Bab 34

4.9K 224 7
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*********

PINTU bilik Tengku Harriz diketuk terlebih dahulu sebelum dibuka dari luar. Lelaki itu menoleh kepala memandangnya yang sedang berdiri di pintu. Dia tersenyum, bantal dalam pelukan didakap kemas sebelum mara ke arah lelaki itu yang sedang melunjur di atas katil. Macbook di atas peha. Buat kerja mungkin.

Dari atas sehingga bawah dia memandang Farhana Sofea.

"You nak apa?" kening terjongket.

"Mulai malam ni, I nak tidur dengan you" tuturnya. Bantal yang dipeluk diletak di atas kati sebelah lelaki itu.

"Who's give you permission?"

"I"

Dengan selamba dia baring di sebelah lelaki itu. 

"Ini bilik I. Nak tidur, bilik you sebelah sana"

"Bilik you, bilik I dan bilik I, bilik I juga"

"You ingat ni duit?" mata tajam mencerlung ke arah Farhana Sofea. Kalau duit, dia tidak kesah. Gunalah sebanyak mana yang mahu. Tapi ini soal biliknya!

Badan mengiring menghadap Tengku Harriz. Tangan kiri menongkat kepala. Sempat dia terpandang akan gambar senjata di Macbook Tengku Harriz sebelum lelaki itu mengalih Macbooknya.

"Apa salahnya tidur sekali? Dah kahwin dah pun. Sebelum ni you teman I tidur boleh pula?" rungutnya tidak berpuas hati. Baru ini elok sahaja Tengku Harriz datang tidur di biliknya, menemaninya.

Tengku Harriz mengeluh perlahan.

"Itu sebab masa tu you dalam ketakutan. Sekarang tak kan?"

"Siapa cakap tak? Hari-hari I nightmare"

Tengku Harriz terdiam. 

"Fine. Tapi jangan kacau I buat kerja"

Terus tersenyum lebar Farhana Sofea. Kepala diangguk laju. Dia mencapai Iphonenya lalu membuka app Tiktok. Memandangkan esok dia mendapat MC jadi malas nak serabutkan kepala dengan kerja. Sesekali dia memandang Tengku Harriz yang khusyuk membuat kerja.

Teringat akan kata-katanya tadi.

'I'm gonna make you mine, Harriz. Only mine!'

Dia betul-betul maksudkannya tadi. Setelah fikir lama, dia membuat keputusan untuk memulakan langkah pertama dengan tidur sekatil bersama Tengku Harriz. Langkah seterusnya dia belum fikir lagi macam mana mahu menggoda lelaki itu. Perlu minta nasihat dari Nadhira lagi mungkin!

Kepala menoleh memandang Farhana Sofea yang bangun dari katil lalu keluar daripada biliknya itu. Dahi berkerut. Takkan pergi tidur bilik sendiri balik sebab dia tidak layan gadis itu? Namun tidak lama, gadis itu kembali bersama satu novel di tangan. Dia mengalihkan pandangannya semula pada Macbook. 

Badan disandarkan di kepala katil seperti Tengku Harriz. Novel yang bertajuk 'Will You Love Me?' by Norhafsah Hamid dibuka ke bab 20. Sambil itu, dia perlahan-lahan mengesot badannya menghampiri Tengku Harriz .Namun di saat lelaki itu berpaling memandangnya, dia berhenti. 

Berpura-pura khusyuk membaca novel.

Saat Tengku Harriz mengalih pandangannya pada Macbooknya semula, dia menyambung mengesot badannya semula menghampiri lelaki itu. Sekali lagi dia berhenti tatkala kepala Tengku Harriz sekali lagi menoleh memandangnya. 

Bibir bergerak-gerak membaca novel. 

Usai kepala itu menoleh, dia merapatkan lagi jarak di antara mereka.Perlahan-lahan mengesot sehingga bahunya berlanggar dengan bahu Tengku Harriz. Kepala yang menoleh memandangnya, dia buat tidak endah. Terasa anak mata tajam itu memerhatinya.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now