BAB 1

1.1K 62 7
                                    

"Hah? Kamu nak putus tunang? Kamu biar betul Najla? Majlis kahwin kamu lebih kurang sebulan je lagi tau?!" Najla memicit kepalanya yang berdenyut-denyut. Suara ibunya, Puan Nafeesa yang menyapa gegendang telinganya sejak tadi langsung tidak membantu.

"Ye Umi. Najla already said everything loud and clear. Umi nak Najla cakap dalam bahasa Thailand pula ke? Khap khun khap sayakun nak putus tunang meh." Najla cuba memujuk.

"Main-main dengan Umi. Kamu ni Najla bila kamu nak membesar jadi dewasa? Cuba jangan jadi budak-budak. Kamu dah bertunang dekat setahun elok je, tiba-tiba nak putus tunang dah kenapa? Kamu gila ke?" Najla menyeringai. Puan Nafeesa kalau sudah sampai mod membebel memang tak kenal tanda noktah.

"Nas buat pasal bulan ni, bulan ni la Najla nak putus. Kalau bulan lepas-lepas Najla putus awal sikit."

"Ha menjawab! Umi tak kira, esok kamu balik. Bincang sendiri dengan Abi. Umi nak kamu sendiri yang cakap dengan Abi." Tegas nada Puan Nafeesa saat ini.

"Najla call Ab-"

"Balik rumah, Najla." Potong Puan Nafeesa. Najla mengeluh.

"Baik Umi. Umi, Najla ada kerja. Najla pergi dulu Assalamualaikum." Belum sempat Puan Nafeesa menjawab Najla sudah menamatkan panggilan. Telefonnya dia campak ke atas meja. Bunyi yang sedikit kuat menyebabkan dia berdecit.

"Apa lah nasib aku. Membujang sampai umur nak dekat 30, ada tunang pula, tak handsome pun curang. Ya Allah, tipis dah sabar aku ni."

Telefonnya berdering. Melihat nama Nasruddin pada skrin menyebabkan dia tersenyum sinis.

"Kau tak bosan ke telefon aku banyak kali Nasruddin? Banyak betul masa kau ye sampai waktu-waktu kerja macam ni pun kau telefon aku." Najla hanya membiarkan telefonnya mati sendiri. Entah berapa banyak kali agaknya Nasruddin terpaksa mendengar suara operator telefon sebagai balasan terhadap panggilan yang diabaikan.

"Najla." Najla menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Sempat dia menukar mod telefonnya kepada mod senyap. Dia mengalihkan perhatian ke arah Kemboja yang sedang memandangnya dari meja sebelah.

"Kau dah siapkan laporan kes yang Tuan Zamri bagi dua hari lepas? Tuan Zamri pesan pada aku untuk minta kau beri pada dia kejap lagi." Mata Najla membulat mendengar pesanan Encik Zamri, majikannya yang disampaikan melalui lidah teman sepejabatnya, Kemboja.

"Weh, aku lupa. Encik Zamri ada beritahu dia nak minta pada pukul berapa?" Najla mula menekan-nekan pada papan kekunci komputernya. Matanya melilau di segenap skrin untuk mencari fail laporan yang dimaksudkan.

"Tak silap aku..."

"Najla!" Bicara Kemboya terhenti apabila suara garau milik Encik Zamri bergema di segenap ruang pejabat. Lelaki itu berdiri di sisi pintu biliknya sambil memandang ke arah Najla. Serta-merta Najla tundukkan kepalanya untuk bersembunyi.

"Sekarang." Kemboya menjawab sebelum beredar. Najla menggigit bibir atasnya. Mati lah dia! Derap kaki yang kedengaran menghampiri mula menyebabkan Najla panik. Akhirnya matanya tertancap ke arah nama fail yang dia cari-cari sejak tadi. Sebaik sahaja dia menekan fail tersebut, lehernya ditegakkan. Encik Zamri sudah pun berdiri di hadapan meja kerja Najla.

"Kamu dah siapkan laporan kes yang saya beri untuk pengemaskinian dua hari lepas?" Tanya Encik Zamri.

"Belum Tuan." Najla menjawab sambil memasang wajah seposen.

"Kamu nak tunggu saya pencen ke baru nak siapkan?" Najla tersengih mendengar perlian Encik Zamri. Pedih mat.

"Tak ada lah sampai pencen. Mungkin dalam satu atau dua jam lagi siap." Najla menjawab bersama senyuman yang cuba dia koyakkan semanis mungkin.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now