Bab 27

4.8K 212 7
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

**************

DIA menolehkan kepala ke kanan. Dipandang bilik itu lama. Langkahnya perlahan-lahan menapak masuk ke dalam bilik itu. Sebelum itu sempat dia menoleh memandang Farhana Sofea yang berdiri tegak di depan bilik selang 2 darinya.

Mata liar memandang sekeliling. Tersenyum pahit dia teringat akan memori 20 tahun lepas yang di mana dia dan Tengku Harraz diculik dan dikurung di dalam bilik ini. Sebulan lamanya mereka terkurung dan berjaya keluar selepas itu. Namun pengakhirannya tidak baik, apabila dia dan Tengku Harraz bersepakat untuk berpisah semasa melarikan diri.

Tengku Harraz mengumpan dirinya untuk membantu dia dan seorang budak perempuan melarikan diri daripada penjahat. Akhirnya, mereka berdua berjaya selamatkan diri mereka namun Tengku Harraz sekali lagi ditangkap dan dilarikan ke luar negara.

Dia tersenyum pahit.

Namun mereka sudah kembali bersama semula walaupun memakan masa yang agak lama.

Hutang tebal dipandang di sebalik tingkap bilik itu. Teringat akan memorinya bersama budak perempuan itu. Agak-agak masih hidup lagi ke budak perempuan itu?

Ting

Dahinya berkerut.

Ting

Bunyi hasil daripada piano membuatkan peluh renik mula mengalir dari dahinya. Tambah lagi tiba-tiba music piano yang selalu dimainkan 20 tahun lalu berbunyi lagi sekali. Nyaring dan seram bunyinya. Dia tidak suka!

Telinganya ditutup. Dada terasa sesak. Music ini.....kenapa berbunyi lagi?

Tingkap yang penuh kaca itu digenggam dengan tangan kanan. Tidak peduli akan telapak tangannya yang mula berdarah kerana sakit di dadanya semakin ngilu bahkan terasa semakin sukar untuk bernafas.

Dia jatuh terduduk di atas lantai.

Seketika bunyi music piano itu sudah berhenti namun dia masih sama bahkan terasa semakin teruk. Nafas semakin tersekat-sekat. Peluh renik semakin mengalir di dahi. Tika ini dia sedang berlawan dengan dirinya sendiri. Menghalang sisinya satu lagi daripada keluar.

"Bukan sekarang......"

"Please Am......bukan sekarang"

Yang terlintas di fikirannya ketika ini adalah Fahana Sofea. Dia tidak mahu Adham berjumpa dengan gadis itu sekarang. Bukan di sini. Bukan sekarang. Bukan di tempat ini yang penyebabnya dia mempunyai DID.

Badan disandarkan pada dinding dengan mata yang dipejam Muka berkerut menahan sakit di dadanya. Jelas kelihatan urat yang semakin tegang. Semakin dia ingin menghalang Adham daripada keluar, semakin sakit rasa di dadanya.

Pranggg

Dicelik matanya.

"Hana?"

Dahi berkerut. Di saat dia sedang berlawan dengan dirinya dan dalam kesakitan, fikirannya menerawang memikirkan gadis itu. Tiada sahutan daripada gadis itu membuatkan jiwanya mula tidak tenang.

Perlahan-lahan dia bangkit walaupun terasa dadanya seperti dicucuk cucuk dengan benda tajam. Tangan kanan masih memegang dada. Kaki mengorak langkah keluar daripada bilik itu. Seketika badannya disandarkan pada dinding. Mengambil nafas yang terasa begitu berat.

Dia tahu kemungkinan Adham akan mengambil alih badannya kejap lagi dan dia perlu cepat-cepat keluar dari sini bersama Farhana Sofea.

"Hana"

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now