Maya mengurut kepalanya yang terasa pening. Dadanya turut diurut dek kerana rasa mual yang menghadapnya.Kesan dari ubat sampingan yang dimakan.Tetapi tangan kanannya masih belum lepas memegang pen untuk menanda di kertas yang bertaburan di hadapannya.
"Kenapa mual pula.."
"Kenapa tu?" Daniel yang baru turun dari bilik menyampai Maya yang kelihatan sedang tidak selesa di ruang tamu.
"Tak apa.. cuma tak sedap badan sikit" Jawab Maya.
"awak tak sihat lagi ke Maya? Saya tengok dah lama awak tak sihat.. Memang tak nak pergi klinik ke?"
"Tak perlu.. i cuma penat, biasalah makin berumur.."Kata Maya.
"Umur 32.. Jiran sebelah rumah ibu.. menantu dia tu pun boleh kejar ayam lagi tau, umur dia sama dengan awak pula tu"Kata Daniel.
"Biasalah.. setiap orang berbeza antibody dia.. Mungkin I lemah dari dia"
Daniel menghela nafasnya. Susah betul mahu pujuk Maya untuk membuat pemeriksaan kesihatannya di hospital.Tipulah kalau dia tidak risau.
"Maya.. awak ada sembunyikan apa-apa dari saya ke?" Daniel memandang Maya.
Maya meletakkan pennya. Dia mendongakkan kepala memandang Daniel yang sedang berdiri disebelahnya.
"Apa yang I sembunyikan?"
"Kalau awak tak sembunyikan sesuatu dari saya.. kenapa saya ajak awak pergi klinik or hospital awak taknak? Banyak alasan yang keluar.. atau awak dah tahu tentang penyakit awak Maya?"
"What are you talking about Daniel Nazief?"
"Bagitahu saya kenapa awak tak sihat kebelakangan ni? Kenapa awak nak kena diam? Saya suami awak Maya"
"Just a contract Marrige Daniel Nazief.. remember that"Maya menekankan suaranya. Dia kembali menyemak kertas-kertas dihadapannya.
Daniel kaku. Entah mahu cakap apa bila teringat perkara yang lama telah dia lupa.
*
"Kau kenapa balik rumah aku? Nak ambil barang lagi ke? Bukan dah habis dah kau angkut bawa balik rumah bini kau?" Irfan menghidangkan secawan air kopi panas kepada Daniel.
Terkejut dia dengan kedatangan Daniel yang tidak diundang itu. Tiba-tiba sahaja ada depan rumah, nasib dia tidak baling tong gas yang baru dibelinya.Bukan main daniel berpakaian macam perompak.
"saja.. tak boleh ke?"
"Apa pula tak boleh, kau kawan aku kan?" Irfan merebahkan dirinya dihadapan Daniel.
"Kau dah makan ke?"Tanya Daniel kepada Irfan.
"Dah.. baru je makan lepas balik dari office tadi, Miss Maya kenapa tak masuk pejabat harini?"
Daniel memeluk tubuhnya. Dia turut menyandarkan badannya di permukaan sofa.
"Tak sihat" jawab Daniel sepatah.
"ha? Tak sihat lagi? Banyak kali dah aku tengok Miss Maya macam tak sihat.. okay ke tak isteri kau Dan?"
"Itulah masalahnya.. aku dah ajak dia pergi hospital tapi dia yang taknak, taktahu lah aku macam mana nak pujuk lagi"
"Biasalah tu.. kau jangan push dia sangat, wanita 30 an ni senang stress.. Maybe Miss Maya stress?"
"aku pun taktau la.. hati aku sakit sekarang ni"
"awat pulak dah?"Irfan berceloteh kedah.
"About kontrak tu.."
"aku cintakan Maya.."
*
Maya bermain rambut panjangnya yamng diketepikan. Dia sedang menunggu kepulangan Daniel. Lelaki itu menghilang entah kemana sejak padi tadi.
Bunyi kenderaan yang memasuki ruangan parking penthouse Maya kedengaran. Maya bangun dari posisi baringnya dan menuju ke balkoni.Kereta Daniel elok terparking dihadapan rumahnya. Lampu kereta dan enjin kereta sudah dimatikan. Pasti Daniel sudah menapak masuk ke dalam penthouse.
Klerk!
Maya memeusingkan tubuhnya. Dia memandang Daniel yang memasuki bilik tidur mereka. Perlahan Maya mendekati Daniel.
"Lewat balik"
"Hmm? Irfan ajak tengok bola" Kata Daniel yang sibuk menanggalkan pakaiannya. Bersiap sedia untuk membersihkan diri.
"You marahkan I ke Daniel?" Tanya Maya bersama renungannya.
"Tak.. Saya nak mandi"
Tangan Daniel ditahan oleh Maya. Daniel kembali memandang wajah Maya. Gadis itu mendongak memandang Daniel sambil tersenyum.
"Potongkan rambut I boleh?"
Daniel mengerutkan dahinya. Dia memandang rambut hitam Maya yang sudah terlalu panjang mahu melebihi pinggulnya.
"Nak potong pendek terus ke?" tanya Daniel.
Maya menggelengkan kepalanya. Ditarik Daniel menuju ke bilik mandi mereka. Gunting yang terletak di rak diambil lalu diberi kepada Daniel.
Maya duduk menghala kearah cermin manakala Daniel berdiri berlakangnya.
"Ikut sahaja yang mana you suka.. I rimas sebab rambut terlalu panjang"Kata Maya.
Daniel mengangguk lalu mengarahkan gunting pemberian Maya ditangannya tepat pada rambut gadis itu.
Krrk!
Krrkk!
Krrk!
" saya lebih suka lihat rambut awak yang panjang, jadi saya cuma potong biar paras dada.."Kata Daniel.
Bersambung...
Jangan lupa vote guys,TQ for reading.
YOU ARE READING
MISS MAYA [C]
Romance[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan diatas kertas atau lebih lagi perkahwinan kontrak demi menyelamatakan nyawa ibunya. "You tak perlu f...