Bab 49

5K 272 17
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

P/s : Sila baca sambil dengar lagu jiwang atau sedih.

MUNDAR-mandir Tengku Harriz di dalam officenya memikirkan rumah tangganya yang semakin keruh. Farhana Sofea yang semakin menjauhinya. Langsung tidak ingin berjumpa dengannya selama seminggu lebih ini. Balik rumah mereka pun tidak.

Apa yang dia perlu lakukan?

"Daripada kau duk mundar-mandir macam ni baik kau pergi explain kat Hana apa yang jadi. Pening aku tengok kau ni" loroh Razul memandang Tengku Harriz yang tidak senang duduk itu.

"Kau ingat senang ke?"

"Yes, senang je. Kau yang merumitkan keadaan"

Tengku Harriz menjeling tajam Razul.

"Just cakap je Riz oii. Yang kau kenapa menghilang, kenapa kau tiba-tiba makan dengan Sara kat restoran tu dan pasal ayah dia sekali. Cakap Riz! Cakap lah bodoh!" penat dah dia membebel pada Tengku Harriz sampai berbuih sudah mulutnya itu.

"Riz, jangan jadi ego macam aku"

Tengku Harriz dan Razul memnadang Adden yang sedang berdiri bersandar di pintu officenya. Kawan baiknya itu jarang masuk office kebelakangan ini, menjaga isterinya yang koma

"Kau akan kehilangan segala-galanya kalau kau jadi ego macam aku. Aku hampir kehilangan Airisya dan aku taknak nasib kau sama dengan aku. Turunkan ego kau, Riz. Jangan asbab ego kau, kau kehilangan Hana. Ego ni riz......"

Adden melangkah menghampiri Tengku Harriz.

"Ego ni sekelip mata sahaja boleh memusnahkan kita dan orang sekeliling. So drop your ego before it eats you. Give all the explanations that she needs and tell her that you love her before she starts to walk away. Once she walks away, she will never turn back, looking at you the same way she did before." nasihat Adden yang dah lalui semua ujian hubungan rumah tangga yang berliku gara-gara ego. 

"Ego is the only requirement to destroy a relationship. So be the bigger person. Drop the E and let it GO" tersenyum Razul dengan bait-bait manis yang dikatakannya itu. Dia memang pakar bab cinta ini namun hairan dia kenapa masih single lagi.

Tertunduk-tunduk Tengku Harriz menekur lantai. Nasihat daripada kawan baiknya itu betul-betul menusuk ke dalam hati. Ya, dia mengaku dia ego. Terlalu ego sehinggakan Farhana Sofea yang selalu memberi ruang untuk dia memberikan penjelasan tidak digunakan sebaik mungkin. 

"Pergi kat Hana" Adden menepuk bahu Tengku Harriz

Perlahan-lahan kepalanya diangguk

'Cinta kalau bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi'

Tersenyum pahit dia teringat akan kata-kata itu.

'Dan cinta bila dah pergi baru nak hargai. Come back to me, Hana' bisik hati kecilnya.



MELIHAT Farhana Sofea yang termenung itu segera Aufa menghampiri. Tangan menepuk bahu Farhana Sofea, menyentakkan gadis itu dari lamunannya. 

"Kau bila nak balik rumah kau?" dilabuhkan punggungnya di atas kerusi

"Kenapa? Meluat dah ke tengok aku?" serbik Farhana Sofea. Seminggu lebih sudah dia duduk di rumah sewa. 

"Bukan...Aku meluat si Riz dengan Zul yang asyik datang sini nak jumpa kau. Kau bukannya nak jumpa pun suami kau tu. Lepastu Zul pula asyik duk suruh aku pujuk kau supaya balik semula kat Harriz. Haihhh...." kepalanya digeleng-geleng. Dua orang itu makin kerap ke sini selama seminggu lebih ini.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now