BAB 21

638 52 3
                                    

Bibir Najla yang pucat ditenung lama. Kapas yang basah dengan iodin ditekapkan perlahan-lahan pada hujung bibir yang berdarah.

Renungan tajam isterinya yang cuba menembus hingga ke dasar anak mata Fajar tak diendahkan.

"Tak payahlah." Dalam sakit dan pedih lukanya dibersihkan, Najla tetap berkeras. Kepalanya ditelengkan sedikit bagi menjauhi kapas yang disuakan oleh suaminya.

Fajar diam. Sejak tadi, hanya mereka berdua sahaja di situ. Satu patah perkataan pun tidak keluar dari dua ulas bibir Fajar.

Mata Fajar jatuh pula pada pipi kanan Najla yang jelas kemerahan. Riaknya masih sama. Beku. Kapas dialihkan dan diletakkan ke dalam plastik buangan sisa perubatan domestik.

Kotak first aid ditutup. Fajar bangun.

"Sebab ni ke?" Langkah Fajar yang baru diambil menuju ke pintu mati. Geraknya kaku.

"Sebab ni ke Fajar kahwin dengan Najla?" Fajar berpaling. Anak mata dinginnya berpapasan dengan anak mata Najla. Bayu kedinginan bercumbu dengan api amarah.

"Sebab ni ke Fajar sungguh-sungguh pertahankan Najla depan saudara-mara Fajar?!" Najla sudah hilang sabar. Dadanya berombak kencang. Fajar masih membisu.

"Sekejap lagi, saya bawa makanan tengah hari." Fajar berpaling. Berjalan kembali ke muka pintu. Sebaik pintu ditutup, jelas kedengaran rontaan kemarahan yang dihamburkan oleh Najla. Fajar tetap sama. Tidak berkutikpun perasaannya.

Usai membelikan makanan tengah hari berbungkus untuk isteri merangkap tahanannya, dia kembali ke tempat Najla berada.

Pintu dibuka. Tegang wajahnya apabila rakan subahatnya yang merupakan orang suruhannya yang ditugaskan di bawahnya oleh Tuan Uswah berada sangat dekat dengan Najla. Riak isterinya jelas tak selesa.

"Kim. Kau boleh keluar. Aku dah beli makanan untuk dia."

Nyeri dan tersayat hati Najla mendengar perkataan yang dituturkan oleh suaminya. Siapa 'dia'? Mana pergi istilah 'isteri saya' yang selalu dia dengar selama ni? Hina sangat kah Najla di mata Fajar saat ini?

Mustakim sedikit mencebik. Apakan daya dia bangun juga. Tidak berani hendak melawan aura seorang Fajar Baihaqi yang terkenal dengan ketegasannya. Anak matanya saja sudah mampu menghantar rasa ngeri ke segenap sendi dan viscera badannya. Jangan main-main. Lelaki ini bahkan mampu membunuh.

Fajar menggantikan tempat Mustakim. Bekas minuman diletakkan di meja kecil berdekatan Najla. Najla ketap bibir. Egonya memaksa dia memberontak.

Fajar membuka bekas plastik itu. Bau nasi ayam menyelinap ke segenap ruang bilik. Najla yang sejak pagi langsung tak menyentuh apa-apa makanan sedikit tergoda. Sayup-sayup kedengaran Fajar membacakan doa makan sebelum tangan mencuit ayam dan digaulkan dengan nasi. Satu suapan disua kepada isterinya.

Najla tak beriak. Anak mata menujah tajam ke dalam anak mata Fajar. Dua ulas bibir tak dibuka untuk membenarkan suapan suaminya seperti selalu.

"Makan."

"Let me die."

"Makan Cik Najla."

"Penipu. I never thought i would fall in love with a big liar." Suara Najla bergetar. Menahan sebak dan gelora amarah yang datang sekaligus.

"Jangan sampai saya gunakan kekerasan." Nada dingin itu masih sama. Najla ketap rahang.

"Sejauh mana Habib akan berkeras dengan Najla?" Najla mencabar. Entah dari mana datang keberaniannya kini.

"Jangan cabar kesabaran saya Cik Najla. Saya cakap makan. Makan. Cik belum kenal siapa saya dalam markas ni." Oktaf suara Fajar semakin keras. Najla sedikit tergugat. Perlahan-lahan dua ulas bibirnya dipisahkan. Suapan suaminya yang tidak diselitkan sekali dengan kasih sayang buat kali pertama dia terima.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now