BAB 12

752 67 2
                                    

Tangan Najla sudah basah dalam genggaman Fajar. Mereka berjalan beriringan menuju ke venue outdoor photoshoot mereka. Awalnya memang Najla yang nak outdoor photoshoot tapi sekarang Najla menyesal sikit.

Seri Alam Blue Lake menjadi tempat pertama pilihan pakej Najla. Kononnya nak recreate scene macam filem Hindustan. Akhirnya lebih sejam Fajar harus memandu ke sana. Nasib baik lelaki itu tidak banyak merungut.

Hampir satu jam juga mereka bergambar mengikut arahan jurugambar hingga letih Najla jadinya. Kini mereka sudah dalam perjalanan untuk menunaikan solat Zuhor di mana-mana masjid atau surau terdekat.

Najla mengaduh perlahan. Langkah Fajar terhenti.

"Okay tak?" Fajar menyoal dengan riak risau.

"Okay-okay." Najla hanya tayang senyum palsu.

Sesaat Najla rasa hendak terjatuh sebelum lengan Fajar menahannya erat dari belakang.

"You are not okay." Fajar bersuara serius. Betul Najla memang tak okay. Padan muka sendiri sebab pilih kasut jenis platform 4 inci sedangkan awal-awal memang sudah sedia maklum ada outdoor photoshoot. Tak tahu lah bagaimana dia hendak menyambung photoshoot di Pantai Desaru nanti.

"Tengok kaki." Najla menggeleng sebagai jawapan kepada soalan Fajar. Entah kenapa dia malu. Padahal kaki dia memang dah melecet depan belakang. Pedihnya tuhan saja tahu.

"Luqman, awak pergi musolla dulu. Sekejap lagi saya menyusul." Jurugambar yang bernama Luqman itu hanya mengangguk sebelum beredar meninggalkan mereka.

"Boleh jalan pergi waqaf situ tak?" Najla mengangguk. Fajar memimpinnya untuk berjalan perlahan ke arah waqaf kecil berjarak kurang lima meter dari mereka.

Najla menghembuskan nafasnya usai dia melabuhkan punggung. Lega tak terhingga!

"Habib buka kasut Habibti ye?" Lembut sahaja tutur bicara Fajar. Najla mengangguk. Rasa nak ketuk kepala sendiri. Sejak bila Najla jadi pemalu ni? Mungkin dia jadi pemalu sebab panggilan kot?

Kasut tumit berwarna putih susu itu ditanggalkan satu demi satu.

"MasyaAllah, merah-merah dah jari Habibti ni. Hujung ibu jari lebam, melecet belakang. Are you serious when you said you are okay?" Najla hanya tersengih.

"Biasalah kalau pakai heels memang macam tu. Cuma heels yang ni bahagian depan tu macam tak selesa sikit. Sakit sikit." Najla membela diri. Bukan tidak pernah dia memakai kasut tumit tinggi. Bahkan dia pernah memakai kasut tumit tinggi yang lebih tinggi daripada ini.

"Lain kali, Habibti pakailah stoking, kurang sikit melecet." Fajar memberi nasihat lembut. Jemarinya langsung tak rasa geli mengurut sedikit jari-jemari kaki Najla yang sudah kejung itu.

"Kalau pakai stoking nanti jadi ketat." Najla sengaja membuat alasan. Dia tak selesa pakai stoking sebenarnya.

"Tak adalah, Habibti try pakai stoking yang nipis sikit tu tak adanya ketat. Jangan stoking budak sekolah memanglah ketat. Lagipun kaki ni aurat tau. Batas aurat perempuan kan muka dan tapak tangan saja. Ada faham?" Fajar sudah berdiri di hadapan Najla. Najla hanya menunduk. Bukan dia tidak tahu tapi dia berpura-pura tidak tahu.

"Habibti nak bridal style atau piggyback?" Fajar menyoal lagi. Kepala Najla terangkat memandang ke arah suaminya. Dahi Najla berkerut.

"Tak faham..."

"Musolla jauh lagi ni. Nak ke kereta pun jauh juga. Takkan Habibti nak jalan dengan kaki macam ni. Barefoot? Nope. So nak naik belakang atau Habib dukung?" Semerta pipi Najla merah. Malu!

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now