RR-2

408 20 1
                                    

Spotify plays : Rindu Setengah Mati

-

Fajar memperkemas tali leher yang disarungkan pada kolar kemejanya sambil merenung pantulan sendiri pada cermin kereta. Usai berpuas hati, dia sempat meraup wajah seketika sebelum menghela nafas perlahan. Senyum manis dia lorekkan pada bibirnya.

Gementar menggigit-gigit dasar hati sejak dua hari lepas lagi. Sebaik sahaja Uswah memaklumkan kepada dirinya bahawa dia akan diserap masuk ke firma guaman lelaki itu untuk tugas penyamaran, dia gagal mengawal detak jantung yang menggila. Dia terlalu gemuruh untuk bersua dua muka dengan susuk itu lagi.

Senyuman Fajar mati sendiri.

"Kau datang untuk undercover... Aku datang untuk undercover." Wajah diraup kasar lagi. Kalaulah dia perlu melapor diri hari ini sebagai Fajar Baihaqi Ibnu Fakhrullah As-Salam, peguam baharu dan bukan Baihaqi, orang kanan kesayangan Uswah mungkin gelojak jiwanya tidak sekencang ini.

Kaki dibawa melangkah menjauhi kenderaan sendiri. Basmalah meniti di bibir perlahan.

Fajar menahan senyum. Masuk-masuk sahaja dia disapa dengan wajah cemberut seorang Najla Khairiyyah di meja kerja gadis itu sendiri. Apa agaknya yang sedang dihadapi oleh gadis itu ya?

Kaki dibawa terus melangkah ke dalam sebuah bilik berpintukan kayu mahogani berwarna coklat kemerahan. Beg bimbit dilabuhkan seadanya di atas meja kerja yang turut diperbuat dari kayu jenis mahogani. Nampaknya Uswah memang betul-betul pencinta mahogani.

Ahh malas Fajar hendak memikirkan tentang lelaki tua yang berhati kering itu.

Fajar berdiri di sisi tingkap kaca yang sedia tertutup dengan bidai itu. Jari-jemari tangan kanannya dibawa ke bidai untuk menyelak sedikit penghadang tersebut. Senyumnya meleret saat anak mata dapat menangkap raut wajah yang sekian lama menjadi tatapan igauan memorinya.

Setahun. Setahun dia meninggalkan susuk itu angkara menamatkan pengajiannya di luar negeri. Fajar yang hanya menyambung pelajaran secara separuh masa sebelum ini mengambil keputusan untuk mengubah mod pengajian kepada sepenuh masa semata-mata kerana dia mahu mempercepat tempoh tamat pengajiannya.

Fajar masih memerhati Najla khairiyyah dari jauh. Kalau boleh, mahu sahaja dia memaksa bibir itu agar tersenyum. Dia rindu pada senyuman manis empunya bibir merah merekah itu. Setahun tak cukup untuk mematikan rasa yang menggebu dalam jiwa. Sudahlah kali terakhir dia menemui Najla setahun lepas, dia disajikan dengan sekilas sahaja oleh susuk itu.

Jemari dia alihkan dari bidai putih tersebut. Helaan nafas berat dilepaskan lagi.

"Ini pilihan kau Fajar. Semakin jauh kau melangkah, semakin besar risiko kau." Fajar berbicara pada diri sendiri. Dia perlu sedar akan hakikat bahawa ini semua bermula dengan tindakan dan paksaan hatinya sendiri.

"Apapun yang jadi, tolong bersedia wahai hati. Tolong."

Fajar menggeleng perlahan bagi mengusir segala perkara yang memberatkan jiwa memandangkan dia perlu melapor diri kepada Encik Zamri.

-

Spotify plays: Awas jatuh cinta by Armada

-

Fajar menyelak satu demi satu fail yang baru sahaja dia terima dari Encik Zamri sebaik keluar dari bilik lelaki itu tadi.

Dia menggelengkan kepala perlahan-lahan.

Kalau inilah yang dimaksudkan oleh Encik Zamri tentang sedikit, agaknya apa neraca yang digunakan untuk menentukan banyak pada pandangannya? Baru sahaja pagi tadi dia mendengar Encik Zamri mengatakan bahawa memandangkan hari ini adalah hari pertamanya di unit tersebut maka dia hanya akan diberikan beberapa fail sahaja untuk review. Sedar-sedar sampai lepas waktu asar masih belum siap tugasan reviewnya.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now