"Baby kita lelaki ke perempuan" Daniel meletakkan semula pakaian bayi yang diambilnya tadi.
Sengaja mahu beli persiapan awal. Lagipun Maya sudah tidak larat,kalau beli lewat nanti takut pula dia kena datang sendiri sebab Maya tidak larat berjalan.Tidak sabar menanti kehadiaran hasil cinta mereka. Maya memandang Daniel yang ragu-ragu dengan pilihanya.
"I ambil tema white gray.. kedua-duanya nampak sesuai. Lelaki atau perempuan boleh sahaja. Tema pun mewah.. so untuk baju better kita ambil yang bercorak banyak sikit.. baby lepas bersalin lebih di kain bedung kan?"
Daniel mengangguk faham. Mula mencari pakaian bayi mereka. Maya pula sibuk dengan barang-barang keperluan lain seperti botol susu, lampin, peralatan membersihkan diri.
"Cukup 20 helai?"
Daniel mendekati Maya dan membawa baju bayi yang dipilihnya. Terus Maya membelek pakaian yang dipilih Daniel.
Tepat pakaian yang sesuai untuk bayi berumur satu hingga dua bulan. Corak pula menarik bagi Maya.
"Okay.. rasanya tak ada apa dah"
"Barang pantang awak?"
"Dah.."
"Katil baby je belum, diorang punya katil I tak minat.."
"Its okay.. nanti saya lakarkan design bilik baby yang menarik dan puas, dah jom bayar" Daniel memeluk bahu Maya menuju ke kaunter.
Sibuk pekerja mengira jumlah barang pembelian mereka berdua.
"Anak sulung ke?" Tanya juru kaunter.
Maya dan Daniel tersenyum lalu menganggukkan kepala.
"Sweetnya, awal-awal dah buat persiapan.. berapa bulan?"Tanya wanita itu lagi.
"enam" jawab Maya.
"Awal lagi.. bagus buat persiapan awal-awal ni dik, kalau sarat nak jalan pun tak larat dah, harapkan suami je"
Maya dan Daniel ketawa. Mesra betul juru jual itu dengan mereka. Screen komputer dipandang oleh Daniel. Memaparkan harga barangan yang mereka beli.
Daniel mengeluarkan dompetnya.Blackcard miliknya dihulur, namun penggerakkan tangan terhenti apabila memandang harga yang terpapar.
RM11 399 . 29
Daniel menghulur blackcardnya. Masih terkejut dengan apa yang dia nampak. Selalunya peralatan dan barang keperluan baby boleh habis dalam satu ke dua ribu tapi ini..Mungkin kedai berjenama.
"Ok terima kasih jual"
Daniel mencapai resit yang diberi oleh juru kaunter itu. Memandang satu persatu barang yang dibeli bersama harga.
'Sehelai baju sahaja dah beribu.. barang bayi tak nampak lagi beratus, Barang keperluan Maya sahaja ada juga la ratus-ratus..' Bisik hati Daniel.
"Jom Dan.." Maya menyentuh lengan Daniel.
"ha?"
"Jom, balik. You fikir apa?"
"saya rasa kan.. kalau umur baby kita dalam sebulan ke dua bulan maybe boleh habis beribu.. tapi kalau setahun, saya rasa cukup kalau nak beli flight sendiri.."Kata Daniel.
"apa you ni? Flight privite I dah ada dekat lapangan kapal terbang.. nak beli lagi ke?"
Maya berjalan keluar membawa beg-beg barangannya, begitu juga Daniel. Kawasan mall itu dipusing mereka. Dah datang, alang-alang tu cuci lah mata dulu.
"eh jom, kita isi perut dulu.." Daniel mencapai tangan Maya, menarik gadis itu menuju ke sebuah restoran.
"Nasi campur?" Maya memandang lauk-pauk yang tersusun rapi di dalam bekas.
"Yap, terliur saya tengok.. jom--"
"Daniel.."
Maya dan Daniel memandang wanita yang menegur mereka. Siapa lagi kalau bukan Alia, musuh pertama Maya. Maya memutar bola mata malas.
"Eh Alia.. buat apa dekat sini? You cuti juga ke?"Tanya Daniel ramah.
"Ya.. saya cuti la, kita kan bahagian sama. Awak.. shopping barang baby eh?" Alia menatap beg plastik yang bertulisan dan bercorak seperti barang bayi.
"Haah.. beli siap-siap, nanti I tak larat sangat" Sengaja Maya memeluk lengan Daniel. Senyuman kemenangan dilemparkan apabila berubah riak wajah Alia.
Namun gadis itu tidak mahu kalah.
"Ish apa beli awal sangat.. nanti kalau gugur ke apa ke sayang barang baby ni, ke-- oppss im sorry.. saya tak sengaja cakap, saya betul-betul minta maaf" Kata Alia dengan penuh dramanya.
Maya mengenggamkan tangannya. Makin melampau mulut Alia. Mahu sahaja di bergaduh tapi tak mahu pula riuhkan kawasan restoran itu.
Maya memandang Daniel yang senyum tawar. Masih boleh senyum? Sedangkan ada kata-kata penghinaan di situ.
*
Daniel membawa segelas susu ke atas. Biliknya bersama Maya. Sepertinya angin wanita itu kurang baik.
Tombol pintu dipulas. Perlahan Daniel menjejak langkah memasuki bilik mereka berdua. Melihat Maya yang sibuk menonton drama didekati.
"Minum susu ni.."
Daniel menyua susu yang dibancuhnya tadi. Tanpa sebarang suara Maya mencapainya dan minum sehingga habis.
"Still mad at me?" Daniel bersuara manja.
Maya tidak menjawab.
"I know awak terasa dengan mulut Alia.. tapi kita tetap kerna hormat dia"
Maya memandang Daniel tajam. Kenapa lelaki itu masih membela orang yang salah. Itu benar-benar melampau.
"You tak tahu ke siapa punca I jadi macamni? Dia puncanya.. I kemalangan disebabkan dia, dan sekarang mulut dia-- ermh sudahlah! I nak tidur"
Maya membaringkan tubuhnya membelakangi Daniel. Selimut ditarik kasar olehnya. Maya cuba tenangkan dirinya.
Daniel menghela nafas.
"Good night sayang.. apa yang saya nak awak tahu, I really love you so much" Bisik Daniel ditelinga Maya.
Bersambung..
Jangan lupa vote
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romance[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...