BAB 9

703 58 4
                                    

Najla melangkah masuk ke dalam bilik Fajar. Tangannya menatang dulang berisi air kopi tanpa gula yang hanya berperasakan secubit garam memandangkan sekarang sudah pukul 8.30 pagi.

"Assalamualaikum." Najla memberi salam. Usai salamnya dijawab, dia melangkah masuk. Kain potongan duyung kepada baju kurung moden yang dipakainya menyebabkan langkahnya terkepit-kepit.

"Awak selesa ke jalan macam tu? Dengan kasut tumit awak tu lagi. Saya yang tengok ni yang risau." Fajar menegur Najla. Kopi yang diletakkan Najla di atas meja kerjanya dia sisip bersama ucapan basmallah. Dia menutup mata sebentar. Nampaknya kali ini Najla sudah tidak meletakkan banyak garam di dalam minumannya.

"Saya hanya ada baju jenis-jenis macam ni je Tuan."

"Awak ingat Umi ajak awak beli baju-baju di Makkah haritu hanya untuk awak jawab begini kepada soalan saya ke Najla?" Najla meneguk liur. Dia terlupa sungguh.

"Err... Saya sayang lah baju tu Tuan. Dahlah mahal, cantik lepastu saya tak habis bayar lagi. Saya berhasrat nak pakai untuk majlis-majlis penting sahaja."

"Awak nak tunggu apa? Awak nak tunggu awak kena pakai dengan kain kafan dulu?" Nada Fajar biasa. Seperti bagaimana usikannya berbunyi selama ini. Namun begitu Najla berasa sesak di dada.

"Kain kafan nanti ikatnya ketat. Macam mana ketatnya baju awak tu. Saya harap awak faham maksud saya." Najla mengangguk lambat-lambat.

"Lagi satu, petang nanti awak akan ikut saya dengan Fauqiyya ke kedai emas."

"Untuk apa Tuan?" Najla menyoal. Petang ini dia tiada agenda tetapi dia sebenarnya malas hendak ke mana-mana. Biasanya pulang sahaja dari tempat kerja dia akan tidur sehingga rembang maghrib mula muncul.

"Beli cincin emas tanda pertunangan. Umi dan Abi awak dah bersetuju dan beri keizinan. Umi saya pun sama."

"Eh! Tak payahlah Tuan, kita kan dah nak kahwin. Tuan belikan saya cincin kahwin saja cukup. Saya pun tak suka pakai cincin banyak-banyak ni." Najla menolak. Dia memang bukan seorang yang suka memakai barangan kemas. Rimas.

"Saya ajak awak beli sahaja. Awak mahu pakai atau tidak, itu terpulang. Yang penting kita beli." Najla diam. Fajar ni memang ada sahaja benda hendak dijawabnya.

Sekali lagi, Najla benci kalah kepada Fajar Baihaqi.

"Tuan." Najla menegur Fajar yang sudah mula kembali fokus pada kerjanya. Sesekali matanya dilarikan ke arah skrin. Sedang menyemak data dan laporan mungkin.

"Apa lagi Najla?" Fajar menghentikan perbuatannya. Dia menopang dagu sambil anak mata tidak berpaling daripada Najla.

"Abi dengan Umi saya ada cakap apa-apa pasal dua minggu tu? Maksud saya, saya boleh je minta mereka postphone tarikh tu sebenarnya."

"Awak tak percayakan saya ke?" Fajar cuba menguji Najla.

"Saya tak pernah percayakan lelaki seratus peratus. Paling banyak pun dua puluh peratus." Najla menjawab yakin.

"Mereka setuju saja. Nikah nanti di rumah awak di sini. Keluarga saya akan fly ke sini. Ada apa-apa lagi yang awak mahu tahu Najla?" Najla menggeleng dan dia segera bergerak keluar dari bilik Fajar. Entah. Dia berasa sangat kekok dengan keadaan waktu itu.

-

Najla mundar-mandir di ruang tamu rumah. Dia berkira-kira untuk tidak pergi sekejap lagi kerana sejujurnya dia tersangat malas hendak keluar. Namun begitu, dia tak rasa dia punya pilihan lain.

Deringan dari telefon bimbitnya memaku kakinya pada satu kedudukan. Dia mengangkat panggilan tersebut tanpa sedikit pun mengerling ke arah nama pemanggil.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now