Bab 63

5.9K 305 26
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

BIBIR diketap memandang tangan yang dipenuhi oleh darah Farhana Sofea dan juga darahnya akibat serpihan pasu sebelum dia meraup rambutnya ke belakang. Pedih yang terasa di telapak tangannya itu dihiraukan kerana sakit di hatinya lagi terasa.

Dari tadi dia menyalahkan dirinya sendiri dengan apa yang berlaku pada Farhana Sofea malam ini. Sungguh dia takkan maafkan dirinya kali ini jika apa-apa yang teruk berlaku pada isterinya itu.

"Maafkan abang...." rintih Tengku Harriz berkata bersama air matanya yang mengalir dengan laju. 

"If and only if I'm strong enough, you will not be there."

Begitu sesak terasa dadanya kali ini sehingga dia sukar untuk bernafas. Kali ini badannya terasa berganda-ganda lemah berbanding dengan kehilangan Tengku Daim Hayyan. Terasa dirinya begitu tidak berguna, tidak mampu untuk melindungi isteri sendiri.

"Riz..."

Kepala terangkat memandang Dr. Razi yang memanggilnya. Segera dia bangun menghampiri Dr. Razi.

"Hana baru dihantar ke bilik bedah tapi sebelum tu ada sesuatu yang uncle nak bagitahu Riz"

"A..apa dia uncle?" bergetar anak mata coklatnya memandang Dr. Razi. Melihat raup wajah Dr. Razi itu, dia tahu berita buruk akan disampaikan sekejap lagi.

Dr. Razi mengeluh kecil sebelum tangan naik menyentuh bahu Tengku Harriz.

"Apa yang jadi sebenarnya? Melihat keadaan Hana....dia..." kata-katanya dibiarkan tergantung. Sukar untuk dia keluarkan perkataan itu.

Tengku Harriz menundukkan kepalanya ke lantai. Faham apa yang ingin disampaikan oleh Dr. Razi. Dr. Razi itu pakar dalam bidang kedoktoran dan sudah tentu dengan melihat keadaan Farhana Sofea tadi sudah dapat diagak apa yang berlaku.

"Di...dia dirogol?" terasa suaranya tersekat di kongkong untuk mengeluarkan soalan tersebut.

Perlahan-lahan Dr. Razi mengangguk kepalanya dengan perasaan yang serba salah.

"Riz tahu siapa perlakunya?"

Terdiam Tengku Harriz memandang ke lantai. Tangan dikepalkan membentuk penumbuk. Mana mungkin dia tidak tahu. Saat Adham menyakiti Farhana Sofea, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Terkurung di dalam badan sendiri dan tidak mampu melawan lelaki itu.

"A...Am..."

Berkerut dahi Dr. Razi memandang Tengku Harriz. Dia tidak salah dengar kan?

"Am, uncle...Am yang buat semua ni..."

"Damn, It's so hurt....." tangan kanan mula menumbuk dadanya. Sakitnya kian terasa apabila memikirkan perasaan Farhana Sofea ketika tubuhnya diperkosa oleh Adham. Walaupun mereka menggunakan badan yang sama tetapi mereka masih dua orang yang berbeza. Dua personaliti yang jauh berbeza.

"Riz..." Dr. Razi menarik Tengku Harriz ke dalam pelukan. Belakang badan Tengku Harriz diusap lembut cuba menenangkan lelaki itu yang semakin menangis teresak-esak.

"It's hurt, uncle. It's really hurt..." tidak dapat dia membayangkan perasaan Farhana Sofea yang ketika itu mengharapkan kemunculannya.

"I failed to protect her from him. It's my fault."

"No, Riz. It's not your fault. At the beginning, this was not your fault. Your surroundings are to be blame" pujuk Dr. Razi cuba menenangkan Tengku Harriz yang sudah ibarat anak kandungnya. Tangan setia mengusap belakang badan lelaki itu.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now