Bab 69

7.8K 310 31
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

**********

P/s : Pasang lagu sedih and sediakan tisu!

"YOU created a monster and you need to be responsible for it. I'm no longer Tengku Harriz Akhtar that you all know"

Kelu lidah Farhana Sofea mendengar tutur kata itu apatah lagi pandangan suaminya seolah-olah tiada perasaan. Wajah itu sedingin kutub ais yang lebih beku berbanding sebelum ini.

Kaki bergerak beberapa langkah ke hadapan menghampiri screen besar yang menunjukkan rakaman cctv saat Tengku Harriz mendongak kepala memandang cctv. Muka yang tiada perasaan tadi berubah tersenyum nipis seolah-olah tahu dia sedang melihat suaminya itu.

"Abang...." rintihnya dengan air mata yang mula mengalir laju apatah lagi mulut Tengku Harriz kelihatan bergerak-gerak seperti mengatakan sesuatu padanya.

'I love you and I'm sorry'

Bibir diketap berjaya menangkap apa yang dikatakan oleh Tengku Harriz. Baru tangan ingin menyentuh muka Tengku Harriz yang terpampang di screen besar itu, tidak semena-mena ianya bertukar gelap. Dua cctv yang berhampiran dengan Tengku Harriz ditembak oleh suaminya sendiri.

Mungkin tidak mahu dia lihat yang suaminya berubah ganas.

"Harriz...." kaki mula lemah longlai menyebabkan dia tersungkur di atas lantai. Tangisan dihambur kuat. Ingin saja dia keluar memeluk Tengku Harriz, mengembalikan lelaki itu pada dirinya yang dulu.

"Aku akan bunuh kau, Riz!"

"Why just not we both die?" keningnya diangkat.

"No, I will be alive. You are the one who will die" usai berkata Syafiq terus menyerang Tengku Harriz.

Serangan berbalas serangan. Nyawa dibalas nyawa. Pertumpahan darah yang sangat sengit. Suasana hingar bingar bersama jeritan bercampur baur dengan erengan. Tubuh semakin ramai bergelimpangan di atas lantai. Rata-rata sudah penat bertempurdari tadi tapi tidak Tengku Harriz.

Dengan luka di perut dia masih terpacak dengan tangkasan yang menyerang, menendang dan menumbuk pihak lawan yang menghalang dia dari mara ke arah Syafiq. Amarahnya sangat kemuncak sehingga dia mengelar leher setiap musuhnya.

"Aku tak ganggu korang tapi kenapa...kenapa korang tak henti ganggu aku huh?" darah terpercik ke mukanya diabaikan.

"Aku nak berubah dari jadi kejam tapi kenapa....kenapa korang hidupkan sisi monster aku?" rambut pihak lawan yang sedang menyerang Firash ditarik olehnya sebelum pisau yang dipegang itu dihunus tepat di leher pihak lawan tanpa perasaan.

Terkaku Firash dengan darah yang memercik ke mukanya saat Tengku Harriz menarik pisau itu kembali lalu melemparkan jasad itu ke tepi.

"Aku cuma manusia biasa yang dahagakan kebahagiaan tapi korang tidak henti berikan aku penderitaan" mata tajam memerhati Syafiq yang melarikan diri semakin jauh darinya.

Saat dia ingin menghampiri Syafiq, ekoran matanya berjaya menangkap bilah pisau dari tepi. Tengku Harriz berjaya mengelak dan memusingkan tubuh pada skala tiga ratus enam puluh darjah sebelum menepis pisau itu sehingga melantun. Pisau di tanggan digenggam kemas lalu leher lelaki itu dikelar olehnya sepantas kilat.

"Fu....fu*k!" carut Syafiq apabila tiada lagi anak buahnya yang berada berdekatan dengannya untuk menghalang Tengku Harriz dari menghampirinya.

Tajam anak mata Tengku Harriz memandangkan Syafiq bak mata helang. Pisau yang digenggam kemas olehnya diangkat tinggi sebelum melemparkan pada Syafiq.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now