62

5K 231 5
                                    

"Maafkan kami sebab batalkan perjanjian semalam"

Maya tersenyum ramah kepada Puan Amina dan Tuan Kamal.rasa janggal pula jumpa pasanggan itu.Hari pertemuan di hotel haritu pun tak sempat sangat nak berbual.

"Tak apa.. saya pun ambil cuti semalam, tak berapa sihat.. so jadi ke perbincangan kita ni?" Maya menunjuk semula lakaran-lakaran dan catatan maklumat yang dia dapat.

"Ya, kami sangat sukakan rumah yang berhiasan kayu-kayu.. Kami nak nampak kepada dua bahagian. Yaitu mewah dan alam semula jadi" Kata Puan Amina.

"Itu sangat menyejukkan diri.. Pandai puan sri pilih kawasan rumah" kata Maya.

"untuk kami berdua tenangkan diri juga.. Nanti Maya jempu datang, bawa suami sekali' Ramah tuan Kamal.

"hahah baik Tan sri.. dan pihak kami akan usahakan dan puaskan hati Tansri dan Puan sri untuk deko rumah tu, terima kasih juga kerana sudi pilih My company"

"Mestilah.. Zafril banyak bagitahu yang My Company buatkan hasil yang menarik, sebab itu kami pilih.."

Maya tersenyum. Agak kekok bersama orang tua Zafril. Entah kenapa hatinya berdebar. Seperti kali pertama dia melayani pelanggannya.

"Jemputlah minum Maya.."

Air teh panas dituangkan ke dalam cawan. Lalu diberikan ke pada Maya.

"susah-susah je"

"eh tak apa.. Maya yang susah sebab datang ke rumah kami, sepatutnya kami yang perlu pergi berjumpa Maya" Kata Tuan Kamal.

"Customer is only right, kita perlu kejar rezeki kalau ada di depan mata" Maya menghirup secawan air teh panas itu.

"Tak sangka.. Umur muda sudah dapat bukan syarikat sendiri. Darimana kamu dapat modal sebanyak itu?"tanya Tuan Kamal.

"Tak perlukan modal, cuma perlu main modal.." Balas Maya.

"Macam mana itu?"

"Contohnya Tan sri mulakan dengan diri Tan sri, tampa tempat... duit untung kita ambil terlebih dahulu, baru kita dapat hasilkan modal yang banyak. Dan bila modal banyak, baru kita boleh tukar caranya semula"Ujar Maya.

Tuan Kamal dan Puan Amina mengangguk faham. Nampaknya Maya bukanlah orang biasa di dalam dunia perniagaan.

"Zaf tak ada ke Puan sri?" Soal Maya.

" Zaf tak ada, dia jarang balik kerumah ni.."

Maya hanya membentukkan mulutnya 'o' menandakan dia mengerti apa yang cuba disampaikan. Biasalah lelaki yang bekerjaya pasti banyak kerja di luar sana.

"betul ke Zaf dengan Maya satu sekolah?"

"Ya Puan sri.. kami satu sekolah.. umur pun sama" Balas Maya ramah,

Puan Amina memegang tangan suaminya yang berada di sebelah apabila mata lekap pada rantai yang dipakai oleh Maya. Rantai yang menghias leher putih Maya.

Bukan kali pertama, tapi kali kedua Puan Amina melihatnya.

' Anak mama..'

"Puan sri okay ke?"

"M-maya.. Rantai tu rantai siapa?"bergetar suara Puan sri.

*

"Makanlah Daniel.. saya masak tau semua ni" Alia senyum manis.

Bekal-bekal makanan yang dibawanya dibuka penutup lalu dihidangkan di hadapan Daniel. Di sudut meja meraka hanya ada dia dan Daniel.

Irfan dan Amira sudah bergerak meeting dari pukul lapan tadi. Mungkin tidak akan masuk pejabat dan terus pulang. Jadi Alia mendapat masa dan ruang untuk bersama Daniel.Tidak sia-sia dia cadangkan untuk masak dekat Daniel.

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now