BAB 14

729 58 5
                                    

Najla berdiri agak lama di hadapan pintu bilik yang memisahkan ruang pejabat dengan bilik Encik Zamri. Tangan kanan yang tadinya hendak dia bawa ke pintu kayu itu untukk mengetuk, dialihkan ke atas kepala. Menggaru kepala yang tidak gatal.

"Nak masuk ke tak nak masuk?" Najla berpusing. Bibirnya diketap.

"Argh, masuk je lah." Najla berpusing sekali lagi. Saat matanya dikelipkan, wajah Encik Zamri sedia terpampang di hadapan matanya. Hanya berjarak lima inci. Najla terjerit sedikit.

Semua pasang mata di pejabat teralih padanya untuk beberapa saat sebelum dia menunduk tanda meminta maaf.

"Patutlah saya rasa macam ada entiti depan bilik saya. Kenapa awak tak masuk Puan Najla?" Encik Zamri sudah membuka pintu.

"Saya nak masuk lah ni Tuan. Baca doa dulu." Najla mengekori Encik Zamri. Bos kedua terbesar di bawah bos besar yang dikenali sebagai Encik Uswah itu melabuhkan duduk di sofa pejabatnya.

"Wah, sejak jadi isteri kepada Encik Fajar, awak sudah lain ye?" Najla menunduk sedikit sebelum mengangkat wajah dan tersenyum kekok mendengar tawa Encik Zamri. Dia sedikit tersinggung sebenarnya. Jahat sangat kah dia?

"Awak nak apa datang pejabat saya pagi-pagi macam ni?" Encik Zamri akhirnya bertanya dengan nada biasa. Dia juga tak punya banyak masa hendak berbasa-basi terlalu lama.

"Saya nak minta akses kepada rekod perbicaraan lapan belas Oktober tiga tahun lepas Tuan." Kening Encik Zamri ternaik sebelah.

"Lama dah kes tu. Ada dalam ruang kebal. Kenapa tiba-tiba?" Encik Zamri bertanya kembali.

"Saya ada homework. Encik Fajar bagi." Najla menjawab yakin.

"Homework sebagai isteri atau sebagai pembantu peguam?" Encik Zamri merisik lagi.

"Saya tak boleh beritahu Tuan. Sulit dan dipersulitkan." Najla menjawab bersama sengihan. Encik Zamri menggeleng perlahan.

Encik Zamri bangkit mendekati meja kerjanya. Laci kedua dari atas dia buka. Sekeping kad di dalam pemegang kad dia ambil dan dia mengorak langkah mendekati Najla.

"Nah. Jangan hilangkan. Ambil fail kes itu sahaja dan keluar. Jangan usik benda lain." Kad berbalut pemegang kad itu bertukar tangan. Najla mengangguk tanda mengerti.

"Terima kasih Tuan. Saya akan datang kembali dalam sepuluh minit." Najla meminta diri. Kaki dibawa ke lif. Dia hendak menuju ke ruang kebal di tingkat atas.

Di dalam lif, dia terserempak dengan suaminya. Serius! Pertama kali dia berjumpa dengan suami sendiri sejak mereka berpisah di lot parkir pagi tadi. Sangat awkward ye satu tempat kerja dengan suami. Najla rasa nak kopak pintu lif dan keluar. Baik dia guna tangga.

"Tak payah fikir pelik-pelik Habibti. Habibti kena biasakan bekerja dengan Habib sebagai seorang isteri di tempat kerja." Fajar tiba-tiba bersuara. Wajah dipalingkan ke arah Najla di sisi. Wanita itu mengetap bibir sambil tersenyum.

"Mana ada saya fikir pelik-pelik. Tuan mana tahu. Saya ni nampak je macam tak reti tapi saya boleh counter perasaan awkward tu." Najla membalas. Nada bersahaja cuba dia gunakan.

Jari-jemari Fajar tiba-tiba mencapai jari-jemari Najla. Najla kaku. Serentak pintu lif terbuka menandakan mereka sudah tiba di tingkat yang menjadi destinasi Najla. Belum sempat Najla keluar, tubuh sasa Fajar bergerak ke hadapannya dan jari lelaki itu menekan suis menutup pintu lif dan menekan tingkat kelima paling atas iaitu tingkat lima belas.

"Tuan buat apa ni? Saya dah lah nak rush ni." Najla menyoal bersama mata yang membuntang. Fajar buat tak peduli. Dia menarik tangan kanan Najla. Jarinya bermain-main dengan cincin nikah yang tersarung di jari manis Najla. Seketika jarinya bermain pula dengan cincin hadiah yang diberikan oleh Fajar yang disarungkan di jari telunjuk gadis itu.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now