Bab 53

4.9K 272 27
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*********

KEPALA didongak memandang hospital yang mencakar langit yang pernah menjadi tempat dia melakukan cubaan untuk bunuh diri. Di sini dia lagi sekali untk mencari kebenaran tentang apa yang berlaku 12 tahun yang lalu. Akan dia rungkaikan apa yag berlaku hari ini juga.

Kaki menapak langkah masuk ke dalam hospital. Matanya meliar mencari susuk tubuh Aufa yang bekerja sebagai doktor di hospital ini yang merupakan hospital milik ayah Razul, Dr. Razi.

"Hana"

Kepala menoleh memandang Aufa yang melambaikan tangan padanya.

"Jom ke bilik aku"

Kepalanya diangguk. Kaki dibawa melangkah ke bilik Aufa. Tersenyum dia memandang Aufa yang memakai gaun berwarna putih. Penat lelah belajar 5 tahun sebagai medical student akhirnya paid off. Gadis itu kini berjaya menjadi doktor di hospital yang terkenal.

"First, cerita dulu kat aku apa yang berlaku" Aufa mengambil tempat duduk begitu juga dengan Farhana Sofea sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik Aufa.

Dia mula menceritakan apa yang sudah berlaku di antaranya dan Tengku Harriz pada Aufa. Lansung dia tidak meninggalkan satu info pun pada gadis itu termasuk juga bagaimana dia memarahi Tengku Harriz. Bagaimana dia mencaci maki lelaki itu pagi tadi.

"Hmm kau tahu tak bila aku dengar cerita kau ni buat aku rasa nak lempang je kau ni?" mencerlung tajam Aufa memandang Farhana Sofea. Tidak menyangka yang gadis itu sanggup berkata sedemikian pada suami sendiri.

"Kau pun nak back up dia juga ke? Kau dengan Zul sama je!"

"Aku bukan nak back up sapa-sapa sekarang, masalahnya Riz tu suami kau dan kau langsung tak hormat dia!" 

"Buat apa aku nak hormat jantan tu kalau dia penyebab deritanya aku?" bentak Farhana Sofea. Geram pula dia apabila Aufa tidak menyebelahinya.

"Inilah masalah kau ini, kau fikir kau seorang je ke derita. Habis Riz tu tak derita?"

Dia tersenyum sinis.

"Derita ke dia? Lepas aku terjun dari bangunan ni, dia langsung tak datang minta maaf kat aku! Cari aku pun tak!" selepas dia lakukan cubaan membunuh diri, Tengku Harriz langsung tidak mencarinya. Kalau betul lelaki itu koma, kenapa tidak mencari dia selepas itu?

"Sebab tu siasat dulu! Cari tahu dulu apa yang jadi! Bukan terus lemparkan kata-kata kau kat Riz macam tu" gaun putih di badannya dibuang sebelum disangkut pada kerusi. Panas rasa bertekak dengan Farhana Sofea.

"Hana, your words are like arrows. Once they are released, they cannot be taken back"

"Cuba kau bayangkan kau kat tempat Riz, bertapa hancurnya hati dia bila kau cakap macam tu kat dia. Tak cukup dengan itu kau nak kematian untuk dia? Just because Riz is strong enough to handle the pain from your harsh words doesn't mean he deserves it" dia menghampiri Farhana Sofea. Bahu gadis itu dipegang.

"Don't you know harsh words hurt more than physical pain?"

Kelu lidah Farhana Sofea untuk membalas kata-kata Aufa. Dia tahu kata-kata lebih menyakitkan berbanding sakit fizikal di badannya. Dia pernah merasakan semua itu. Bertapa orang caci makinya gara-gara kejadian 12 tahun lalu. Sakitnya hanya dia tahu dengan kata-kata yang diutarakan oleh mereka semua padanya. 

Namun, walaupun dia tahu bertapa sakitnya kata-kata cacian dari seseorang tapi kini dia yang menyakiti Tengku Harriz dengan kata-katanya pula.

"Parut kat badan kau boleh hilangkan dengan laser tapi parut kat hati boleh ke kau nak hilangkan dengan laser? Tak, Hana. Kau sendiri tahu itu. Sekali berparut kat hati selama-lamanya akan berparut. Gelas yang pecah pun tidak boleh disambungkan balik ke bentuk asal inikan hati yang retak dengan kata-kata yang tak sepatutnya keluar"

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now