Bab 6

6.1K 301 37
                                    

RAZUL memicit kepalanya yang berdenyut-denyut akibat hantukan yang kuat. Kepalanya berdarah sedikit tetapi sudah dibalut dengan bandage oleh paramedic. Mereka sekarang berada dalam ambulans untuk dibawa ke hospital. Ya, mereka.

Terdapat Tengku Harriz dan Farhana Sofea yang duduk di sebelahnya manakala dia sedang terbaring. Nak tahu apa mereka berdua itu sedang buat? Sedang bergaduh, menuding jari atas kemalangan pada masing-masing. Kepalanya yang pening semakin pening.

"Kalau you tak mulakan pergaduhan, kita takkan accidentlah."

"Ehh I pula? You tu kalau dengar cakap I jangan keluar pergi mana-mana, I takkan gaduhlah dengan you"

Kepala digeleng-geleng oleh Razul. Tak hormat betul dia yang sedang sakit itu! Kepalanya mendongak memandang paramedic.

"Bang, nanti singgah balai bang"

"Balai? soal paramedic itu dengan dahi yang berkerut."

"Haah. Hantar dua ekor babi ni kat balai polis" bisik Razul selamba berkata pada paramedic itu. Kan cakap kuat-kuat melayan dia dari ambulans itu. Tak sempat nak dirawat kat hospital, dah arwah dulu kena tendang dengan Tengku Harriz dan Farhana Sofea.

Paramedic itu memandang Tengku Harriz dan Farhana Sofea. Bibirnya menahan lucu.

Seperti diminta oleh Razul, ambulans itu tiba di balai polis Kuala Lumpur. Punya Razul mendesak paramedic itu. Tengku Harriz dan Farhana Sofea yang masih bergaduh turut turun apabila Razul turun. Masih belum sedar mereka berada di balai polis. Kaki pula selamba jalan masuk ke dalam dengan mulut yang tidak henti bergaduh.

"Masalahnya ni memang salah you!"

"Salah you la! You yang rosakkan party itu. I tak buat apa-apa" ujar Tengku Harriz

Razul hanya mengikut langkah mereka masuk. Dia yang sakit itu tiba-tiba tak sakit. Nak hantar dua ekor itu dahulu ke balai sebelum dia pergi hospital. Mata hanya memandang mereka yang selamba masuk ke dalam balai polis dengan mulut tidak henti bercakap.

"Ehh jap kita kat mana ni?" soal Farhana Sofea pelik melihat semua mata memandang mereka pelik. Gaya macam balai polis.

"Haa baguslah dah sedar. Sini korang dua"

"Auchh!"

Razul menarik telinga Tengku Harriz dan Farhana Sofea yang berlapik dengan shawl itu. Diheret mereka menghampiri pengawai polis yang berdekatan.

"Detective, ni haa dua orang ni nak serah diri atas penjenayah yang dilakukan oleh mereka." ujar Razul selamba.

"Apa kau merepek ni, Zul?" soal Tengku Harriz bengang. sambil menggosok-gosok telinganya.

"Penjenayah apa ye Encik?" soal pengawai polis yang bernama Detective Bahri.

"Kecuaian dalam pemanduan yang telah mengakibatkan kemalangan yang teruk. Kesian kawan saya Encik, dia meninggal dalam perjalanan ke klinik. Innalillahiwainnailaihirojiun " Razul menutup mukanya dengan telapak tangan. Acah menangis. Biar nampak drama macam pukul 7.

"Nasib umur saya panjang. Hanya luka kecil kat kepala. Tapi boleh tahan berdarah. Ouhh saya rasa mahu pengsan sekarang."

Badannya berdiri tidak stabil. Memang sengaja supaya dapat menarik belas kasihan daripada Detective Bahri itu. Badannya yang sengaja mahu jatuh itu sempat ditahan oleh Detective Bahri.

"Encik sila duduk. Saya call ambulans untuk Encik"

"Ouh takpe takpe. Ambulans dah ada kat luar. Saya singgah sekejap untuk bagi keterangan. Detective jangan lepaskan mereka berdua ini."

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now