RR-7

337 21 2
                                    


"Mannal." Najla melabuhkan duduk di sisi Mannal yang sejak tadi ralit menonton berita usai mengemas dapur bersama-sama yang lain selepas makan malam.

Mannal nampak terkesima sedikit. Barangkali tidak menyangka Najla akan duduk sebegini rapat dengannya.

Kapala dipalingkan bagi memandang senyuman manis isteri sepupunya itu.

"Asif, am I disturbing you?" Mannal menggeleng. Dia turut sama tersenyum meski keadaan sangat janggal waktu ini,

"No, im fine."

"Are you okay if we talk?" Mannal tertawa halus. Najla tampak sangat comel bertanya sebegitu seolah-olah dia adalah guru atau ibu kepada wanita tersebut.

"Of course. We are family after all. Come, what's the topic?"

"Regarding being the nursing mom for my kid, is it your idea?"

Mannal menggigit dinding dalam pipi. Dia kelu.

"No, I'm not mad. Just asking out of curiosity." Najla tertawa halus.

"Actually, it's my mom's idea."

Najla mengangguk-anggukkan kepala tanda mengerti.

"The whole idea of getting me in a relationship with Fajar was her idea actually." Najla terdiam. Mannal pula menunduk. Rasanya sudah tiba masa dia membongkar segalanya.

"Why?"

"I appear to be too deep into my profession so my mom decided to pair me up with him. I got annoyed so that's why sometime i got over the fence,"jelasnya bersama nada sayu.

"Oh..."

"Najla." Tak semena-mena kedua tangan Najla diraih dalam pegangan Mannal.

"I am very sorry for everything. For my mom and aunt's behavior."

Najla tersenyum manis. Dia tak membalas.

"I am very sorry on behalf of myself as well. At first I thought you aren't that fit for Fajar but you are actually more ideal for him than me."

"Mannal, i am fine. I never take anything into my heart. We are family after all so no worries," pujuk Najla lembut.

Dia menarik Mannal ke dalam pelukan hangatnya. Diam-diam Fajar memerhati dari jauh sebelum beredar.

Fajar mengerling ke arah isterinya yang pulas tidur sejak mereka turun dari pesawat yang membawa mereka pulang ke Malaysia ini. Kali ini dia hanya berdua dengan Najla memandangkan Fauqiyya ingin menghabiskan cuti sem di sana.

Pandai-pandailah adiknya tu. Fauqiyya pun sudah besar panjang.

Fajar mengeluh berat apabila mengenangkan perbualan antara Najla dan Mannal yang dia dengar secara tidak sengaja semalam.

"Apa agaknya yang membuatkan Habibti rasa nak tanya macam tu pada Mannal?"

"Sayang." Bahu Najla digerakkan sedikit oleh Fajar. Sebagai sekadar mengejutkan gerangan isterinya dari lena yang panjang.

Sekejap sahaja, Najla sudah celik. Terpisat-pisat matanya dikesat.

"Dah sampai. Jom masuk." Tali pinggang keledar Najla dibuka kancingnya ebelum secebis kucupan ringkas hinggap di dahi si isteri. Najla melisrkan mata ke segenap ruang garaj.

Keningnya berkerut.

"Ninja mana?" Fajar ketap bibir. Alamak macam mana nak bagi alasan ni.

"Habib jual dah ke?" Laju-laju Fajar menggeleng sebaik sedar maksud pandangan si isteri. Dia mengambil masa sebelum menjawab.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now