Bab 45

5K 239 25
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan.

*******

FARHANA Sofea menguap kecil. Matanya begitu payah untuk dibuka. Mungkin disebabkan terlalu banyak menangis. Dipandang jam di screen Iphonenya. Sudah pukul 9 pagi. Dia mula bangkit dari katil, keluar dari biliknya itu. Anak mata melilau mencari uminya dan Tengku Harriz. Seketika dia terdengar suara dari dapur 

"Riz cuba. Riz akan cuba"

Berkerut dahinya. Apa yang mereka sedang borak? Dia semakin menghampiri mereka berdua.

"Nanti cepat-cepatlah yee bagi cucu kat umi. Umi teringin nak cucu dari korang berdua"

"Entah! Kesian kat umi tak sabar nak ada cucu kan umi?" selamba Farhana Sofea duduk di tepi uminya. Kepala dilentokkan ke bahu uminya. Pelukan dieratkan.

Dijeling sekilas Tengku Harriz yang sudah merah padam. 

"Menantu umi tu ego betul. Hana dah serah diri Hana dah pun kena tolak lagi. Ke kena guna minyak dagu ehh umi?" 

Puan Farah hanya ketawa melihat Farhana Sofea yang kuat menyakat manakala menantunya itu sudah meram padam. Anaknya itu pun memang cakap tidak berlapis betul!

"Hmm mungkin Hana tak cukup menarik untuk Riz kut?"

"Umiiii...." cemberut Farhana Sofea. Suka betul back up menantu berbanding anak sendiri.

Matanya melirik pada Tengku Harriz yang tersenyum bangga kerana diback up oleh uminya.

"Menantu umi tu gay. Tak bernafsu kat bini sendiri" teringat kisal semalam. Ditolak mentah-mentah lepastu kena bungkus dengan comforter! Kurang asam betul kan lelaki itu?

Terlepas ketawa Puan Farah.

"Amboi gay pula?"

"Ye lah. Papa pun cakap Riz gay. Lepastu umi nak tahu tak? Semalam kan Harriz bungk....."

"Mana ada umi. Hana tu je tak pandai nak goda Riz. Salahkan Riz gay pula" cepat Tengku Harriz memotong, back up dirinya sendiri. Mata sudah mencerlung tajam pada gadis itu. Berani gadis itu mengumpatnya depan-depan?

"Eleh taknak mengaku. Semalam kemain mengaku gay. Umi tahu tak Hana kiss bibir Harriz pun kena marah? Mesti sebab dia nak kiss jantan lain"

Mata Tengku Harriz terbuntang luas. Amboi, dah melebih ni! Dia straight okay!

"Itu sebab kiss you boleh buat skru lutut I tercabut tahu?" 

Sedar yang dia sudah terlepas cakap, bibirnya diketap kuat. Ergh! Tak pasal bongkar hal sebenar!

Puan Farah sudah melepaskan ketawa melihat gelagat mereka manakala mata Farhana Sofea sudah bersinar-sinar dengan pengakuan lelaki itu. Dia yang duduk di sebelah uminya kini beralih tempat. Selamba duduk di atas paha Tengku Harriz dengan terkankang.

"Umi tengok anak umi ni tak senonoh" adu Tengku Harriz apabila Farhana Sofea ingin mencium bibirnya di depan mak mertuanya. Tangan menolak dahi Farhana Sofea.

"Haha macam-macamlah korang ni. Korang berasmaralah ye. Umi nak pergi belakang rumah jap"

"Kali ini umi berpihak kat I. Padan muka you!" tersenyum bangga Farhana Sofea sambil memeluk tubuhnya. Kening dijongket-jongket pada Tengku Harriz yag sudah mencerlungnya tajam.

"Now, you can't run anymore!" tangan diluruskan kanan kiri kepala Tengku Harriz, memegang kerusi yang disandar oleh Tengku Harriz. 

"Umi nak cucu so should we?"

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now