Epilog

9.4K 290 36
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

**********

3 tahun kemudian

MATA dipejam merasakan deruang angin yang meniup lembut tubuhnya. Abaya berwarna biru laut serta shawl putih yang dipakainya itu berterbangan dek kerana angin dari laut. Tenang rasa dirinya berada di persisiran pantai. Melihat keindahan alam dan kebesaran Allah yang tiada sempadan.

Di sinilah tempat dia melepaskan rindu. Rindu yang begitu mencengkam hatinya. RIndu yang tiada penghujung. Laut yang terbentang luas itu dipandang bersama senyuman. Tidak menyangka dia dapat melangkah sejauh ini. Tidak menyangka yang dia kuat menjalani hari-harinya sehingga ke saat ini.

Namun ada kalanya hari dia jatuh. Jatuh kerana dek tidak dapat menahan rindu akan sang suami yang pergi  jauh meninggalkan dia. Oleh itu, laut menjadi pengubatnya. Di mana sang suami yang sering berlayar ke lautan. Di mana dia dapat melihat senyuman yang lebar di lautan yang terbentang luas.

"Abang, Fea rindu......"

Air matanya akhirnya gugur. Tidak dapat menahan rindunya. Lama lagikah waktu untuk mereka bertemu? Kenapa kebelakangan ini dia merasakan masa berjalan begitu lambat? 

"Fea rindu...." tangis dia mula teresak-esak.

Tidak dapat menahan emosinya kebelakangan ini. Ada saja tidak kena dalam satu hari. Cepat tersinggung dan cepat menangis. Semuanya kerana rindu. 

"Abang pun rindu..."

Badan terus dipusingkan ke belakang. Seorang lelaki yang berpakaian unifom loreng segak berdiri di depannya dengan senyuman yang sangat lebar. Dari atas hingga ke bawah, dia memandang lelaki itu tanpa berkelip. Begitu segak bersama senyuman yang lebar menghiasi wajah itu. Mimpikah ini?

Sudah berapa kali kebelakangan ini dia bermimpi akan Tengku Harriz dek kerana terlampau rindu.

Di saat lelaki itu melangkah menghampirinya, dia masih berdiri kaku di situ. Masih tengah proses dengan apa yang dipandangnya sekarang. Sentuhan hangat pada tangannya menyedarkan dia bahawa ini bukan mimpi. Ciuman hangat pada dahinya menyedarkan dia bahawa rindunya akhirnya dilunaskan.

"I miss you damn much, honey" ibu jari itu menyeka air matanya.

"Abang!"

Saat tersedar ke alam nyata, dia terus memeluk Tengku Harriz. Menangis teresak-esak dalam pelukan suaminya. 

"Abang cakap abang balik minggu depan" cerbik mulutnya. Dagu disandarkan pada dada Tengku Harriz. Anak mata bundar hitamnya tidak lekang memandang anak mata coklat itu. Rindunya dia pada anak mata berwarna coklat itu.

"Abang habis ops awal. Kenapa? Tak suka ke?" lengan kekarnya membalas pelukan Farhana Sofea.

"Suka!"

"Habistu kenapa menangis?"

"Sebab Fea rindu abang"

Tersenyum lebar Tengku Harriz dengan telatah Farhana Sofea. Setiap kali dia mahu pergi dan balik operasi, pasti wajah itu akakn ditemani dengan air mata. Dahi itu sekali lagi dicium.

Kuat isterinya itu menunggu kepulangan dia yang entah balik dengan senyuman atau balik dengan sekujur tubuh yang dibaluti dengan bendera negara. Mujur sahaja operasi kali ini berjaya dan mengambil masa yang singkat daripada masa yang sepatutnya.

"Sayang sihat?"

"Sihat" muka kembali disembankan ke dada Tengku Harriz, menghidu bau suaminya itu. Sungguh dia rindu dengan bau ini.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now