Bab 40

5.7K 233 19
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

TENGKU Harriz memusingkan-musingkan tangannya sebaik sahaja gari di tangannya dibuka. Matanya dilirik pada polis yang menggari pekerja lelaki itu pula. Dia sengaja berdecit kuat, ingin menarik perhatian lelaki itu sebelum bibir mengukirkan senyuman sinis.

Siapa sangka pada awalnya yang tidak berpihak pada mereka disebabkan cctv dalam kedai itu rosak namun sekali gus semua kejahatan lelaki itu didedah. Salah guna kuasa sebagai pekerja, mencuri duit kaunter rakan sekerja sehingga selalu short dan merosakkan cctv kedai sendiri!

"I told you, you really mess with the wrong person" ujarnya sebelum berlalu keluar dari balai polis.

"Hana!"

"Ehh korang!"

Farhana Sofea berlari pada Airisya, Nadhira, Aufa dan Ariana yang sedang duduk di atas Lamborghini yang berwarna kuning. Santai mereka duduk di atas kereta itu sambil makan popcorn.

"Korang dari mana semua?" berkerut dahi Tengku Harriz memandang 5 kereta mewah yang diparking di balai polis. Itu semua kereta membernya.

"Date!" jawab mereka semua serentak

"Si Harraz tu ajak jalan-jalan pusing KL sebelum hantar aku dengan Amsyar balik kampung esok." sampuk Nadhira dengan menggelengkan kepalanya. Sudahlah Amsyar ditinggalkan di rumah mak lelaki itu!

"Aku kena paksa tengok movie Malbatt Misi Bakara oleh Razul" Aufa memasukkan popcorn ke dalam mulut. Elok habis tengok movie, Razul kata Tengku Harriz kena tangkap.

"Tekak aku tiba-tiba teringin cendol, so kitorang pusing satu KL. Kan abang kan?" dia tersengih pada Adden. Tegang muka suaminya itu tidak berpuas hati. Teringin cendol malam-malam sampai merata KL mereka pusing.

"Errr sa....saya" gagap Ariana saat mata tertumpu padanya sekarang. Sudahlah dia paling muda di situ dan masih belum biasa dengan mereka semua.

"My baby bucuk maccam ni craving llao llao. Kan baby kan?" pipi Ariana yang kelihatan semakin chubby dicubit oleh Firash sebelum dia meletakkan kepala di atas perut Ariana yang sudah terbentuk sedikit.

"Aku dengan Iqbal cari barang kahwin" tutur Aisy saat mata beralih padanya pula.

"Alang-alang ni apa kata kita date berenam?" Razul menyatakan hasratnya. Bukan selalu mereka keluar beramai-ramai.

"Berenam?" kening dijongket.

"Ya"

Tengku Harriz dengan Adden berpandangan satu sama lain.

"No!" bantah mereka berdua.

Dapat dibayangkan date berenam tu macam mana lagi-lagi dengan barua- barua sekalian termasuk juga Tengku Harraz. Huru-hara nanti!

"Taknak sudah. Jom date berempat!"

"Jom!"

Keempat-empat pasangan itu mula menuju ke kereta masing-masing meninggalkan Tengku Harriz, Farhana Sofea, Adden dan Airisya yang masih lagi tercegat di situ.

"Abanggg, nak ikut diorang" Airisya menguis jaket hitam Adden dengan jari telunjuk kanan dihala pada ketiga-tiga pasangan itu dengan bibir yang terserbik.

"No. It's mean no sayang"

Farhana Sofea menoleh memandang Tengku Harriz. Jari telunjuk mencucuk-cucuk lengan lelaki itu.

"Harr......" belum sempat menghabiskan kata-katanya, lidahnya kelu dengan renungan anak mata coklat itu. Dingin!

Farhana Sofea menoleh memandang Airisya. Mereka berdua tersebik sebelum memeluk erat satu sama lain. Nasib merekalah kahwin dengan lelaki sedingin ais di kutub utara!

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now