Bab 52

5.1K 266 48
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

TERMENUNG jauh Tengku Harriz yang sedang melemparkan pandangan memandang indahnya bandar Kuala Lumpur. Namun kehidupannya tidak seindah begitu.

"Jom aku dah siap"

Kepala menoleh memandang Razul yang berdiri di muka pintu officenya memakai uniform loreng hijau yang lengkap sama sepertinya.

Kepalanya diangguk.

Tangan yang dimasukkan dalam poket seluar dikeluarkan sebelum mengambil beret yang berwarna ungu di atas mejanya.

Keluhan kecil dilepaskan.

Masa genting macam ini lah mereka ada ops. Sudahlah semalam dia baru menceritakan hal sebenar pada Farhana Sofea dan hari ini dia dipanggil untuk menjalankan tugasnya sebagai Paskal.

"Before that, aku nak singgah rumah aku jap. Nak jumpa Hana" langkah dibawa ke lift VIP begitu juga dengan Razul.

"Kau sure nak jumpa dia macam ni?" kepala menoleh memandang Tengku Harriz bersama wajah risau. Kawan baiknya itu sudah ceritakan apa yang terjadi antara mereke berdua.

"Dah tak ada apa rahsia untuk dilindungi lagi" tuturnya sebelum masuk ke lift. Butang P ditekan yang membawa mereka ke tingkat parking kereta.

Selama ini dia selalu berhati-hati untuk tidak menampakkan dia memakai uniform tentera pada Farhana Sofea apatah lagi nama Akhtar terpampang di baju lorengnya. Oleh itu, semua uniform tenteranya ditinggalkan di Secret Hunter Agency.

"Kau okay?" risau dia melihat muka kosong Tengku Harriz. Langsung tidak ceria dan tidak tegang juga. Wajah itu tampak begitu sedih.

Tengku Harriz tidak menjawab soalan itu dan hanya meneruskan langkahnya menuju ke kereta Audi R8nya. Enjin kereta dihidupkan sebelum seatbelt dipakai. Tanpa menunggu lama, kerenya mula membelah jalan raya ke rumahnya sebelum mereka bertolak ke Perak.

"Kau tunggu sini jap" sealbelt dibuang.

Razul sekadar mengangguk kepalanya. Dia hanya memandang akan Tengku Harriz yang keluar dari kereta menuju ke pintu rumah yang sememangnya dah terbuka.

"Nak pergi mana?" dahi berkerut memandang Farhana Sofea yang sedang menyarung heelsnya. Setahunya gadis itu tidak bagitahunya mahu keluar.

Kepala terangkap apabila ditegur oleh Tengku Harriz. Atas bawah dia memandang lelaki itu yang memakai uniform tentera. Buat pertama kalinya dia melihat lelaki itu dengan baju lorengnya. Entah kenapa rasa tergugat melihat Tengku Harriz yang segak dalam pakaian lorengnya. Jujur Tengku Harriz kelihatan attractive dalam pakaian loreng berwarna hijau itu.

Namun bibir mengukirkan senyuman sinis. Nama Akhtar yang berada di dada belah kanan itu dipandang. Patutlah tak bagitahu dia pekerjaan tentera lelaki itu selama ini.

"Hana, you nak pergi mana?" tangan menarik lengan Farhana Sofea yang berjalan melepasinya tanpa menjawab soalannya.

"Aku nak pergi cari buktilah. Aku bukannya bodoh nak percaya macam tu je cerita kau" direntap kasar lengannya.

Lega dia. Bibir mengukirkan senyuman. Fikir Farhana Sofea ingin keluar dari rumah mereka itu.

"Hmm, take care. Pergi dengan Black boleh?"

"Malas. Aku nak pergi sendiri"

"Then, Black follow you dari belakang"

Farhana Sofea mendengus kasar.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now