BAB 6

710 56 8
                                    

Najla bersiap dengan melilit selendang tanpa gosok di kepalanya. Usai solat Asar tadi dia sempat berbaring sekejap sebelum Fajar memberi pesan agar dia keluar daripada bilik ketika jam hampir menunjukkan pukul enam petang. Najla mengemaskan lilitannya sekadar menutupi leher seperti kebiasaan. Safety pin disematkan di hujung selendang yang direhatkan pada bahagian skapula kanan. Setelah berpuas hati dia melangkah keluar.

Najla bergerak ke arah tangga. Sesekali hendak juga merasa naik turun menggunakan tangga. Setibanya di tingkat paling bawah, Najla disapa oleh wanita yang dijumpainya sejak awal-awal menjejakkan kaki ke sini tadi.

"Najla sudah segar sedikit?" Bahasa Melayu wanita itu jika ditelaah kembali tidak lah terlalu canggung. Barangkali kerana dia memang berketurunan Melayu.

"Sudah, Puan." Najla asalnya tidak tahu hendak menggunakan tatapanggilan apa pada wanita itu. Jadinya dia hanya pakai taram sahaja gunakan Puan. Istilah universal katakan.

"Jom, teman Umi duduk dekat ruang tamu." Bahu Najla dipeluk dari sisi dan Najla diajak ke ruang tamu. Najla hanya menurut.

Mereka melabuhkan duduk di sofa panjang yang berwarna krim. Cantik! Rekaan dalaman rumah ini sangat ringkas namun bertemakan kontemporari. Walau bagaimanapun sentuhan Timur Tengah masih lagi dikekalkan.

"Nama Umi, Fakhira. Umi orang Melayu tulen. Jangan segan-segan dengan Umi ye Najla?" Wanita yang membahasakan dirinya sebagai Umi itu mengusap bahu Najla yang kelihatan kekok di sisinya. Najla hanya tersenyum.

"Honestly, Umi gembira sangat bila Fajar kata Fajar nak bawa Najla jumpa dengan Umi. Apatah lagi bila Fajar cakap Najla bakal isteri Fajar." Senyuman manis Puan Fakhira hanya dibalas dengan senyuman kekok Najla.

"Fajar tak pernah bawa sesiapa ke rumah. Bukan lah dia tidak ada kawan, cumanya kalau mana-mana kawan perempuan datang sekalipun, mereka mesti datang dalam kelompok. Sama ada atas urusan kerja atau sebagai perjumpaan rakan-rakan lama." Najla hanya mengangguk.

"Fajar cakap Najla ringan mulut orangnya, kenapa Najla cuma angguk-angguk je sejak tadi? Najla segan ye dengan Umi?" Ibu Fajar menyoal. Pelukan sudah dileraikan dari bahunya. Wanita itu menjauh sedikit.

"Eh tak Puan, saya err... Saya tengah cuba brain semua benda." Jawapan Najla mengundang ketawa kecil Puan Fakhira.

"Umi faham Umi pun terkejut juga tiba-tiba dapat bakal menantu. Orang kampung Umi pula tu. Fajar memang macam tu. Suka buat semua benda mengejut. Najla pun tiba-tiba je kan kena paksa dengan Fajar untuk pergi sini?" Nampaknya Puan Fakhira benar-benar kenal akan anak terunanya itu. Benar sekali Umi!

Fajar paksa Najla!

Dahi Najla berkerut sendiri. Umi?

"Tak ada lah paksa Puan. Tuan Fajar cuma pelawa saja. Saya ikut secara sukarela." Najla cuba memberi gambaran baik tentang Fajar kepada Puan Fakhira.

"Tak perlu hendak berlapik kata Najla. Cakap saja saya paksa awak bayar tiket kalau awak tak ikut sekali." Kepala Najla dan Puan Fakhira terpaling ke arah Fajar yang tiba-tiba duduk di ruang yang sama. Najla hanya mencebik tipis.

"Tak baik buat bakal menantu Umi macam tu Fajar." Najla tersenyum apabila Puan Fakhira menyokongnya. Dia menjelir lidah kepada Fajar. Fajar hanya memasang wajah kosong seperti biasa.

"Betul ke kamu nak langsungkan nikahnya bulan depan Fajar?" Najla kaku. Dia mengerutkan dahinya dan memanah pandangan pada Fajar.

"Naam Umi."

"Umi ikut saja Fajar. Lagipun kamu bukannya muda lagi." Najla memandang ke arah Puan Fakhira yang bersuara dengan lembut dan lunak itu. Keluarga ini sangat santun budinya. Bukan seperti Najla yang pakai taram sahaja. Senang kata, asal boleh.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now