Bab 66

6.6K 333 53
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

**********

USAI sahaja mengaminkan doa, terus Farhana Sofea menerpa ke arah Tengku Harriz. Dia melabuhkan punggung di atas riba Tengku Harriz. Tangan suaminya itu dicium lama manakala Tengku Harriz mencium ubun-ubun kepalanya lama. Rutin harian mereka setiap kali habis solat berjemaah.

"Honey...." tangan melingkar bahu Farhana Sofea.

"Hmm?"

Kepala yang disandarkan di dada Tengku Harriz didongakkan memandang suaminya.

"Abang ada benda nak bagitahu"

"Bagitahu apa?"

"Abang dinaikkan pangkat. Leftenan Komander"

Membuntang luas mata Farhana Sofea. Mukanya dijarakkan dari dada Tengku Harriz.

"Ye ke?"

Kepala diangguk.

"Abang nanti Fea nak tengok abang pakai uniform loreng tu lagi. Haritu abang pakai handsome sangat" tuturnya teruja. Pertama kali dia melihat Tengku Harriz memakan uniform loreng ketika mereka bergaduh. Itu pun dah cukup handsome suaminya.

"Boleh sayang. Abang kena lapor diri minggu depan. Abang ingat nak stay Perak je lepas ni. Ab...."

"Huh? Abang nak stay Perak? Habistu Fea? Abang nak tinggalkan Fea ke? Abang dah tak sayang Fea? Abang jangan kata yang abang nak buang Fe....."

Terhenti kata-kata Farhana Sofea apabila bibirnya disambar oleh Tengku Harriz sebelum dahi mereka dilekapkan.

"Gelojohlah honey ni. Bagi la abang habis bagitahu dulu"

Tersengih dia menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun elok. Hampir sahaja dia menangis tadi.

"Abang bawa honey sekali. Itupun kalau honey nak ikut. Kalau honey taknak ikut, kita stay kat KL je"

"Nak! Fea nak stay kat Perak. Fea nak jauh daripada semua orang yang tak suka tengok kita bahagia"

"Honey okay ke berhenti kerja kat company Ayaaz?"

"Kerja boleh dicari nanti kat Perak tak pun Fea goyang kaki je kat rumah habiskan duit abang. Abang kan banyak duit?"

"Amboi, banyak cantik dia" ditarik hidung Farhana Sofea. Tidak kisah sebenarnya kalau isterinya itu ingin habiskan duitnya. Saja ingin menyakat.

"Betul ni tak kesah?"

"Tak. Kalau itu yang dapat buat abang kekal di sisi Fea, Fea tak kisah. Kalau boleh Fea nak bawa lari abang jauh lagi" ketawa kecil dia dengan jawapan Farhana Sofea itu. Tubuh isterinya didakap kemas sambil memejamkan matanya. Hati rintih berdoa agar mereka diberikan peluang untuk mengecapi kebahagian yang diinginkan.

"Honey taknak bagitahu abang apa yang jadi tengah hari tadi?"

Kelat air liur ditelan oleh Farhana Sofea.

"Lepas makan"

"Then, jom makan" mereka mula bangun. Melipat sejadah dan telekung di tempat asal.

Bunyi deringan Iphone milik Tengku Harriz mematikan langkahnya yang ingin keluar dari bilik. Kepala menoleh memandang Farhana Sofea.

"Honey turun dulu. Kejap lagi abang turun"

"Okay. Fea pergi hidang makanan dulu"

Kepala diangguk sebelum menuju ke meja kecil di tepi katil untuk menjawab panggilan. Berkerut dia melihat panggilan dari Razul. Jarang lelaki itu mahu kacau dia apabila dia berada di rumah.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now