Bab 65

6.4K 298 29
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

TERTIARAP badan Farhana Sofea di atas katil dengan kaki yang digoyang-goyangkan menonton drama Korea dari tadi. Inilah rutinnya setiap hari selama sebulan setelah dia discharge dari hospital apabila Tengku Harriz pergi ke kerja.

Dua hari yang lepas uminya datang meneman namun tak boleh tidur sini lama-lama kerana kata uminya ingin memberikan ruang pada mereka berdua. Padahal kalau ada uminya tidaklah dia bosan jika Tengku Harriz pergi ke kerja.

Bunyi deruan enjin menyentakkan Farhana Sofea. Terus bibir lebar tersenyum namun hampa saat dia intai di sebalik langsir kereta lain yang muncul. Kereta mak mertuanya.

Serentak itu Iphonennya berbunyi. Segera dia mengangkat panggilan dari Tengku Harriz.

"Salam honey...."

Kedengaran suara di sana serba salah.

"Abang tak balik lunch?" tembaknya. Akhir-akhir ini Tengku Harriz agak busy handle Secret Hunter Agency memandangkan Adden kerap tidak datang menjaga Airisya di rumah.

"Hmm. Sorry abang tak dapat teman honey lunch. Honey nak makan apa? Abang order makanan kat grab"

"Ehh tak apa abang. Fea faham. Nanti Fea whatsapp abang apa Fea nak makan" kaki mengorak langkah turun ke bawah ingin menjemput mak mertuanya masuk.

"Abang, err tak apalah" teragak-agak dia ingin bagitahu Tengku Harriz yang mama datang.

Bunyi loceng rumah mula kedengaran. Segera dia percepatkan langkah menuju ke pintu rumah yang terkunci.

"Kenapa? Siapa yang datang?"

"Kejap lagi Fea call abang balik. Bye!"

Pintu dibuka dengan segera. Terkejut dia melihat Tengku Farihah yang berdiri sedang mencerlung tajam ke arahnya dan di belakang adalah Sofea Qaisara.

"Mama" dia menghampiri Tengku Farihah dan menghulurkan tangan untuk bersalaman namun saat mendekat, pipinya tidak semena-mena ditampar oleh mak mertua.

Pang

Tertoleh ke kanan kepalanya akibat tamparan yang kuat itu sehingga dia terduduk jatuh di atas lantai. Tergamam seketika dia menerima tamparan pertama dari mak mertua. Sangat dia tidak menjangkakan perbuatan itu.

Sara yang berada di belakang sudah tersenyum sinis melihat lawannya tersungkur ditampar oleh bakal mak mertuanya.

"Ini ayah kau?" beberapa keping gambar dilempar pada Farhana Sofea.

Bibir diketap melihat kepingan gambar yang jatuh di atas lantai. Gambar Dato' Khalish.

"I...iya" gambar-gambar itu dikutip sebelum dia bangun berdiri, memandang Tengku Farihah dengan perasaan serba salah.

"Rupa-rupanya kau yang dalang selama ini"

Tertunduk kepala Farhana Sofea. Faham apa yang dimaksudkan oleh Tengku Farihah. Semalam Dato' Khalish dikhabarkan didapati bersalah atas kes 20 tahun yang lalu. Kes pembunuhan, kes penculikan dan tak lupa juga kes rasuah sana sini. Memang tidak lepas dari setiap dosa yang ayahnya lakukan.

Berkat Tengku Harriz dan juga yang lain yang mengorek setiap kesalahan dan menghantar bukti pada polis. Kini, ayahnya didapati akan dijatuhi hukuman gantung kerana telah membunuh ramai orang dan salah seorangnya adalah Inspektor Aziem Fayyad.

"Ma...mama duduk lah dulu. Hana buatkan air untuk mama"

"Tak payah! Entah-entah diletaknya racun" Tengku Farihah masuk ke dalam dan diikuti oleh Sara. Ada banyak hal yang nak dibincangkan.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now