BAB 19

624 51 1
                                    

Fajar mengeluh sebaik gear diubah kepada gear parkir. Dia meraup wajah kasar. Dalam masa yang sama, dia cuba menyusun ayat sebaik mungkin untuk menerangkan segalanya kepada Najla. Dia tak mahu Najla hilang percaya pada dia. Keadaan akan jadi susah sekiranya begitu.

Bukan mudah dia hendak dapatkan kepercayaan seorang Najla Khairiyyah selama ini.

"Assalamualaikum." Salam Fajar disahut suara perlahan Najla. Fajar senyum tipis ke arah Najla yang sedang duduk dalam keadaan menunjukkan sisi badan sahaja kepadanya. Isterinya sedang duduk di atas sofa sambil menikmati aiskrim.

Fajar membaca basmallah sebelum menghampiri Najla. Tak dapat dia nafikan, ada aura dingin yang menyelinap ke segenap ruang. Terasa hingga ke tulang sulbinya. Jasad putih dan kelabunya bahkan membeku sedikit dengan aura yang dikeluarkan oleh Najla.

"Sihat dah?" Soalan pertama disuakan oleh Fajar. Najla pandang Fajar sekilas sebelum mengangguk. Aiskrim disuapkan lagi dalam keadaan pandangan terpasak sepenuhnya pada skrin televisyen. Entah rancangan apa yang menarik sangat sampai tidak dilayannya Fajar.

"Habibti marah ke?" Fajar duduk di sisi Najla. Najla membetulkan duduknya. Dari bersila di atas sofa, kakinya diturunkan. Namun begitu dia tidak bergalih. Barangkali kerana masih ada jarak yang mencukupi antara dia dan suaminya.

Najla ambil sedikit masa sebelum menggeleng.

"Habibti merajuk ke?" Fajar mencuba nasib lagi. Dia garu belakang leher. Susahlah jika Najla tidak mahu bertentang dua mata dan berlaga bicara dengannya. Bagaimana mereka hendak meleraikan salah faham yang terbina tadi?

"Habib minta maaf." Fajar bersuara jua walaupun sudah buntu. Hilang terus segala rangkai ayat yang dia susun sejak memandu pulang dari tempat kerja tadi.

"Saya tak marah." Najla membalas dengan nada biasa. Tak terlalu lembut dan tak terlalu keras. Tenang. Hanya saja wajahnya tidak berpaling ke arah Fajar. Fajar mengeluh perlahan.

"Tolong beritahu if you really are mad. Kalau Habibti terasa pasal tadi. Habib minta maaf sangat-sangat. Habib risau. I thought you were home. Habib terkejut sangat nampak Habibti tadi. Kena ragut pula tu. Nasib baik tak ada apa-apa." Fajar masih cuba memujuk.

"Najla okay. I was fine. I am fine until i was able to go out by myself to fulfill my cravings." Najla hentikan percakapannya. Dia sangat ingin menyambung. Namun begitu dia tak mahu dirajai emosi. Dia tak mahu menangis kerana marah dan kecewa. Dia tak suka. Dia tak suka tunjukkan perasaan dia sejak Kak Hus tinggalkan dia.

"I know you were not fine. Najla nangis bukan sebab kena ragut tadi kan?" Fajar menduga. Anak mata Najla dia cari. Pedulikan kalau Najla nak tampar dia sekalipun sebab curi perhatian habibtinya itu dari televisyen. Kedamaian adalah sesuatu yang amat diperlukan saat ini.

"I am mad. With myself."

"Saya marah sebab saya rasa saya tak okay nampak Tuan peluk wanita tu tadi. Siapa dia? Client? Kawan? Jiran? Isteri nombor satu? Saya tak suka rasa tak okay ni. Itu maksudnya saya dah mula ada attached feelings kepada Tuan. Saya benci perasaan bergantung pada seseorang."

"Saya rasa marah sebab saya tak ada jawapan kepada siapa dia? Kenapa Tuan peluk dia? Rasa marah tu punca saya menangis depan Tuan tadi." Najla tahan nadanya. Dia tak nak nampak terganggu dengan emosi. Wajah poker dan nada biasa cuba dia kekalkan. Anak matanya menujah kepada Fajar.

"Habibti tak percayakan Habib ke?" Fajar bertanya pula kali ini.

"You were supposed to answer my question Tuan Fajar Baihaqi. Bukan menambahkan persoalan saya dengan memberikan lebih banyak persoalan." Nafas Najla berhembus sederhana kuat. Menahan rasa geram dan sebal yang mula menggigit segenap bucu hatinya.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now