BAB 28

590 58 7
                                    

Pistol terlepas dari genggaman Qayis Qardhawi. Peluru yang menembusi daging pembalut skapulanya berjaya melemahkan pegangan tangannya. Dia jatuh terduduk apabila sedas tembakan lagi dilepaskan pada femur kanannya. Darah mula berlumba-lumba keluar dari kedua-dua tempat kecederaan itu.

Mata Fajar tertutup. Dia sempat melakar senyum nipis dengan bibir yang sudah kebiruan.

"Fajar!" Khalid bertindak pantas memusingkan badan Fajar yang sudah tertiarap dengan mata tertutup. Dua jari tangan kanan dibawa dan ditekapkan di bahagian pergelangan tangan bagi mencari nadi pada radial artery sahabatnya. Kerutan di dahi jelas menunjukkan betapa tebal kerisauannya terhadap sekujur tubuh yang sudah hilang kesedaran saat ini. Gelisahnya semakin menggila apabila nadi yang dirasakannya sangat lemah sehingga hampir-hampir tidak dapat dikesan. Dia takut kalau benar Fajar sedang mengalami kesan pulseless ventricular tachycardia.

Kepala ditelengkan dan nafas Fajar cuba dia garap dengan bahagian sisi pipi berdekatan tulang pipinya. Nafas lelaki itu juga seakan-akan mahu terhenti. Khalid menyumpah.

"Nik kau jaga jantan tak guna tu!" Khalid tak ambil masa lama, dia terus menyediakan diri dalam posisi untuk memberi kompresi pada dada sahabat baiknya itu. Dada ditekan dengan menggunakan teknik yang tepat sebagai seorang pengamal perubatan. Tekanan dada sepanjang anggaran 2cm ke arah sternum dilakukan dalam kekerapan 100 tekanan per minit sebanyak 30 kali untuk setiap kitaran. Peluh yang merenik di dahi Khalid endahkan.

"Fajar kalau kau nak mati bukan sekarang. Bukan depan mata aku." Sudah lebih lima minit berlalu, bibir kebiruan itu tidak juga memberi respons. Kedua-dua kelopak mata yang tertutup itu enggan juga terbuka menyabung pandangan berapi milik Khalid.

"Tuan!" Datang seorang lagi lelaki dari kumpulan mereka membawa mesin automated external defibrillator mudah alih. Khalid masih tidak berhenti melakukan tekanan dada. Walaupun dia sendiri luka dan lebam di sana sini angkara pergelutan tadi, dia paksakan juga tenaganya mengalir demi seorang Fajar Baihaqi.

"Tolong aku pasang terus!" Arahan sepatah dua diberikan Khalid. Tangannya bergerak dengan pantas

"Kalau kau nak mati pun, bayar hutang aku dulu Fajar!" Khalid merungut sambil melakukan rawatan kecemasan. Beberapa renjatan elektrik disalurkan bagi memaksa jantung Fajar yang terhenti angkara kepenatan itu agar berdetak kembali.

"Kawan kau dah mati lah!" Sempat Qayis menyampuk dalam keadaan Khalid tertekan sebegini. Lelaki itu tertawa dalam posesi Nik yang berada di sisinya. Kecederaan yang dia alami bagaikan melalikan kewarasannya.

"Diam bodoh sebelum pecah kepala kau aku tembak!" Khalid memberi arahan tanpa sedikitpun berpaling ke arah Qayis. Dia menyerahkan defibrillator kepada Haqim di sisi dan kembali melakukan tekanan dada.

"Tuan, paramedik sudah sampai!" Khalid tidak merespons. Walaupun tekanan dadanya semakin lemah, dia bagaikan diserap masuk ke dalam satu dunia yang hanya ada dia dan sekujur tubuh di hadapan mata. Tubuh yang kaku tanpa berdaya lagi untuk membalas apapun yang diperdebat oleh dua ulas bibir Khalid.

"Tuan, izinkan saya ganti." Paramedik itu menegur Khalid yang tidak langsung memandangnya. Khalid tidak menghiraukan teguran itu. Dadanya berombak kencang. Anak mata yang berair tidak dia hiraukan. Hanya wajah Fajar menjadi tatapan.

"Tuan?" Haqim menegur.

"Tuan?" Nik pula menegur. Masing-masing berkerut risau.

Belum pun sempat sesiapa menghalang, tubuh Khalid ditarik agar beralih. Semerta Fajar berada di bawah kelolaan pasukan paramedik. Paramedik mengangkat sekujur tubuh itu ke atas stretcher dan menyambung bantuan kecemasan. Khalid terduduk. Dia meraup wajah kasar.

"Nik, bawa dia pergi. Pasukan Alps dah tunggu di bawah, serahkan cakera itu pada pegawai Hawk. Haqim, ikut Nik." Arahan itu keluar dari dua ulas bibir yang kata-katanya tidak akan mereka bantah bahkan sekali. Kedua-dua lelaki itu menarik Qayis berlalu bersama mereka meninggalkan hanya dua susuk sahaja di tingkat dua bangunan markas Qayis Qardhawi ini.

"Kau dah buat yang terbaik, Khalid." Bahu Khalid ditepuk cuba menenangkan jiwa yang galau.

"Aku patut bersungguh-sungguh halang dia." Khalid bersuara tanpa memandang muka orang yang sedang berhadapan dengannya saat ini. Hanya Fajar Baihaqi bin Fakhrullah As-Salam yang berlegar di matanya saat ini. Fajar yang sedang tersenyum dan meyakinkan dia 'Allah kan ada?'

"Aku tahu degil dia macam mana Khalid. Bahkan aku pun tak akan mampu hentikan dia. Dia betul-betul nak tamatkan semua ni sekarang. Dia terlalu rindukan isteri dia mungkin."

"Bodoh. Cinta itu membodohkan." Khalid tiba-tiba dibalut ego yang menggunung. Kalau tidak kerana cinta, Fajar tak akan melibatkan diri dalam semua ini. Kalau tidak kerana cinta, Fajar tak akan bertindak bagai orang tak sayang nyawa begini.

"Kau mana pernah rasa cinta pandang pertama Khalid. Kau tak faham. Aku yakin ada hikmah atas semua benda ni. Cinta Fajar bukan cinta biasa. Cinta dia pada Najla, dia tak perlu cakap pun aku nampak dalam anak mata dia." Lelaki itu menepuk bahu Khalid lagi. Bukan mudah hendak menenangkan lelaki muda yang tidak percaya pada cinta ini.

"Kau patut pisahkan dia dari Najla sejak dini Zamri." Khalid melampiaskan amarahnya kepada Tuan Zamri. Peguam yang pernah menjadi peguam penyelia Najla Khairiyyah.

Zamri gelak besar.

"Allah yang takdirkan mereka berdua bertemu. Kalau aku pisahkan pun selagi kuat jodoh mereka, akan bertemu juga. Cukuplah Khalid. Kita pergi temankan Fajar. Aku percaya dia bukan jenis yang mudah-mudah mengalah dalam pertarungan nyawa dia dengan malaikat maut." Zamri memujuk Khalid.

"Kalaupun dia mati, Allah lagi sayangkan dia. Dia dah terlalu banyak terluka dengan dunia yang sementara ni."

"Kalau dia mati, aku tak akan maafkan diri aku, Zamri." Khalid mengeluh perlahan. Pandangan dibuang ke arah persekitaran yang sudah kosong.

"Kalau dia mati, bukan salah kau. Sudah jadi ajal dia. Kita yang masih hidup perlu teruskan hidup. Jangan berkelakuan macam orang tak ada iman dan aqidah Khalid. Sekarang aku tak rasa kau cukup stabil untuk temankan Fajar di hospital. Balik tenangkan diri kau. Solat taubat." Zamri memberi arahan seakan-akan seorang bapa.

"Tapi-"

"Ini arahan atau hukuman akan menyusul." Tegas suara Zamri memberi arahan. Lelaki itu menukar posisi dari mencangkung di sisi Khalid sejak tadi kepada berdiri.

"Aku pergi dulu. Ingat, aku nak kau tenangkan diri. Tegakkan aqidah kau dulu baru aku izinkan kau datang jumpa Fajar. Sama ada Fajar hidup ataupun mati, aku nak kau datang dalam keadaan bersedia. Itu saja."

Khalid dibiarkan bersendirian di ruang tidak berpenghuni itu. Setitis demi setitis air mata jantannya akhirnya jatuh jua. Raungan kuat dia lepaskan. Seolah-olah cuba meleraikan rantaian kawat duri di dada.

"Tolong jangan mati dulu Fajar Baihaqi."

-

Tahniah sekarang korang dah faham lah kenapa Dr. Khalid tak kahwin-kahwin padahal tua dia dah macam bapak orang (Setahun tua dari Dr. Taufiq)

Semoga one day Dr. Khalid dapat jumpa jodoh dia.

Amaran : Jangan minta story Dr. Khalid pula. Petak kepala Author nak memikirnya 😭

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now