BAB 20

722 57 4
                                    

Najla akhirnya sudah boleh masuk kerja harini. Cukuplah dia demam seminggu dua hari saja. Serba-salah juga dia dilayan seperti budak-budak oleh Fajar sejak hari pertama dia demam tempoh hari. Hendak buat bagaimana dia memang je is yang susah kebah kalau demam.

"Habibti." Najla yang saat itu sedang berbalas mesej dengan Basyirah sementara Fajar sedang memandu mengangkat kepala ke arah suaminya. Kening diangkat tanda bertanya.

"Tak payahlah masuk kerja hari ni. Habibti belum sihat sepenuhnya kan?" Fajar berpaling sekilas ke arah Najla. Najla lorek senyum tipis. Dia nampak sinar kegusaran pada wajah Fajar Baihaqi di sisinya. Sepertinya risau benar dengan keadaannya sekiranya dia masih belum sihat sepenuhnya untuk masuk kerja hari ini.

"Dahlah. Suhu Najla dah surut dah. Normal dah pun. Batuk sikit je tinggal. Demam selesema semua kebah dah." Najla meyakinkan Fajar sungguh-sungguh. Dia tak nak bersikap mengada-ngada. Lagipun cuti tahunannya bukan banyak manapun berbaki. Dia kena berjimat demi masa depan. Agituh.

Fajar pandang Najla sekilas lagi. Kegusaran pada wajahnya tidak jua beredar. Fajar gigit bibir bawah. Najla yang perasan perihal itu langsung bertanya.

"Kenapa?" Telefon Najla tidurkan dan letak di peha.

Fajar tidak menjawab. Dia menggeleng. Mata kembali fokus pada pemanduan sendiri. Jar-jemari diketuk-ketuk pada stereng kereta.

Sesampainya mereka di lot parkir tempat biasa mereka memarkirkan kenderaan, Najla laju membuka tali pinggang keledar. Tangan kanan dihulur kepada Fajar untuk bersalaman. Sebaik sahaja disambut oleh tangan kekar milik suaminya, belakang tapak tangan Fajar dicium lalu diturunkan. Fajar hanya senyum tipis.Genggamannya enggan dilepaskan.

Kening Najla bertaut pelik sebentar. Sudah kenapa pula dengan Encik Peguam ni?

"Cepatlah. Dah nak pukul lapan ni. Kalau Najla lambat nanti apa pula diorang kata. Especially Tuan Rashid tu. Kalau Habib tak apa lah. Habib tu peguam. Najla ni kerani je." Najla sudah membebel. Tidak dinafikan dia suka keadaan mereka sekarang. Semakin akrab. Najla pula sepertinya sudah terlanjur sayang kepada seorang Fajar Baihaqi yang terlihat lembut dan penyayang. Apatah lagi mengenangkan bagaimana lelaki itu menyantuninya sepanjang dia sakit tempoh hari.

Kepala Najla yang berbalut tudung digosok perlahan oleh Fajar secara tiba-tiba. Najla cemberut sedikit apabilla bahagian atas tudungnya rosak. Belum sempat Najla merungut, tangan kiri Fajar iaitu tangan sama yang menggosok atas kepalanya tadi membetulkan kembali.

"Elok-elok kerja. Jaga diri. Nada Fajar perlahan saja kali ini." Najla tahan gelak. Mengadanya dia ni! Kerja sama tempat kot!

Tangan dileraikan. Najla keluar dahulu membiarkan Fajar sendirian di dalam kenderaan. Fajar hanya menghantar pemergian isterinya ke dalam bangunan firma guaman itu dengan anak matanya. Bibirnya terkunci rapat. Kegusaran merangkai hatinya kali ini. Sungguh hatinya benar-benar tidak sedap.

-

Najla membancuh kopi seperti biasa. Kopi o tanpa gula dengan secubit garam yang menjadi pemula pagi suaminya. Sekarang Najla dah boleh bancuh sambil tutup mata walaupun belum cukup sebulan mereka mendirikan rumah tangga.

Dulang berisi secawan kopi itu ditatang menuju ke bilik suaminya. Jam dinding dikerling sekejap. Sudah hampir jam sembilan pagi. Entah mengapa, Fajar masuk lewat hampir sejam darinya sedangkan mereka tiba dengan kenderaan yang sama. Walau bagaimanapun, Najla malas hendak berteka-teki. Adalah tu tugas lain peguam muda itu sebelum menjejakkan kaki di ruang pejabat sendiri.

Pintu diketuk dua kali. Sebaik sahutan Fajar menjadi balasan, pintu ditolak dengan sebelah tangan dan langkah diorak untuk masuk ke dalam ruang pejabat. Senyuman manis ditayangkan sebelum dulang direhatkan di atas meja mahogany milik Fajar. Lelaki itu membalas senyum Najla.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now