Bab 17

5.4K 247 11
                                    

LANGKAH Tengku Harriz yang semakin jauh dikejar oleh Farhana Sofea yang memakai heels sambil mulut terkumat-kamit mengata lelaki itu yang meninggalnya jauh dibelakang. Namun di saat pintu dewan terbuka luas, langkahnya sekali lagi berhenti. Dipandang orang-orang di dalam dewan CR Hotel Grand itu yang semestinya merupakan ahli CR Alpha Corporation.

Air liur diteguk kasar.

Buat pertama kali dia menjejaki kaki ke majlis besar yang diadakan oleh CR Alpha Corporation walaupun ayahnya turut dari ahli itu. Tidak pernah dia dijemput dan dia juga tidak ingin menjejaki kaki ke sini. Kalau ayahnya, Dato Khalish nampak batang hidung dia kejap lagi ni, memang gaduh besar la.

"Why are you still standing there, Farhana Sofea? "

Mata dialih memandang anak mata coklat yang dingin menatapnya yang mengenakan suit maroon yang sama padan dengan dressnya.

"Harriz, you masuk sorang je lah. I nak balik"

Tengku Harriz mengecilkan matanya memandang Farhana Sofea sebelum melangkah menghampiri gadis itu. Tepat berdiri di depan gadis itu.

"Don't say that you're scared of your father?"

Farhana Sofea hanya diam. Tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. Jangan tanya macam mana Tengku Harriz tahu pasal ayahnya. Yang pasti segala maklumat tentang dirinya semua sudah diketahui oleh lelaki itu. There's no more secret about her, but a lot of secrets about him.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Farhana Sofea.

"You know right my father told the world that Farhana Sofea is already dead. Tak ke kecoh nanti?"

Tengku Harriz tersenyum misteri.

"That's nothing for you to worry about. I have another suprise"

"Apa maksud you? Suprise apa?"

"Yang pasti you takkan jadi topik hangat besides others akan jadi topik hangat"

Berkerut dahi Farhana Sofea cuba memahami kata-kata Tengku Harriz. Namun belum sempat dia mahu membuka mulut, lelaki itu terlebih dahulu memegang pergelangan tangannya lalu menariknya masuk ke dalam dewan.

Bibir diketap oleh Farhana Sofea apabila mata-mata mula memandangnya dengan seribu soalan. Sudah semestinya mereka tertanya-tanya siapa gadis yang Tengku Harriz bawa ke majlis CR Alpha Corporation. Lagi pula lelaki itu jarang menghadirkan diri ke mana-mana majlis seperti ini.

Dewan mula riuh dengan mulut yang berbisik satu sama lain. Yang pasti ada beberapa mata mencerlungnya tajam bagai mahu telan dia di saat dia melalui satu meja bulatan VVIP. Siapa lagi kalau bukan ayahnya, Dato Khalish dan juga isteri tercinta di sebelahnya.

"Hana, datang pun. Mama ingat tak datang"

Senyuman diukirkan buat mama Tengku Harriz iaitu Tengku Farihah dan juga pada Tengku Hadif. Dia baru saja berjumpa dengan parents Tengku Harriz 3 hari lepas. Tak macam apa yang Tengku Harriz kata, kedua-dua mereka baik sahaja menerima kedatangannya walaupun ada awalnya terasa canggung dan pergaduhan mulut sedikit akibat hubungan Tengku Harriz yang tidak berapa baik dengan parentsnya.

"Duduk sini. Mama tak sabar nak kenalkan Hana sebagai bakal menantu mama" Tengku Farihah menepuk kerusi disebelahnya menyuruh Farhana Sofea duduk di situ.

Punggungnya dilabuhkan pada meja bulat itu. Sempat juga dia berbicara itu ini dengan Tengku Farihah sebelum majlis bermula manakala Tengku Harriz hanya diam sahaja disebelahnya menatap Iphone sedari tadi sehingga majlis bermula. Nampak sangat tidak berminat dengan apa yang dikatakan oleh Chairman di depan. Baik tak payah datang!

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now