BAB 27

633 47 4
                                    

"Fajar!"

Fajar membuka mata dan menegakkan cara duduknya. Tidak dia hiraukan lingkaran bawah mata yang semakin menggila. Dia perlu menyiapkan secepatnya dan sesempurnanya rancangan mereka yang akan dilancarkan esok.

"Kenapa?" Cermin mata yang dia pakai setiap kali melaksanakan kerja untuk mengelakkan matanya menjadi letih dia buka. Panggal hidung ditekan-tekan perlahan.

"Aku tak izinkan kau execute plan tu esok." Khalid memberi pernyataan tanpa dia berura-ura hendak melabuhkan punggung dahulu di bilik kerja sahabatnya itu.

"Apa maksud kau?" Fajar bertanya bersama kerutan di dahi. Jangan cakap...

"Keputusan kesihatan kau tak berapa baik. Aku tak nak risikokan kau. Kau tahukan esok kita akan berdepan dengan Tuan Uswah dan tuan kepada Tuan Uswah. Dalam markas mereka yang lebih besar dari markas yang pernah kau pergi sebelum ni; kita masih tak dapat prediksi sebenar apa yang mereka sediakan untuk penceroboh. Kau nak aku tengok kau operasi dalam keadaan jantung kau yang lambatkan kerja kau sendiri nanti? Bukan sekarang." Khalid memberi penjelasan dalam sekali nafas. Lantaklah ayatnya tunggang-terbalik sekalipun, yang penting dia bantah sekeras-kerasnya sekiranya pelan yang dirancang oleh Fajar Baihaqi akan dilaksanakan esok.

"Team dah siap?" Fajar masih tenang. Dia percaya, kalau seorang menjadi taufan, seorang perlu bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dia tidak mahu nada yang tidak sesuai digunakan sekaligus menyebabkan salah faham dan pecah-belah.

"Mereka dah sedia." Fajar mengangguk.

"Aku dah tetapkan tarikh ni lama lagi Khalid. Dah lebih seminggu kita siapkan semua perkara. Masing-masing tak tidur malam." Fajar berdiri dan menghampiri satu peti yang berkunci cap jari. Dia membuka peti itu dengan mudah. Satu cakera keras dikeluarkan.

"Semua sebab benda ni. Benda yang bocor dari kerajaan jatuh ke tangan yang salah. Semua perkara bermula dari benda ni." Cakera keras itu diletakkan di atas selerakan kertas yang memaparkan pelbagai maklumat di atas meja kerjanya.

"Kau mungkin tak faham sebab kau masih bujang. Kau tak ada komitmen yang sama dengan aku dan team kita. Mereka semua berkeluarga Khalid. Setiap dari mereka dah berkorban masa dan tenaga semaksimanya seminggu ni. Takkan aku nak biar urusan mereka tergendala kerana kekurangan aku sendiri sebagai ketua?" Khalid menggenggam tangan sendiri. Urat-urat hijau mula timbul.

"Mereka pasti penat. Mereka pasti perlukan masa dengan keluarga mereka. Aku yakin mereka juga ada perancangan mereka sendiri nanti selepas operasi kita selesai." Fajar menelan liur perit.

"Aku tak boleh bersikap pentingkan diri."

"Aku percaya diorang akan bertolak ansur. Diorang faham keadaan kau Fajar." Khalid masih berusaha meyakinkan Fajar akan asbab tindakannya sebagai seorang sahabat dan doktor peribadi kepada Fajar Baihaqi Bin Fakhrullah As-Salam.

Fajar menggeleng sambil tersenyum. Langkah kaki diorak mendekati Khalid yang kelihatan tegang itu. Bahu sahabatnya dia tepuk lembut.

"Operasi ini bukan tentang aku. Operasi ini tentang negara. Banyak nyawa dan maruah yang kita perlu jaga. Aku tahu aku kapten tapi operasi tak semestinya berhenti kalaupun semasa hari kejadian nanti jantung aku berhenti." Fajar menurunkan tangannya. Kerutan di dahi Khalid semakin dampak.

"Tak. Tak kelakar Fajar Baihaqi. Kau dah berusaha untuk semua ni selama bertahun-tahun. Takkan kau nak biar kau mati dan tak dapat nak tengok semua hasil perjuangan kau sendiri? Aku tak izinkan bukan sebagai sahabat kau tapi sebagai doktor peribadi kau." Fajar tergelak perlahan.

"Kalau kau tak izinkan sebagai seorang sahabat aku pun, aku tetap akan berkeras. Kalau sebagai co-captain sekalipun, kau tak akan dapat hentikan aku Khalid." Khalid mengeluh keras.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now