Bab 20

6.3K 236 16
                                    

LEHER Tengku Harriz dipaut dengan tangannya menyebabkan badan Tengku Harriz kembali menindih badannya. Terus sahaja dia mencantumkan bibir mereka apabila wajah Tengku Harriz dekat dengannya.

Semakin dieratkan lilitan tangannya pada leher lelaki itu dengan bibir yang masih tercantum. Matanya dipejam. Mengutuk diri sendiri kerana melakukan perkara gila ini yang hanya akan mengundang bahaya untuknya sendiri! Mungkin wayar otaknya dah putus agaknya!

Tengku Harriz tersentak dengan perbuatan Farhana Sofea yang tidak disangkanya itu. Terbuntang matanya memandang gadis itu yang menutup mata. Tangannya mula mengenggam cadar katil, menahan nafsu yang kian membuak-buak.

Terasa bibirnya itu mula dibalas oleh Tengku Harriz membuatkan matanya dicelik. Naik turun dadanya menahan rasa ciuman lembut oleh Tengku Harriz. Jantungnya usah dicakap. Memang berdegup kencang bagai baru habis berlari.

Entah mahu menyesal atau tidak. Perkahwinan yang berlangsung atas masing-masing mempunyai sebab tersendiri bukannya atas sebab cinta. Namun jika Tengku Harriz mahu menuntut haknya sekarang, mampu kah dia menunaikannya walaupun mereka tidak mencintai diri masing-masing ?

Terasa getaran badannya apabila butang pajama tidurnya mula dibutangkan oleh Tengku Harriz yang masih tidak lepas mencium bibirnya. Entah kenapa dirinya tiba-tiba diselibungi dengan rasa takut.

Takut jika disakiti lagi sekali. Takut jika dikhianati lagi sekali. Takut jika dirinya dipergunakan lagi sekali. Dan takut untuk jatuh cinta lagi sekali.

'Kau dah sakiti dia, kau nak sakiti dia lagi sekali?'

Otaknya tiba-tiba diterjah dengan satu soalan membuatkan Tengku Harriz terus melepaskan bibir Farhana Sofea. Naik turun nafasnya memandang gadis yang pernah terlibat dengan kisah silamnya dahulu kini sudah sah menjadi isterinya.

Redup dia memandang Farhana Sofea. Terlayar di fikirannya apa yang dilakukannya dahulu di masa silam mereka.

"I think we should stop here" ujarnya lalu bangun dari menindih Farhana Sofea. Dituju bilik air semula tanpa langsung menoleh ke belakang.

Terkedip-kedip Farhana Sofea memandang pintu bilik air. Ikutkan dia patut rasa gembira sebab dia menang namun entah kenapa terasa hati dengan perbuatan Tengku Harriz. Adakah dirinya masih tidak cukup layak untuk bergelar sebagai seorang isteri? Atau Tengku Harriz masih menyimpan perasaan pada Sofea Qaisara?

Kalau iya kenapa? Kenapa dia yang perlu bersedih? Kerana direject oleh suami sendiri?

Malas mahu berfikir, dia terus bangkit daripada katil lalu mengambil bantalnya yang berada di atas lantai. Selimut yang berada di atas katil turut diambil sebelum mara ke arah sofa. Biar kesejukan lelaki itu!

Tubuhnya dibaringkan, matanya dipejam. Penat tubuhnya hari ini begitu juga otaknya yang penat kerana diserbu pelbagai soalan. Butang bajunya yang terbuka dua dari atas dibiarkan. Malas ambil kesah yang penting dia mahu tidur je sekarang ini!

Jelas urat timbul kelihatan tatkala Tengku Harriz menggenggam sinki bilik air. Anak mata helangnya tajam merenung ke dalam cermin yang memantulkan parut yang hampir hilang di bahunya.

"You such an asshole, Harriz. Hurt her again and again"

Setelah lama dia bertapa dalam bilik air akhirnya dia keluar. Matanya terpandang pada sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas sofa.

Keluhan kecil dilepaskan.

Langkahnya diatur pada luggage untuk mengambil pakaiannya sebelum disarungkan pada tubuhnya. Rambut yang serabai tidak bersikat dibiarkan. Langkahnya mula menghampiri Farhana Sofea yang sedang baring di atas sofa.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now