The Untold Story : Part 1

5.1K 162 9
                                    

20 years ago

DADA turun naik menahan amarah yang kian membara. Dipandang lelaki di hadapannya itu dengan renungan tajam. Langsung tiada perasaan bersalah di wajah itu. Yang ada hanyalah senyuman sinis yang terukir di wajah tidak berperasaan itu.

"So don't you dare to report me or else you will see my evil side, Alinda"

"Khalish!"

Alinda mengetap bibirnya kuat. Dada yang berombak laju itu cuba ditenangkan namun memikirkan apa yang lelaki itu sudah lakukan serta merta amarahnya mendadak naik lagi sekali.

"You kill them, Khalish!"

"So?"

Tangan membentuk kepalan. Bengang hatinya melihat Khalish yang tersenyum bangga dengan kejahatannya itu.

"You kill Farah's parents!" bentak Alinda sekali lagi.

Masih lagi dengan wajah yang sama, Khalish langsung tidak menunjukkan riak bersalah. Langsung tiada!

"And you kill your parents, Khalish! What the hell is wrong with you?" jeritannya bergema di belakang hospital.

Khalish mula menunjukkan reaksi. Bergerak-gerak rahangnya menahan amarah. Sesekali mata meliar sekeliling, risau jeritan Alinda itu menarik perhatian orang.

"Shut up, Alinda!" ditolak kasar Alinda ke dinding, seraya itu tangan kekar miliknya naik menutup mulut Alinda. Renungan tajam diberikan pada Alinda.

"I do it for us, Alinda!" bentaknya pula tidak berpuas hati dengan Alinda yang meletak semua kesalahan di bahunya sedangkan dia lakukan semua ini untuk mereka berempat.

Kemalangan kereta parentsnya dan juga parents Farah memang dia yang rancang. Memang dia yang merosakkan brek kereta. Memang dia yang upah orang untuk langgar mereka dengan lori. Namun dia hanyalah lakukan untuk Alinda dan anak-anak mereka. Demi kebahagian mereka.

"I do it for you, for Af and for Lara" suara mula kendur justeru tangan yang menutup mulut Alinda tadi jatuh ke sisinya.

"I'm sick with them! They torture my mental. I penat dengan desakan diorang, Linda..."

Bibir diketap geram. Tidak cukup dia dipaksa kahwin dengan Farah semata-mata untuk menyelamatkan syarikat keluarganya yang hampir bankrupt kini mereka mengatur kehidupannya. Dia tidak normal seperti orang lain. Semua hariannya diatur oleh mereka bahkan di saat dia sudah kahwin dengan Farah sehingga mereka punya anak, kehidupannya serba serbi diatur oleh parentsnya.

Kenapa dia yang selalu jadi mangsa ? Kenapa kegagalan business daddynya, dia yang perlu tanggung akibatnya? Kenapa kehidupannya sering kali diatur? Sedangkan dia cuma ingin hidup bahagia bersama orang yang dia cinta.

Memikirkan Farah dan anak tidak relanya, Farhana Sofea membuatkan dia berkali-kali ganda bengang. Sehingga saat ini dia masih tidak faham kenapa Farah bersetuju untuk menikah dengannya sedangkan perempuan itu sudah mempunyai seseorang di hati. Atau perempuan itu bersepakat untuk memijaknya?

"But it's wrong, Khalish...It's wrong..." dada Khalish ditumbuk tidak henti oleh Alinda bersama air mata yang mengalir dengan laju.

Dia tahu mereka kejam perlakukan mereka berdua begini. Menghalang percintaan mereka demi menyelamatkan syarikat yang hampir bangkrupt sehingga mereka terpaksa menjalinkan hubungan dalam diam. Sehingga Alara dan Syafiq dilahirkan sebagai anak tidak saf taraf.

Namun dia tidak mahu Khalish menjadi pembunuh. Dia tidak mahu Alara dan Syafiq mempunyai ayah seorang pembunuh.

"Now I will take over both companies and we will be happy. We will, Linda."

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now