BAB 17

662 54 3
                                    

Najla mengalihkan badannya ke kiri. Tangan kanannya mencapai telefon bimbit dan dimasukkan ke dalam gebar. Jam menunjukkan sudah pukul dua setengah pagi. Najla langsung tidak dapat tidur dengan lena. Dia mengetap bibir di sebalik gebar. Sejujurnya dia tak mahu mengejutkan Fajar. Oleh sebab itu dia berguling-guling perlahan sejak tadi.

Najla hanya berdehem-dehem apabila sakit tekak mula terasa. Saluran esofagusnya mula berasa tidak selesa. Rongga nasal mula dibanjiri cairan mukus yang semakin banyak dek rembesan sel-sel goblet lapisan epitelium dinding rongga nasalnya. Najla telan liur kesat.

Paksa sajalah diri ini tidur!

Baru Najla mahu menutup mata, pergerakan terhasil di sisi kanannya.

Ahh sudah.

"Habibti okay ke tak? Sejak awal tadi berguling-guling. Panas ke?" Suara serak basah Fajar kedengaran di balik gebar. Najla tayang muka dengan menurunkan selimut yang sejak tadi menyelubungi.

"Why?" Fajar bertanya lagi. Wajah itu tampak risau.

"Honestly..." Najla jeda sedikit. Dia tak hendak mengada-ngada tapi kalau dia bersikap tidak jujur, lambat-laun Fajar pasti akan tahu juga.

"Honestly?" Fajar bertanya lagi. Matanya yang sedikit kuyu cuba disegarkan.

"Najla rasa sejuk. Aircond rendah sangat kot tapi bila Najla selubung Najla rasa panas sampai berpeluh. Lepastu rasa tak selesa. Rasa nak selesema. Sakit tekak." Hambek kau! Najla luahkan segala simptom yang dia hidapi sejak tengah malam tadi.

Kiranya Fajar akan mengeluh dan marah kerana terang-terang awal-awal tadi, Najla sendiri yang bengkeng (melawan) hendak minum ribena laici ais. Sudahnya rasa hendak batuk tak henti-henti.

Fajar tak banyak cakap. Lelaki itu bangun lalu bergerak keluar. Najla hanya ketap bibir. Pasti Fajar marah dengan Najla.

Fajar masuk kembali beberapa minit kemudian. Lelaki itu menjinjit satu plastik kecil. Lampu bilik air dibuka. Bilik utama menjadi terang sedikit dek cahaya dari bilik air.

"Bangun kejap, Habibti." Fajar duduk di birai katil sebelah kiri.

"Habib marah ke?" Najla menurut sambil bertanya.

"Tak... Habib risau je. Kenapa tak cakap awal-awal tak boleh tidur?" Fajar menuangkan ubat batuk ke dalam bekas sukatan. Najla hanya menjadi pemerhati.

"Maaf, Najla memang susah sikit nak control." Najla cuba berseloroh. Suaranya serak. Dia terbatuk-batuk sikit.

"Tahu. Dah, sini makan ubat. Nak makan sendiri ke atau Habib suapkan?" Najla terus mengambil ubat yang telah disukat dari tangan Fajar. Ubat tersebut dituangkan di mulut. Rasa manis bercampur pahit menelusuri kerongkongnya. Dahi berkerut sedikit.

"Dahi panas lagi ke?" Najla membiarkan Fajar melekapkan belakang tapak tangan ke dahi Najla. Najla diam sahaja. Rasa tidak larat sangat.

"Panas ni. Panadol telan dua biji boleh?" Fajar bertanya lagi. Najla mengangguk.

"Boleh." Fajar tersenyum. Dia mengambil bekas berisi sepapan panadol. Dua biji panadol dikeluarkan dari blister. Botol air mineral yang sedia berada di meja katil dicapai. Tangan kanan menghulurkan dua biji pil analgesik itu sebelum botol air dibuka. Najla tak banyak bantah kali ini.

"Tidur, okay?" Najla berbaring kembali. Dia membiarkan Fajar mengemaskan gebar yang menutupi bahagian badannya hingga ke pangkal manubriumnya. Najla rasa nak menangis. Terharu pun ada. Sudah lama dia tidak dilayan sebegini ketika sakit.

Fajar bangkit untuk keluar. Entah apa benda yang hendak dilakukan lelaki itu, Najla pun tidak tahu. Najla hanya menutup mata perlahan. Cuba untuk tidur. Beberapa ketika kemudian, Fajar masuk kembali. Anehnya, bahagian kanan katil tidak tenggelam bermakna lealki itu tidak terus berbaring. Fajar duduk di birai katil kiri. Sesuatu yang sedikit sejuk dan lembap menyapa dahi Najla. Kelopak mata yang sudah mula mahu layu tadi diangkat. Fajar sedang menuam dahi Najla tanpa suara.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now