Bab 12

5.5K 242 14
                                    

You duri, I duri. Bila bersama hanya menyakitkan

**********

BIBIR diketap geram oleh Farhana Sofea. Malang betul dia hari ini. Niat nak bershopping seorang diri. Lone ranger katakan. Tapi habis moodnya rosak gara-gara seorang lelaki yang bernama Tengku Harriz.

Masalahnya kenapa bila mereka berjumpa pasti ada benda buruk yang berlaku? Tengku Harriz ni memang bawa bala betul! Tak pasal T-shirt putih yang dipakai oleh lelaki itu bersama jacket yang berwarna hitam kotor dengan aiskrim llao llaonya!

"Dalam banyak-banyak perempuan, you juga I jumpa hari ni!" Ujar lelaki itu dengan rahang yang diketap sambil lap baju T-shirt dan jacketnya yang kotor.

"Apa? Ingat I hamak sangat nak tengok muka you? Muka dah la macam badak sumbu!" bidas Farhana Sofea geram.

Hampir seminggu harinya tenang berlalu tanpa terserempak dengan Tengku Harriz lagi sejak lamaran tersebut sehinggakan dia yang selalu lunch di Lestaria Cafe tidak lagi mengunjungi cafe itu setelah dapat tahu cafe itu milik Tengku Harriz.

"Ehh sedap you mengata I? Muka you tu dah la macam pontianak langsuir!"

Bibir Tengku Harriz tersungging sinis, melihat muka Farhana Sofea yang macam tertelan biawak.

"You tu cicak! Hitam putih je tahu"

Tengku Harriz memandang dirinya atas bawah. Kasut sneakers putih, seluar jean hitam yang koyak di bahagian lutut, T-shirt putih, jacket hitam dan cap hitam di atas kepala. Atas hingga bawah hitam putih.

Kepalanya didongak memandang kanan kiri. Ada yang melihatnya dan menahan ketawa setelah mendengar jeritan Farhana Sofea yang mengundang perhatian orang di sekeliling mereka. Nak buat macam mana bergaduh di tengah-tengah Mid Valley Megamall.

Bibirnya diketap geram memandang Farhana Sofea yang tersenyum sinis akannya dengan kening yang dijongket.

"At least I pakai hitam putih still handsome. Makin macho pula tu. Tak macam you pakai serba serbi putih. Dah macam mayat hidup dah"

Tengku Harriz memandang Farhana Sofea atas bawah. Shawl putih, blouse putih, pants putih, heels putih dan slindbag pun putih. Memang semuanya putih.

"Ni you pakai serba serbi putih ni untuk dijadikan kain kafan ke? Balik mall nak balik kubur terus ehh? Opps lupa, you kan hantu langsuir"

Nafas naik turun. Ada saja modal Tengku Harriz nak sakitkan hati dia. Boleh tak dia nak terajang Tengku Harriz kat tengah mall ni?

Kakinya yang memakai heels diangkat tinggi ingin terajang Tengku Harriz tapi lelaki itu pantas menangkap kakinya lepastu taknak lepas pula. Terkial-kial dia berdiri dengan kaki sebelah je.

"Ishh Harriz! Lepaslah! "

Ditarik kaki kananya itu namun Tengku Harriz masih taknak lepas. Diketawakan pula dirinya yang berdiri tidak stabil kerana bergelut menarik kaki kanannya. Sudahlah dia memakai heels. Mahu terpeleok kaki kirinya nanti.

"Harriz! Jatuh nanti I! " jeritnya geram. Tidak hirau dah dengan pandangan sekeliling.

"You jatuh, I sambut. Senang"

Terbuntang mata Farhana Sofea. Senang je ekk Tengku Harriz berkata? Nampak gaya memang nak makan tendangan dia agaknya.

"Jangan mengada! You bukan suami I nak sambut I bagai! "

"Then, jadikanlah I suami you. Senang nak sambut you kalau you jatuh."

"Bukan setakat boleh sambut, boleh buat jauh lagi kalau you jadi isteri I" sambung Tengku Harriz lagi dengan kenyitan mata helangnya.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now