Bab 41

5.1K 202 24
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

******

TENGKU Harriz yang sedang membutangkan tshirt kemejanya dihampiri. Dipeluk erat tubuh itu dengan dagu yang disandarkan pada dada yang terdedah itu. Bibirnya mencerbik. Haihh sedihnya nak kena tinggal!

"Hana, I nak bersiap lah" baru membutangkan satu butang atas kemejanya itu, Farhana Sofea datang menganggu.

"Bukan you nak pergi Langkawi ke?" soalnya pelik melihat pakaian kerja lelaki itu. Lagak macam nak masuk office.

"After lunch"

Farhana Sofea mendengus kasar.

"Berapa lama?"

"Seminggu maybe"

Sekali lagi dia mendengus kasar. Hai hati berat betul kali ini mahu ditinggalkan oleh lelaki itu.

"Nak ikutt...."

"Jangan nak mengada-ngada" dijeling tajam Farhana Sofea. Hatinya kali ini rasa berat mahu meninggalkan gadis itu. Nasib semalam tiada apa-apa yang berlaku. Namun tetap sahaja dia tidak sedap hati untuk meninggalkan gadis itu.

"Pergi bersiap Hana" arahnya memandang Farhana Sofea yang masih belum bersiap. Padahal gadis itu akan masuk kerja hari ini setelah MC beberapa hari.

Lagi sekali Farhana Sofea mendengus kasar.

"Nak lunch dengan you hari ni" tangan menyambung membutangkan butang kemeja Tengku Harriz.

"Kalau sempat"

"Harrizz....." bibir dimuncungkan.

"Fine"

Terus lebar senyuman Farhana Sofea. Siap membutangkan butang kemeja Tengku Harriz, dia menyimpul necktie pula pada leher lelaki itu manakala Tengku Harriz memasukkan kemeja ke dalam seluar.

"Lunch nanti sekali tau" sempat dia mengucup bibir Tengku Harriz sekilas sebelum keluar dari wardrobe. Jelingan tajam itu dibuat tidak endah.


MUKA-muka bodyguard yang diarah untuk mengawasi Farhana Sofea sepanjang dia tiada dipandang satu persatu dengan muka yang tegang. Semua bodyguard yang diupah itu dipilih olehnya sendiri yang mempunyai prestasi yang terbaik di Secret Hunter Agency.

"Remember, a little harm to my wife and you're done!"

"Baik Tuan!" serentak enam bodyguard berkata.

Tengku Harriz menolehkan kepalanya pada Black yang turut akan mengawasi Farhana Sofea namun bezanya Black akan mengawasi dari dekat manakala mereka berenam akan mengawasi dari jauh.

"Black, kau ikut lunch dengan aku. Aku nak kenalkan kau dengan Hana"

"Okay bro!"

Black mula mengikut langkah Tengku Harriz yang berjalan keluar dari bilik itu begitu juga dengan enam bodyguard yang lain.

"Semalam memang jantan tu tak ikut?"

"Tak. Dia hanya blah macam tu je"

Tengku Harriz mengerutkan dahi. Pelik kenapa jantan itu tidak menyerang mereka padahal jantan itu pernah mengugutnya untuk apa-apakan Farhana Sofea kalau dia mencari kembarnya. Namun kenapa jantan itu terus blah? Peluang semalam terbuka pada jantan itu semalam.

"Jantan tu ada datang bangunan usang lagi tak lepas ugutan tu?"

"Tak"

"Aku syak Hana ada cakap something kat jantan tu malam yang dia menangis tu" tragedi malam yang Farhana Sofea pergi ke rumah ayahnya mengimbau kembali.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now