Bab 47

5.1K 246 26
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*********

MATA melilau sekeliling, langkah diatur dengan berhati-hati. Risau kalau tertangkap dengan mak tirinya. Jenuh telinga dia mahu mendengar bebelan itu. Bukannya dia tidak masak dengan perangai mak tirinya yang suka mencari kesalahannya. 

"Fea buat apa tu terhendap-hendap?"

Tubuhnya kejung saat ditegur oleh uminya. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya menghadap uminya. Dia tersengih sambil menggarukan kepalanya.

"Err Fea nak keluar kejap umi"

"Malam-malam ni?"

"Bukan malam pun sangat. Baru pukul 8.30 malam. Boleh la umi" jawab Farhana Sofea. Tangan Puan Farah digoncangkan dengan mulutnya yang terserbik.

"Takyahlah. Keluar esok hmm? Bahayalah anak dara keluar malam-malam ni"

"Kejap je umi. Bolehlah. Fea janji lepas jumpa Akh, Fea balik terus"

"Tapi umi tak sedap hatilah. Esok lah Fea jumpa Akh. Lagipun budak tu entah baik ke tidak. Risau umi" pujuk Puan Farah. Tergerak hati dia mahu turun ke bawah tadi, tengok-tengok anaknya itu duk menghendap.

"Akh baiklah umi. Boleh lah Fea keluar. Nak jumpa Akh kejap je. Nak bagi barang kat dia"

Lama Puan Farah memandang ke arah anaknya yang berkeras juga mahu keluar. Berat rasa hatinya kali ini mahu membiarkan gadis itu keluar malam-malam.

"Tunggu Lan balik tuisyen dulu boleh?"

"Lan pukul 11 baru balik. Lambatlah...."

"Umi, Fea janji Fea keluar tak sampai sejam. Please..." pujuk Farhana sofea. Dia sudah janji nak berjumpa dengan Akhtar malam ini. Mahu memberi sesuatu pada lelaki itu.

Puan Farah mengeluh kecil. 

"Hmm ye lahh. Sebelum pukul 10 balik tau"

Terus tersenyum lebar Farhana Sofea. Kepala lantas diangguk laju.

"Fea janji"

Usai dia sampai di Taman Tasik Titiwangsa tempat yang selalu mereka berjumpa, dia segera turun dari kereta setelah membayar tambang pada pakcik grab. Langkah segera menuju ke tempat mereka selalu lepak. Melihat seorang lelaki yang berhoodie duduk di tepi memandang tasik, segera dia melajukan langkah. 

Tidak lain tidak bukan lelaki itu adalah Akhtar. Sepanjang perkenalan mereka, belum lagi dia melihat rupa lelaki itu. selalu dilidungi dengan kepala hoodie.

"Akh!" panggilnya membuat lelaki itu berpaling ke arahnya.

"Nak gi mana?" pelik dia melihat Akhtar yang bangun berdiri. Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung namun tidak jadi.

"Akh?"

Kaki mengikut langkah Akhtar. Aneh dia dengan kebisuan lelaki itu.

"Awak nak pergi mana, Akh?" dipegang lengan hoodie Akhtar membuatkan langkah itu terhenti. Badan dipusingkan menghadapnya.

Anak matanya mengecil memandang sepasang anak mata itu yang kurang jelas kelihatan gara-gara terlindung dengan rambut dan hoodie. Namun dia pasti itu adalah Akhtar dan bukan lelaki lain. Tapi kali ini pandangan itu terasa agak dingin.

"Ikut je aku"

Air liur ditelan kelat mendengar suara dingin itu. Kenapa terasa lain kali ini lelaki itu? Terasa auranya begitu menakutkan. Akhtar yang sudah melangkah jauh dipandang dengan perasaan yang bebelah bagi. Kakinya teraga-agak untuk mengikut langkah itu. Ketepikan fikiran negatif, dia mula melangkah.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now