Daniel memegang lehernya yang terasa susah mahu menelan liur. Kepala dilentokkan ke kiri dan ke kanan. Menghilangkan lenguh lehernya.
"Hang pasaipa Dan? Tak seronok ka aku ajak mai sungai? Sabaq sat dapat ikan keli sekoq kita balik" Celoteh Zara yang sibuk merenung buluh yang menjadi batang kail.
"Bukanlah.. kau nak duduk sampai malam pun tak kesah.."
"Eh hang ni, kena tunang aku mai serang kang. Nasib adik ada.. mana hilang pulak budak tu?" Zara memandang sekeliling sungai mencari keberadaan adiknya.
"Zahra balik kejap ambil tuala.. katanya nak mandi sungai"Kata Daniel yang duduk di atas batu berlakang Zara.
"Hang dok bohong natangpa? Terjun dalam sungai ni ka buaya telan buang la.."
Daniel ketawa kecil. Matanya melihat ikan keli yang sudah ditangkap oleh sepupunya. Teringat pula dia masakkan Maya. Bukan baru tapi dari semalam lidahnya meminta masakkan Maya.Nampaknya alahan bayi masih lekat padanya.
"Hang pasaipa Dan? Macam ada masalah ja"
Daniel menggelengkan kepalanya. Tak selesai pula mahu menceritakan masalah rumahtangga pada wanita itu walaupun mereka berdua sangatlah rapatdari kecil.
"Takda pa aih.." Jawab Daniel.
"Aku tengok muka hang pun tau dah, kita bukan baru kenal Dan.. hang tu macam adik aku dah.. Kalau ada masalah tu, selesaikan dengan cara baik" Kata Zara.
"aku nak tanya kau boleh?"
"apa?"
"Kalau ditakdirkan kau berpisa--"
"Hang pasaipa hah?! Hang nak bagi aku single lagi ka?!" Zara memotong percakapan Daniel.Batang buluh yang menjadi alat memancing ikan dihala kearah Daniel.Nasib lelaki itu sempat mengelak dari terkena batang buluh itu.
Dah lah dia susah nak cari lelaki.Cik tunang pun dah kacak dan sudah menjadi pilhan hati.Kalau nak cari lain.Jadi anak dara tualah jawabnya.
"Bukanlah.. aku nak tanya pendapat kau je"
"Ouhh ya ka? Ha tanya-tanya.."
Daniel menggelengkan kepala. Nasib kau lah dapat sepupu macamni. Tapi keuntungannya hilang semua tekanan.
"kalau lah ditakdirkan kau berpis--"
"Abang Dan.. Kak! Mak panggil balik, ada orang mai rumah"
Zara mengerutkan dahinya. Siapa pula datang ke kampungnya harini. Kalau tunangnya, sekarang sedang ada penerbangan di Luar negara. Maklumlah 'pilot'.Sebab tu lah,kalau nak cari lain memang susah nak jumpa macam tuanngnya sekarang.
"Siapa datang?"Tanya Zara.
"Taktau, jom lah balik" Ajak Zahra berumur 10 tahun itu.
"Jom lah.. dah lewat dah pun, ikan keli kau tangkap pun dah banyak" Daniel mengambil plastik yang berisikan ikan keli itu.
"ha jom lah balik kalau macamtu.."
Zara, Daniel dan Zahra berjalan pulang beriringan. Sungai dekat sahaja dengan rumah. Tidak mengambil masa yang lama mereka sampai tepat dihadapan rumah.Tiba sahaja dihalaman rumah,mereka agak terkejut melihat kereta-kereta mewah yang terpakir penuh di depan rumah.
"Siapa yang datang?"
Zara memandang sekeliling kawasan rumahnya yang penuh dengan beberapa biji kereta yang agak canggih.Begitu juga Daniel, terpaku melihat kereta yang terparking.
'Macam kenal...' Bisik hati Daniel.Tak terdetik melihat kereta yang bagaikan tidak asing baginya.
"Jom lah masuk..mana nak tau anak raja mai meminang aku" Zara berjalan laju memasuki teratak kayu milik keluarganya yang dahulu menjadi milik opah.
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romance[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...