Bab 5

6.2K 309 65
                                    

"ARGHH Harriz! Put me down!"

Namun secara tiba-tiba badannya dicempung oleh Tengku Harriz. Dia ulang lagi sekali badannya dicempung! Oleh Tengku Harriz! Membuntang matanya merenung Tengku Harriz yang selamba badak dia sahaja nak cempung badannya itu. Sudahlah tadi memeluk pinggangnya sekarang dicempung! Banyak betul dia buat dosa hari ini.

"Harriz, you turunkan I sekarang! jeritnya sambil meronta-ronta ingin turun.

Tengku Harriz membuat tidak endah. Bahkan dia permisi untuk beredar dari majlis situ. Tidak ada guna untuk berada di situ lama-lama. Semua dah pakat terkejut dengan apa yang dilakukannya itu.

Tengku Harriz mencempung seorang perempuan.

Tengku Harriz mencempung Farhana Sofea.

Semua orang tengah hadam perkara itu. Muka masing-masing jelas terkejut. Tidak berangjak dari tempat masing-masing.

"Once I get down, I swear you will end up in a coma

Bibir diketap oleh Farhana geram dengan mata tajam merenung Tengku Harriz yang sedang mencepung badannya menurun bukit dengan muka beku dan dingin. Masih tidak mahu menurunkan dia walaupun mereka dah keluar dari rumah itu!

Perasaan ingin bunuh Tengku Harriz semakin mencacak naik. Tadi dia rasa ingin bunuh Dylan Shah tapi sekarang dia sudah tukar target.

Tengku Harriz menurunkan Farhana Sofea sebaik mereka tiba di kereta. Sebaik diturunkan Farhana Sofea, gadis itu cuba menyepaknya namun dia pantas menahan gadis itu dengan mengunci gadis itu kanan kiri pada kereta.

Kedua-dua tangan gadis itu digenggam kemas. Anak matanya yang berwarna coklat tajam menikam anak mata hitam pekat Farhana Sofea.

"Nak bunuh orang bukan depan orang ramai. You ni bodoh atau tak ada otak ?" dengan nada sinis lelaki itu berkata membuatkan Farhana Sofea semakin menahan geram. Namun dia tidak membuat apa-apa hanya diam menatap anak mata coklat itu. Muka mereka agak dekat. Kan tak pasal bibirnya pula disambar oleh lelaki itu apabila dia turut mengeluarkan kata-kata pedas.

"Masuk"

Kalau sudah dengan muka dingin bekunya itu tambah lagi suara garau yang begitu tegang. Urat pulak sudah timbul di leher dan tangannya, apa yang boleh dibuat. Sebelum makin huru hara baik dia dengar kata. Dia memandang lelaki itu menuju ke pintu sebelah dengan renungan tajam, acah-acah mahu melayang penumbuk. Masih tidak berpuas hati dirinya itu!

"You ni bala tahu?" Ujarnya geram. Memang geram. Tersangat geram!

Tengku Harriz menoleh memandangnya sekilas sebelum menumpukan perhatian kepada pemanduannya semula.

Farhana Sofea dah mencarut dalam hatinya. Iphone rosak! Heels patah! Dugaan betul! Sudahla heels yang dibeli itu mahal! Dia beli kat luar negara kut semasa outstation kat Italy tahu! Lepastu iphone yang baru dibeli tak sampai 5 bulan dah rosak!

Suasana yang dingin itu dimeriahkan dengan ringtone iphone milik Tengku Harriz. Tengku Harriz memandang screen pada dashboard. Terpampang nama Razul. Dia memasukkan telinganya airpods sebelum butang hijau dislide.

"Apa dia?" soalnya dingin.

"Weh tolong aku! Aku send location" ujar Razul dengan nafas semput

Belum sempat dia membalas panggilan sudah dimatikan oleh Razul. Dahinya berkerut. Razul ni dalam bahaya ke apa? Kepalanya menoleh memandang Farhana Sofea. Melihat dressnya yang basuh kuyup itu takkan dia mahu tinggal tepi jalan pula?

"Kenapa you pusing?" Soalnya apabila kereta Mercedes yang dinaiki mereka uturn.

"Kawan I minta tolong"

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now