BAB 26

618 48 7
                                    

"Fajar." Puan Fakhira seperti terpegun memandang gerangan anak lelaki tunggalnya terpacak di hadapan pintu rumah agam keluarganya pada waktu tengah malam begini.

Fajar mencium tangan bondanya sebelum dia ditarik ke dalam pelukan seorang ibu. Belakang badannya diusap perlahan-lahan. Keheningan malam itu bagaikan membiarkan dua beranak tersebut saling memujuk hati masing-masing.

"Ummi, kat luar ni sejuk. Kita masuk dulu ye? "Pelukan dileraikan. Sudah agak lama rasanya Fajar tidak berbicara dalam Bahasa Arab menjadikan dia sedikit canggung. Puan Fakhira yang baru sahaja mahu menitiskan air mata mengesat tubir mata dengan belakang tapak tangan.

"Mari, mari." Tangan Fajar ditarik bagi menggamit anak lelakinya itu masuk ke dalam rumah. Fajar sempat menutup pintu dan membetulkan tali beg yang disandangnya.

"Fajar nak air hangat?" Baru sahaja punggung dilabuhkan, Puan Fakhira terus bertanya kepada anak sulungnya. Fajar hanya menggeleng sambil tersenyum nipis. Dia menarik kedua-dua tangan mulus milik wanita berusia separuh abad itu sebelum memaksa Puan Fakhira duduk.

"Kenapa?" Puan Fakhira sedikit gelisah apabila anaknya hanya mengusap belakang tangan tuanya tanpa berkata apa-apa sejak tadi.

"Ummi rasa, Fajar boleh buat ke?" Akhirnya dua bibir itu menuturkan soalan yang selama ini menjadi pemberat dalam jiwa. Fajar membawa diri hingga ke Jeddah Makkah semata-mata hendak mendapatkan secara terus jawapan kepada soalannya yang satu ini. Dia tak akan mampu untuk menahan rasa galaunya sekiranya persoalan begini hanya diutarakan melalui pesanan suara sahaja.

"Maksud Fajar, selesaikan semuanya atau pujuk Najla semula?" Puan Fakhira membalas dengan pertanyaan semula sambil anak mata mereka saling berpapasan. Sungguh, naluri keibuannya cukup memberitahunya bahawa anak itu sedang tidak baik-baik sahaja.

"Keduanya." Suasana diulet sepi seketika.

"Fajar nak berhenti di sini tapi Fajar dah bergerak terlalu jauh. Fajar nak berhenti dan dapatkan semula Najla Ummi. Najla dah semakin jauh. Fajar dapat rasakan itu. Dalam masa yang sama, Fajar dah melangkah terlalu dalam. Kalaupun Fajar keluar dan berhenti sekarang, segalanya tak akan selesai. Bahaya masih akan menggari kami semua. Fajar taknak Najla jauh dari Fajar. Semakin jauh Najla dengan Fajar semakin sukar untuk Fajar pastikan ketenteraman dia Ummi." Suara Fajar bergetar menandakan betapa berat beban yang sedang membebani bahunya saat ini. Dia menundukkan kepalanya. Tidak mahu kegusarannya menghenyak hati si ibu dalam memberikan cadangan.

Sekiranya ditanyakan pada hati, sungguh! Dia mahu meletakkan semua yang ditanggungnya di tanah dan berlari mengejar gerangan yang menjadi dambaan hatinya saat ini. Perih di hati meikirkan semakin lama semakin Najla jauh darinya cukup menjadi racun buat jiwa yang sedang redam dihentam kemelut dunia. Dia perlukan isteri yang menjadi penyejuk mata dan jiwanya. Dia perlukan Najla.

Namun begitu, dia tak mahu berhenti di saat kaki sudah melangkah terlalu dalam dalam perjuangannya dan Khalid. Sia-sia akan menjadi jawapan sekiranya dia berhenti sekarang. Bertahun-tahun yang terbazir tak akan mampu menjulang keadilan sekiranya dia meletakkan noktah pada perjuangannya setakat ini. Nyawa Abi, Talhah dan Najla Husniyya tak akan terbalas dengan kemenangan!

"Fajar dah istikharah?" Fajar terdiam. Kepalanya terangkat memandang terus ke anak mata si ibu.

"Fajar dah lupa ke pesan Ummi?" Fajar gigit bibir bawah. Sungguh dia sendiri tidak terfikir hendak melaksanakan dua rakaat sunat tersebut sejak kebelakangan ini.

"Istikharah ni bukan cuma apabila kita nak dapat jodoh je Fajar. Bukan ke Ummi pesan buat istikharah tu hari-hari?" Puan Fakhirah jeda sebentar. Sekarang bukan waktunya untuk dia meleteri anaknya yang sudah berstatus suami orang ini. Wanita separuh abad itu berleter seketika. Nafas dihela perlahan.

FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C]Where stories live. Discover now