gagal jadi suami terbaik untuk awak.. maafkan saya atas sikap bodoh saya selama ini.. maafkan saya"

"what are you try to talk Dan?"

Bersambung...

Tq reading,jangan lupa vote.. love you guys.


MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now