BAB 15

720 52 2
                                    

Najla berdiri sendirian bersandar ke badan kereta berjenama Volvo milik suaminya. Sesekali dia mengerling ke arah jam tangan yang setia berada di pergelangan tangan kanannya.

Dia melilau mencari kelibat suaminya. Manalah tahu kalau-kalau Fajar sudah pun turun tetapi sengaja membiarkan dia sendirian di sini. Fajar bukan boleh percaya. Kalau datang idea nak mengusik dia tu, daripada pak Arab, dia boleh jadi prankster Amerika!

Pernah beberapa hari lepas, Najla sampai mahu menangis apabila Fajar menukar tempat parkir kereta di RNR usai pulang dari menghantar pihak Fajar ke KLIA. Najla sudahlah lapar waktu itu dek kedai waffle kegemarannya tidak buka. Bayangkan punyalah beria-ia dia minta Fajar berhenti di RNR tersebut demi seketul waffle, alih-alih hanya kecewa yang dia dapat.

Dalam keadaan dia dilanda kecewa, dia dijamu dengan lot parkir yang kosong tanpa kereta BMW milik Fajar. Puas didail langsung tak berangkat. Sudahnya dia menangis sendirian di bawah pohon rendang di RNR tersebut memikirkan Fajar sudah meninggalkannya.

Rupa-rupanya Fajar pergi ke surau untuk solat sunat dhuha. Kereta dialihkan katanya supaya lebih redup. Kesannya, Najla hanya senyap tanda protes sebaik mereka menyambung perjalanan. Terpaksa Fajar berhenti di RNR seterusnya semata-mata hendak membelikan sekeping waffle dan sebekas aiskrim Baskin Robins untuk isterinya.

Langit yang sedia mendung semakin gelap. Maklumlah sudah masuk musim tengkujuh. Walaupun jam baru menunjukkan pukul empat setengah petang, gelapnya seperti sudah masuk waktu maghrib.

'Tuan lama lagi ke? Saya dah dekat parkir.' Najla mengeteks Fajar.

Ikutkan hati dia hendak mendail terus nombor Fajar tetapi dia khuatir sekiranya mengganggu mesyuarat lelaki itu.

"Encik Zamri ni pun satu. Ada isu apa yang besar sangat sampai berhari-hari nak mesyuarat? Tuan Uswah bukannya ada personally dalam pejabat pun. Satu jam dua jam dah lah." Najla membebel sendirian.

Guruh mula berdentum dengan kuat. Terangkat sedikit bahu Najla.

"Tak kelakar..." Suara Najla kendur. Dia paling benci berada di lot parkir bawah tanah yang gelap pada waktu hujan. Apatah lagi hujan lebat.

Guruh dan petir menyambar bersilih ganti. Najla cuba mengawal dirinya sendiri. Tangannya yang mula bergetar dia endahkan. Najla mundar-mandir cuba menenangkan dirinya sendiri. Bibir diketap rapat.

Bunyi tapak kasut kedengaran mendekati. Satu derap demi satu derap. Najla tak berani angkat muka. Tangannya sudah hampir beku. Getaran semakin hebat. Entah bagaimana telefon pintarnya lolos dari tangannya lantas terperosok ke bawah kereta.

Najla buntu. Mata dililaukan ke kanan dan ke kiri mencari kelibat yang menghasilkan bunyi derapan kaki.

Bunyi itu bunyi yang sangat dia kenali. Bunyi tapak kaki yang basah dengan air hujan ditambah dengan bunyi titisan air dari baju hujan individu tersebut.

Derap, derap, derap.

Najla mencangkung. Kedua belah lengan dia angkat menjadi perisai kepala di kiri dan kanan.

'Kau siapa?! Siapa yang kau cari?!' Suara seorang wanita berlagu sayup-sayup pada bayu di sisi Najla. Empangan mata Najla mula bertakung.

"Tolong jangan sekarang." Suaranya bergetar hebat. Sumpah dia hendak lari tetapi ke mana sahaja mampu dia bawa kaki yang sudah kaku ini?

'Aku cari Najla Khairiyyah.' Kali ini suara tadi berganti lantunan suara seorang jejaka. Gertaknya keras.

'Najla...' Suaranya bergema lagi. Berganding tempikan guruh yang sedia menemani.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now