"ada apa nak jumpa saya?" tanya Daniel kepada Maya dihadapannya.
Maya berdehem. Jus oren yang dipesannya diambil lalu diteguk agar menyejukkan lehernya yang terasan panas mahu bercakap.Tiba-tiba sahaja rasa janggal duduk bersama Daniel sedangkan mereka adalah bekas yang sudah pasti mereka pernah bersama.
"Hello.. im talk"
Maya memandang Daniel. Sejak jadi CEO makin matang lelaki itu dalam percakapan. Luaran juga cukup matang dari segi pakaian dan rambut.Tak tak pernah ubah sifatnya yang comel itu.Masih menarik perhatiannya.
"I.. I jadi"
"Ha? Jadi apa?"
Maya merenung tajam Daniel. Pura-pura tak tahu ke atau memang tak tahu ni?
"Rujuk..."
Daniel menayang wajah biasa walaupun hatinya bersorak riang mendengarnya. Nampaknya rancangannya berjalan lancar. Maya pasti akan menerima kerana mahu menjaga namanya dan nama keluarganya.
Maya juga tidak ada apa untuk difikirkan.Dia memang rindukan saat-saat manis dirinya bersama Daniel.Dan cinta dia dengan Daniel tidak akan pernah terpadam walaupun dia cuba untuk padam.
"Good, jadi setuju tarikh minggu depan?"
"Nope, I nak lagi sebulan sesuai untuk persiapan.."
"Kenapa sampai sebulan? Lamanya? Kita nak rujuk je pun"Daniel memuncungkan bibir.Nak rujuk sahaja.Bukan nak kahwin dengan orang lain.
"tak salah kan kalau kita bersanding? Dulu pun kita tak bersanding.."
Daniel sengih nakal.Terlalu manis kata-kata Maya yang membuat hatinya meletop-letop atau lebih kepada terkena panahan cinta.Kalau ikut,mahu saja Daniel berguling-guling di atas lantai.
"jangan ingat semudah itu you nak dapatkan I balik lepas apa yang you dah buat" Potong Maya laju.Terus pudar senyuman Daniel.Ingat dah berbaik,tapi belum.
"apa maksud awak?"
"I nak you dapatkan hati I semula.. I nak kahwin dalam keadaan I mendalami cinta.."Kata Maya.
"senang, sangat senang.."Kata Daniel bersama ketawa kecil.Petik jari saja,dia kan lelaki Tangan disilang kedada.Mempamerkan riak wajah berlagak sombongnya.
"Tak senang, sebab I akan bagi syarat ..."
"what?"
"Dulu i jatuh cinta kerana sikap you.. dan diri you yang sangat bertanggungjawab dekat kluarga walaupun tidak berduit"Kata Maya.
"jadi?"
"I nak Daniel yang dulu pikat hati I,Daniel yang tidak senang macam sekarang,I taknak you gunakan kemewahan you untuk ambil hati I macam dinner ke bawa holiday ke,bagi hadiah mahal-mahal ke,i taknak semua tu"Ujar Maya
Daniel membulatkan biji matanya. Malah hampir terkeluar biji mata mendengarnya. Dia tidak mahu menggunakan kemewahan.Seolah Maya tidak mahu gunakan duit yang banyak untuk ambil hatinya
"Mana--?"Daniel menggaru kepalanya.
"I tak kira, kalau you taknak I lagi sanggup dimalukan..."
"But how? Kita duduk rumah minum ayaq hujan lah lagutukan.. pastu goreng telur dadar kat jalan tar, sorang sebiji"kata Daniel menukar loghat percakapannya.
"i taknak.. I nak romantic"
Daniel menyembamkan kepalanya diatas meja makan cafe itu. Rambut diserabutkan. Bagaimana pula mahu mengambil hati Maya kalau begini? Tak pernah lagi orang ambil hati perempuan tak guna duit yang banyak.Nak bagi bunga pun dah berpuluh ringgit.Budak sekolah pun boleh habis dalam RM30.
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romance[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...