The Untold Story : Part 3

3K 129 4
                                    

DRESS merah bertali halus separa lutut yang dipakainya itu digenggam kuat. Air mata kembali bergelinang. Tidak pernah dia memakai pakaian seksi begini.

"Are you cry?" dagunya dipaut kasar oleh Akhtar.

Tajam dia merenung lelaki itu. Semalam dia hampir dibunuh oleh lelaki itu, sekarang dia berada di bangunan usang di bawa oleh lelaki itu tadi. Entah kenapa dia dibawa ke sini. Namun tidak silapnya Akhtar ada berkata yang lelaki itu akan menjualnya ke Thailand.

"Akh, kenapa awak buat saya macam ni?" air matanya semakin bertakung. Sakitnya diperlakukan oleh Akhtar sebegini. Semalam hampir dibunuh, kejap lagi dirinya akan dijual. Bodohnya dia percayakan pada sembarangan lelaki yang dia tidak tahu usul asalnya.

"Kenapa? Sebab kau muncul depan dia. Sebab kau hadir dalam hidup dia"

Berkerut dahinya memandang Akhtar. Sungguh sejak semalam dia tidak faham satu pun kata-kata lelaki itu. Lagaknya bercakap seperti dia mempunyai personaliti lain.

"Aku akan pastikan kau hilang selama-lamanya dari hidup dia"

Tangan menggenggam erat dress yang dipakainya itu. Sedaya upaya dia menahan air matanya daripada mengalir. Kepala ditundukkan ke bawah seketika sebelum mendongak memandang Akhtar semula.

"Saya...saya bodoh percayakan awak...."

Sakitnya hati dia melihat senyuman sinis yang terukir di sebalik kepala hoodie itu. Baru sahaja beberapa hari yang lepas dia dapat melihat senyuman manis yang terukir di wajah itu namun sekarang digantikan dengan senyuman sinis. Senyuman sinis yang menghancurkan hatinya ke cebisan kecil.

Bunyi derapan kaki membuatkan dia berpaling ke belakang. Dua orang lelaki menghampiri mereka berdua bersama satu beg hitam di tangan. Kelat air liur ditelan, betulkah dia akan dijual ke Thailand?

"Akh...." gementar dia dengan situasi sekarang.

Kaki menghampiri Akhtar dengan lebih dekat. Tangannya menggenggam erat hujung hoodie Akhtar. Walaupun Akhtar jahat namun dia lebih rasa selamat berbanding dengan dua lelaki yang berdiri di depan mereka.

"Ini ke perempuan yang kau nak jual?"

Kepala menoleh memandang Akhtar. Anggukan lelaki itu semakin membuatkan hatinya retak. Saat ini air matanya tidak dapat ditahan lagi. Laju mengalir seperti air terjun. Sakitnya tidak dikata. Dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu namun ini balasan yang dia dapat?

"Cantik" tidak diendah pujian itu, dia semakin menyorok di belakang Akhtar.

"Nah" satu beg hitam dilemparkan ke tanah.

"Akh...please jangan buat saya macam ni" rayu dia dengan harapan Akhtar tidak akan menjual dia pada dua orang lelaki itu.

Badannya mula terketar-ketar saat dua orang lelaki itu menghampirinya setelah Akhtar memberi isyarat pada mereka. Dia menggelengkan kepalanya seraya mengundur beberapa tapak ke belakang.

"Akh!" panggilnya saat Akhtar mula menjauh. 

Baru ingin melangkah mengejar langkah Akhtar, lengannya direntap kasar oleh salah seorang lelaki. Terus tubuhnya diangkat ke bahu itu.

"Lepas!"

"Akh!" kuat dia meronta meminta dirinya dilepaskan tapi mana mungkin dia dapat melawan dua orang lelaki berbadan sado dengan tubuhnya yang kurus keding itu.

"Diamlah budak!"

"Umi....." tangisannya memenuhi ruang. Tangan kuat menumbuk belakang badan lelaki yang mengangkatnya itu.

"Lepaslah!"

"Akhtar!" 

Langkahnya serta merta terhenti dengan jeritan Sofea. Tangan naik memegang dadanya yang begitu rasa sakit. 

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now