bab 24

6.3K 235 1
                                    

"Dah kenapa masam je muka?"

Maya memandangDaniel yang berbaring disebelahnya sambil bermain telifon.Sejak pulang berbuka puasa.Mereka asyik bermasam muka.

Maya memilih mahu mengalah.Tak matanglah kalau dia bergaduh dengan lelaki yang lebih muda darinya.walaupun kejadian di kampung masih meninggalkan kesan di hatinya.Tapi apakah daya? Tak beri apa-apa manfaat jika dia masih melayan hati nya.Lagi-lagi mereka satu rumah.

"Daniel.."

"Apa?"

"You kenapa?"

"apa yang apa?"

Soalan dibalas soalan.

"I minta maaflah kalau kehadiran Zafril buatkan you tak selesa but he my friends.."Kata Maya.

"Sampai suap-suap bagai? Asal Miss Maya tak suap tanah je? Saya tak sempat lagi nak makan ketam tu.. Dah la tinggal satu ja"

Maya memejamkan mata.Cemburu ke berebut ketam ni?

"Esok kita masak ketam.. I minta maaflah"

Daniel tersenyum sebelum bangun dari duduknya.Dia memandang Daniel yang duduk menyandar di katil.Wajah Maya yang cantik itu dipandang dalam olehnya.

Tangan Maya diambil lalu dikucup olehnya.

"Maafkan saya.."

*

"Jadi?"

"I nak bagitahu yang I akan pergi Korea dalam enam bulan macamtu.."

"Ouhh.. lepas raya ke?"tanya Maya melalui panggilan.

"I terpaksa balik esok.. so I nak beraya dengan you dulu, Selamat Hari Raya Maya"

"Hahaha selamat hari raya Zaf.. maafkan I kalau ada salah silap dengan you.Terima kasih juga sebab you dah banyak tolong I"

"Ya Maya, I dah lama maafkan you.. you pun, maafkan I--"

"Benda lama Zaf.. lupakan saja.."

Panggilan ditutup oleh Maya.Permandangan luar balkoni dipandang olehnya.Sibuk melayan perasaanya.Entah apa yang dia rasakan sekarang.

Siapa Zafril?

Siapa Daniel?

Siapa pemilik perasaan yang dirasakannya ini?Dia curiga dengan perasaan cinta yang tiba-tiab hadir dalam dirinya. Tapi siapa pula yang buatkan perasaan itu muncul? Tak mungkin Zafril walau hatinya masih lagi menyebut nama lelaki itu yang dikatakan cinta pertama.

Daniel?

Lelaki itu juga baru sahaj dia luahkan perasaanya.Mata dipejamkan. Nafas dihela sekuatnya.sesambil menikmati angin malam bagi menenagkan fikirannya.

"Maya"

Maya tersedar dari lamunannya apabila ada tangan melingkar di pinggannya.Daniel mendaratkan dagunya diatas bahu Maya.

"Did something wrong?"

Maya menggelengkan kepalanya.Dia memusingkan badannya menghadap kearah Daniel.Lelaki itu jelas sangat kemas selepas membersihan badanya.

"Daniel.. I rasa kita dah boleh teruskan kontrak kita selepas raya?"Maya bersuara,

"tak terlalu cepat ke?"

"Tak kesah la cepat tak cepat.Umur I makin tua bukannya makin muda.."

"Tapi awak belum monopouse lagi kan?"

"You ni kan.. I ni makin tua tau, Nanti orang ingat anak dengan cucu pula"Kata Maya.

Daniel ketawa.Wajah babyface Maya memang susah menampakkan gadis itu tua.Walaupun sekarang sudan 30-an tapi wajahnya tetap serupa umur 15 keatas.

"Nenek nenek pun biarlah.. asalkan cantik"

"Dah la.. malas nak cakap, Jom balik rumah ummi.. nanti lambat pula"

*

"Dahlia.."

"ye ibu?"

Dahlia yang sibuk mengemas dapur mendekati ibunya yang sedang mengupas bawang untuk memasak.

"Dahlia betul ke lepas spm nak pergi duduk dengan kakak Maya dan along kamu?"

"Ye ibu.. Lia nak sambung berlajar dekat sana.."

"Bagus anak ibu.. tapi ingat, berniat mahu berjaya demi masa hadapan bukan demi seorang lelaki yang dicintai"

Dahlia menundukkan kepalanya.

"Ibu faham Lia.. Wajarlah perasaan cinta itu hadir pada kamu diusia sebegini.. tapi ingat, jika dia lelaki yang terbaik untuk kamu.. maka kamu juga perlu menjadi wanita terbaik untuk dia"

"Maafkan Lia ibu"

"Lia tak salah sayang.. cuma ingat pesan ibu, jika dia bukan jodoh Lia.. ingatlah bahawa Allah lebih memberi Lia jodoh yang lagi baik dari dia"

Ramai yang berkata cinta itu salah tapi apa yang dia fikir cinta itu tidak salah yang salah hanya orang yng dicintainya.dia salah mencintai orang dan sekarang dia rasakan kesakitan itu.Aiman mungkin lelaki yang baik bagi anggapannya cuma dirinya saja tidak layak untuk Aiman.


Bersambung....

MISS MAYA [C]Where stories live. Discover now