Prolog

1.9K 61 1
                                    

FAJAR BAIHAQI
Nama sedap, perangai tak gentle langsung!

"Aku terpaksa bertunang dengan dia, aku kesian dekat dia." Najah mengajuk kata-kata Nasruddin sebaik dia meninggalkan tempat makan yang menyaksikan tunangnya sedang duduk berdua dengan seorang wanita bertudung litup.

Membara sungguh hati Najla saat ini. Terpaksa? Setahun kau terpaksa bertunang dengan aku?

Najla melangkah laju meninggalkan jejaka tinggi lampai yang mengejarnya sejak tadi.

"Najla! Tunggu!" Gamitan yang meluncur keluar dari dua ulas bibir merah milik lelaki itu dia abaikan. Kepanasan hati seorang Najla Khairiyyah memekakkan pancaindera dengarnya kini.

"Najla Khairiyyah! Apa hal kau jalan laju sangat ni? Aku cakap tunggu kan. Susah sangat ke?" Tangan kekar milik jejaka berkemeja krim itu kini kemas memegang kejap lengan Najla. Langkah Najla yang tadinya deras kini terbantut. Dia mendengus geram sebelum berpaling menghadap jejaka yang berada di belakangnya sejak tadi.

"Lepas. Kau fikir aku nak dengar lagi segala omongan kau? Berapa banyak lagi kau nak tipu aku?" Najla memandang tajam. Lelaki itu masih memegang kejap lengan Najla yang berlapik blazer yang diperbuat daripada kain jenis spandex.

"Kau tak boleh hukum aku hanya dengan dua tiga baris yang kau dengar tadi. Kau kena dengar penjelasan aku, Najla." Najla merentap tangannya yang sejak tadi dinodai lelaki itu. Jijik pula rassanya dipegang meskipun berlapik.

"Mentang-mentang aku ni bodoh. Senang lah kau nak tipu aku? Encik Nasruddin yang disegani, saya cuma nak beritahu yang apa benda sekali pun yang Encik nak beritahu saya lepas ni, satu persen. Maaf satu habuk pun saya tak akan benarkan masuk dalam kepala otak saya." Lelaki itu menggigit bibir.

"Najla, at least bagi aku peluang untuk terangkan pada kau." Nasruddin cuba memujuk Najla. Najla menutup kedua-dua belah telinganya yang berbalut selendang berwarna kuning lembut.

"Cukup lah Nasruddin. Aku tak nak dengar satu perkataan pun keluar dari mulut kau. Kau nak tipu apa? Kau nak cakap yang mak kau paksa kau bertunang dengan dia? Kelakar gila kau ni. Habis tu aku nak jawab apa dekat mak ayah aku? Saudara-mara aku?" Najla membalas dengan amarah yang ditahan. Senang-senang ja tunang dia ni buat suka hati dia.

"Kalau aku cakap ye? Kau nak tolerate dengan aku?" Nasruddin cuba berkompromi.

"Tak payah lah Nasruddin. Starting from now, no more Nasruddin in my life. Kau nak tunang ke nak kahwin ke nak ada anak sekali pun dengan awek kau tu. Itu hal kau. Aku dengan life aku. Faham?" Najla memberi amaran keras. Dia mula mahu melangkah pergi.

"Lagi satu, kau fikir kau boleh pegang aku suka-suka hati? No man. Geli tahu tak?" Nasruddin terpaku.

"Kau ikut aku, aku bom kereta baru kau tu." Najla memberi amaran keras sambil menuding ke arah kereta sedan berjenama Honda milik Nasruddin sebelum bergerak laju ke arah keretanya.

"Semak betul!" Najla mengomel sendiri.

---

Hai! Assalamualaikum! Apa khabar? Saya saja je publish story baru sementara nak tunggu TAKDIR siap sampai boleh dihantar kepada semua readers saya 🤣

Kalau korang nak story yang light sikit daripada TAKDIR

Saya jemput baca FAJAR BAIHAQI dengan hati terbuka.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now