BAB 5

775 65 6
                                    

"Gila. Gila kau Najla." Sudah entah berapa banyak kali Najla menyumpah dirinya sendiri saat ini. Dia yang sedang duduk di dalam keretanya menghantukkan kepala sendiri ke stereng kenderaannya.

"Kau memang gila Najla." Najla menumbuk perlahan pula stereng keretanya. Dia tidak mahu membuat bising dengan bunyi hon tidak semena-mena sewaktu jam menginjak pukul sepuluh malam ini.

Najla mengimbau kembali pesanan mesej yang dihantar oleh Fajar Baihaqi yang sombong, kerek, dan suka mengarah petang tadi.

'Saya dah belikan tiket untuk kita terbang dari Senai ke Jeddah malam nanti.'

'Ini alamat rumah saya. Kita akan naik teksi ke Senai dari rumah saya.'

Selepas itu, satu PDF pula dihantar.

'Ini detail flight. Datang ke rumah saya tepat jam sepuluh malam. Jangan lambat.'

'Kalau sekarang awak sedang berfikir untuk tidak pergi, saya akan anggap yang awak masih belum percayakan saya. Tentang tiket flight, nanti saya akan hantar invois ganti rugi kepada awak. Boleh begitu?'

Najla mengetap bibir. Dia tahu Fajar sengaja menguji kesabarannya. Masakan tidak, takkan lah Najla hendak membayar semula tiket yang tidak digunakannya? Membazir sungguh. Gajinya dah lah tidak sebesar gaji Fajar Baihaqi. Lihat sahaja rumah banglo tiga tingkat tempat Najla memberhentikan keretanya ini. Bukan biasa-biasa.

Satu dentingan berbunyi dari telefon bimbit Najla menangkap perhatiannya. Skrin telefon yang menyala dan menunjukkan nama Fajar Baihaqi itu memaparkan mesej yang dikirim oleh Fajar.

'Nampaknya awak datang juga. Lama sangat dalam kereta buat apa? Memasak?'

Najla mengetap gigi geram. Semakin lama semakin menyakitkan hati.

'Iya, saya naik. Tuan tunggu sebentar.' Najla membalas ringkas sebelum keluar daripada keretanya. Jam sudah menunjukkan pukul 9.45 minit malam. Dia sengaja datang setengah jam awal kerana takut-takut kalau tersesat.

Baru sahaja Najla mahu menekan loceng di pintu utama, pintu besar berwarna putih gading itu terbuka luas. Seorang gadis yang mengenakan abaya dan bertudung labuh dalam rona biru lembut menyapa pandangan Najla yang sudah kaku.

"Assalamualaikum." Sapa gadis itu tanpa aba-aba.

"Waalaikumussalam." Najla jawab kekok. Sekarang ni siapa datang rumah siapa?

"Kawan Abang Fajr kan?" Najla hanya mengangguk. Wah nama panjang-panjang panggil Fajr saja?

Najla tergamam apabila tangan kanannya diraih gadis itu bersama senyuman lebar. Adakah dia akan diculik oleh gadis yang belum memperkenal namanya kepada dirinya ini?

"Saya Fauqiyya Rubiyya Binti Faqrullah As-salam. Saya the one and only adik beradik Abang Fajr. Ahlan wasahlan Kak Najla." Tangan kanan dihulurkan usai dia menarik Najla agar duduk di sofa ruang tamu. Najla bingung tetapi masih sempat dia meneliti segenap ruang tamu yang agak luas itu. Cantik Sangkanya rekaan dalaman rumah itu berkonsepkan Inggeris memandangkan rekaan luarannya sudah seperti rumah agam orang Inggeris, rupa-rupanya darah Arab benar-benar memang mengalir deras dalam pembuluh darah mereka. Konsep Arab menjadi pilihan mereka.

"Aaa..." Najla buntu hendak membalas. Ahlan wasahlan? Hendak balas bagaimana? Sungguh dia lupa.

"Qiyya, Kak Najla kamu tak sempat pun hendak proses apa benda yang terjadi. Bagi dia masa. Dia perlu menganalisis dahulu keadaan." Suara milik Fajar bergema apabila lelaki itu mendaki tangga utama. Ada nada mengejek pada suaranya.

"Salam kenal Fauqiyya." Najla akhirnya membalas.

"Awak ada soalan yang banyak. Tengok muka pun dah tahu. Kalau nak soal siasat saya sekali pun, kita pindah masuk barang dalam kereta dulu. Teksi dah sampai." Fajar langsung tak berhenti. Lelaki muda itu sibuk membetulkan pemakaian jam tangannya dan bergerak menuju ke pintu utama. Bagasi sederhana besar dia sorong keluar. Najla bangkit apabila tangannya yang berada di dalam pegangan Fauqiyya sedikit tertarik apabila gadis itu mengajaknya ke pintu utama.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now