BAB 31

658 51 4
                                    

Najla mengacau bubur ayam yang baru siap dia sediakan beberapa minit yang lepas. Bekas yang akan digunakan untuk menjadi tempat hidang dia capai. Bersama basmallah dia memindahkan bubur tersebut ke dalam bekas. Asap nipis kelihatan di atas permukaan bubur menunjukkan betapa panas hidangan itu Waktu ini. Hirisan daun bawang, bawang goreng dan isi ayam goreng yang dicarik dia taburkan seadanya sebagai finishing. Tidak lupa juga, potongan dadu telur masin. Kegemaran orang yang bakal menjamah bubur ini sebentar lagi. Mangkuk ditaruh di atas dulang dan satu mangkuk kecil sambal kicap dia taruhkan sekali. Dulang ditatang menuju ke tingkat atas.

"Assalamualaikum." Salam Najla dijawab perlahan. Seraya itu, Najla menolak pintu yang sememangnya tidak tertutup sepenuhnya bagi meloloskan tubuh kecil moleknya ke dalam bilik. Kelibat seorang lelaki yang sedang membuang pandang ke luar di meja kopi balkoni menyapa padang pandangan Najla. Lelaki itu mengukir Senyum manis kepada Najla. Senyuman lebar berapit lesung pipit di kiri dan kanan. Sekali pandang, tiada sesiapa pun akan sedar bahawa lelaki itu sedang tidak baik-baik sahaja.

Najla mendekat tanpa banyak kerenah dan soal. Dulang yang ditatang dia letakkan di atas meja dan terus berura-ura hendak keluar.

"Habibti." Langkah kaki Najla terhenti. Dia ketap bibir dalam keadaan dirinya membelakangi susuk yang sedang cuba untuk berbicara dengan dia.

"For how long will you stay silent macam ni?" Soalan itu sekadar disapa oleh angin dan dibawa pergi menjauhi pasangan yang senang menghadapi badai rumah tangga ini.

"I miss your sweet voice. Your laugh and of course your endless questions." Suara itu semakin perlahan. Seolah-olah penuturnya sedang menanggung beban rindu yang tidak terlarat untuk digalas oleh hati.

Najla berdecit perlahan. Kaki dipaksa untuk menukar posisi badan menghadap kepada susuk yang suatu dahulu dipercayai sepenuh hati.

Najla tidak juga menuturkan apa-apa. Kedua bahu diangkat tanda dia sendiri tidak tahu sampai bila dia akan berdiam diri dengan suaminya. Sudah masuk seminggu sejak Fajar dibenarkan keluar dari hospital dengan syarat perlu menjalani rawatan susulan secara berkala. Sudah tiga hari semenjak Najla menguruskan Fajar sendirian memandangkan Puan Fakhira sudah terbang kembali ke Jeddah, Makkah.

"Please. Say something." Najla hanga tayang senyum tawar dan berlalu keluar.

Fajar ketap bibir. Bubur ayam yang berasap nipis di atas meja, langsung tidak menaikkan seleranya.

Hatinya berat. Jiwanya menanggung rindu. Jasad itu ada di hadapan matanya tetapi jiwa kepada jasad itu telah mati. Resusitasi sekeping hati yang sudah mati tidak semudah yang dia sangka rupanya.

"I wish I could tell you everything sekarang. However, duduk satu ruang dengan Habib pun Habibti tak mahu." Sudahnya, dia membuang semula pandang ke luar balkoni. Hujan yang mencurah dengan lebat langsung tak mampu membasuh gelisah di hati. Kesejukan suasana pula langsung tidak dapat mendinginkan amarah yang sedang dipelihara oleh isterinya.

Keluhan berat terlepas lagi.

-

Najla mengemaskan lilitan pada tudungnya. Lipstik dicalit sedikit pada bibir agar dia tidak kelihatan pucat. Setting spray dia capai dan semburan penyudah solekan dia laksanakan. Sebaik yakin dengan rupanya, dia mencapai beg tangannya dan menelek sebentar pakaiannya untuk hari itu.

Sebelum dia menutup pintu, dia memeriksa bilik tetamu yang menjadi tempat dia menyendiri sepanjang seminggu dia berada di sini. Masih teringat, bagaimana marahnya Puan Nafeesa sewaktu dia memekakkan telinga apabila Wanita separuh abad itu memaksa agar dia memunggah barang-barangnya di bilik tidur utama sekaligus berkongsi bilik dengan Fajar Baihaqi.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now