Bab 62

6.4K 329 42
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

**********

MATA dialih memandang pada kereta Porsche berwarna hitam dengan nombor plat SQ 7 yang diparking di halaman rumahnya bersama Tengku Harriz. Kereta siapa pula tu?

"Black, you kenal ke kereta tu?" kepala menoleh memandang Black yang turut memandang pada kereta Porsche itu. Dahi Black agak berkerut.

"If I'm not mistaken, it's Sofea Qaisara's."

Terus dia menoleh memandang pintu rumah yang tertutup. Kereta milik Tengku Harriz semua ada di garaj dan itu menunjukkan Adham berada di rumah. Jangan kata mereka sedang berdua-duaan di rumah mereka pula?

Pintu kereta Mclaren milik Black terus dibuka kasar. Langkahnya dituju pada pintu rumah. Melihat heels yang bukan miliknya ada di depan pintu rumah, sudah memastikan ada perempuan di dalam.

Dengan kasar dia terus membuka pintu. Mata tajam memandang dua orang sedang bermesraan. Kedua-dua mereka juga turut memandang ke arahnya dengan senyuman sinis yang terukir di bibir.

"Apa korang dua buat ni?" laju kaki dia meluru pada Sara yang sedang duduk di atas paha Adham atau erti kata lain badan Tengku Harriz.

"Are you blind? We have fun" sinis Sara. Tangan melingkar pada leher Adham dan Adham hanya membiarkannya.

Tangan mengempal penumbuk. Mata merenung tajam mereka berdua. Tanpa memberi amaran, dia terus menarik rambut Sara supaya bangun dari duduk di atas paha Adham. Gadis itu sekejap bertudung, sekejap free hair dan sekarang sedang duduk di atas paha suami orang pula?

"Sh*t! Lepaskan rambut aku lah!" tangan memegang tangan Farhana Sofea yang mencengkam rambutnya.

"Get fu*king off from my husband!" jeritnya lantang dengan kemarahan yang membuak. Entah sampai mana perbuatan diorang. Memikirkan itu semakin menaikkan kemarahannya.

"He's not your husband! He's not Harriz!" jerit Sara tidak kurang lantangnya. Tangannya mula mencengkam tudung Farhana Sofea.

Adham mula memeluk tubuh memandang mereka yang bergaduh penuh minat.

"Still, he's my husband! The body belongs to my husband. So don't touch my body, husband, with your shitty hands, bit*h!" dia semakin menarik rambut Sara begitu juga Sara semakin menarik tudungnya. Habis senget shawl yang dipakainya itu.

"Do I fu*king care about that?"

Black yang baru masuk ke dalam rumah kerana takut ingin masuk campur hal itu terus berlalu ke arah Farhana Sofea dan Sara. Matanya dikerling ke arah Adham yang sedang tersenyum sinis itu seketika.

"Hana, Sara stop it!" teragak-agak dia mahu memegang mereka berdua. Walaupun dia non muslim tapi dia masih tahu untuk tidak menyentuh perempuan muslim.

"You are not fu*cking care but I care!" terus tangan menolak tubuh Sara ke belakang dengan kuat sehingga tersemban gadis itu ke belakang apabila kaki gadis itu disadung oleh Black.

Ketawa kecil Farhana Sofea melihat muka merah padam itu.

"Am, you tengok je? Tolonglah I!" marah Sara sambil mencerlung tajam ke arah Adham yang sedari tadi hanya menjadi penonton.

Adham mengeluh kecil sebelum dia mula bangun berdiri menghulurkan tangan pada Sara untuk membantu gadis itu bangun namun Farhana Sofea terlebih dahulu menepis kasar tangan Sara yang ingin menyambut huluran Adham.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now