Bab 36

5.3K 226 34
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan

*********

"MAIS elle est à moi" (But she's mine)

Terasa kepalanya dikucup oleh Tengku Harriz sejurus lelaki itu berkata-kata yang sudah tentu dia tidak faham.

"Right, ma belle?"

Dia menoleh memandang Tengku Harriz yang tersenyum ke arahnya. Air liur ditelan kelat. Gerun melihat lelaki itu tersenyum begitu.

"Haa betul betul" diiyakan kata-kata Tengku Harriz walaupun tidak faham apa yang dibual. Karam je lah!

"She's funny too" Rayyan ketawa kecil.

Lengan bajunya yang ditarik membuatkan Rayyan menoleh ke tepi. Bibir mengukirkan senyuman yang lebar melihat seorang perempuan berdiri di sebelahnya dengan kening yang terjongket.

"Well, introduce my beautiful wife, Nayla Syauqina" tangan menarik pinggang isterinya rapat pada tubuhnya. Seperti Tengku Harriz, dia juga mencium kepala isterinya itu walaupun menerima jelingan tajam dari isterinya.

"Kau better lepas pinggang aku, Ayyan" bisik Syauqina geram pada Rayyan

"Berlakon lah sweet sikit depan musuh aku ni. Jatuh maruah aku nanti" bisik Rayyan pula. 

"Ada aku kisah?"

"Kalau taknak kena makan dengan aku malam ni better you do what I sayma chérie" pinggang Syauqina semakin ditekankan. Kepala menoleh memandang Tengku Harriz dan Farhana Sofea semula dengan senyuman yang manis.

"Bila.....kau kahwin?" soal Tengku Harriz pelik. Setahunya dia tidak ada mendengar khabar yang lelaki itu berkahwin.

"Baru je. Here is our invitation card. Baru sempat nak buat majlis. Maklumlah dua dua busy. Rightma chérie?" slindbag milik Syauqina selamba dibuka. Dia mengambil kad undangan perkahwinan mereka lalu menghulurkan pada Tengku Harriz.

Syauqina hanya mengangguk kecil dengan senyuman yang nipis. Geram dengan tangan Rayyan yang mengusap pinggangnya itu!

"Bye Farhana. Jangan lupa datang dengan suami you"

Farhana Sofea  hanya mengangguk kepalanya bersama senyuman. Rayyan dengan Syauqina yang berlalu pergi dipandangnya lama. Secocok pasangan itu! Handsome dan cantik! Syauqina pun tidak kurang cantiknya walaupun hanya memakai makeup simple. 

Dia menoleh memandang Tengku Harriz yang turut tidak lepas memandang pasangan itu. Wajah yang begitu tegang tadi kian hilang. Sudah hilang muka bengisnya itu. Lengan Tengku Harriz dipeluk membuatkan lelaki itu berpaling memandangnya.

"You cakap apa kat dia dalam language French?"

"Google sendiri"

Mendengus kasar dia melihat Tengku Harriz yang berlalu pergi begitu sahaja. Langkah mula mengejar Tengku Harriz. Hujung tuxedo lelaki itu ditarik.

"Youuu bagitahulah you cakap apa kat dia" ditarik-tarik hujung tuxedo Tengku Harriz namun lelaki itu tidak mengendahkannya.

Bibir diketap geram.

"Fine! I pergi tanya dia sendiri!"

Badan dipusingkan. Kaki baru melangkah setapak namun lengannya direntap oleh Tengku Harriz. Badannya ditolak ke dinding kuat lalu dikunci kanan dan kiri. Lupa segala kesakitan apabila melihat muka Tengku Harriz yang kembali bengis. Tajam anak mata coklat itu menikam anak matanya sehingga lidahnya kelu untuk bersuara.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now